Superbike dan aku
Bhg. 1. Keperluan atau keinginan (must have or nice to have)
(Masuk hari ini sudah hampir 5 bulan aku menunggang semula
superbike semenjak awal tahun ini. Semasa menunggang sentiasa ada sahaja keinginan di
fikiran untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. Bukan untuk bermegah atau
menunjuk jauh sekali tetapi sebagai sesuatu catatan yang mungkin boleh dikongsi
bersama. Posting ini lebih kepada catatan peribadi menjurus kepada keselamatan
semasa menunggang. Jika bersesuaian diteladani dan jika tidak bersesuaian
jadikannya sempadan).
Lebih dari 10 tahun aku berhenti dari memiliki motosikal besar atau
superbike ini. Akhirnya setelah anak jantan aku seorang itu memasuki asrama di
tahun ini, aku mengambil keputusan untuk ber-superbike semula.
Sebelumnya pelbagai persiapan dan persediaan awal telah
dibuat. Bermula dengan “merisik” sama ada hasrat aku itu dipersetujui (blessing!)
oleh orang rumah aku seorang itu dan juga orangtua aku (terutama emak aku). Alhamdulillah,
mungkin mereka ini sememangnya mengetahui pengelibatan dan minat mendalam aku dari usia belasan tahun lagi dalam arena pemotoran
2-roda tidak menghalang walaupun pada masa yang sama juga tidak mengalakkan aku
bersuperbike semula.
Aku juga tertanya-tanya sama ada aku masih berkemampuan
dari segi keupayaan fizikal dan kemahiran mengendalikan jentera 2-roda ini.
Walaupun lebih 10 tahun aku meninggalkan arena superbike ini, kerap juga aku dipelawa
oleh kenalan atau pelajar master aku yang memiliki superbike ini untuk
mencubanya untuk menunggang jarak dekat. Sememangnya aku amat sukar untuk menerima
pelawaan mencuba superbike (termasuklah kereta) walaupun dari adik-beradik
sendiri. Kecualilah jika test-ride/drive terus dari syarikat pengedar
kenderaan. Aku turut bertuah kerana dari masa ke semasa ada sahaja pengedar/penjual kenderaan (motosikal dan kereta) yang mempelawa aku untuk menguji (test-ride/drive) kenderaan baru (atau terpakai) mereka.
Ini termasuklah kesukaran untuk mengelak dari menerima
pelawaan untuk menemani seorang rakan menunggang bersama menyeberangi sempadan.
Bukan membawanya atau memboncengnya sebaliknya dipinjamkan salah sebuah
superbikenya. Rakan d KL ini mempunyai 4 buah superbike touring, dual-purpose, easy-rider
dan scooter 400cc!
Persiapan awal ialah menentukan jenis superbike dan kuasa
yang hendak dimiliki. Sport? Oh, bukan era aku lagi! Touring? Terlalu berat dan
harganya di luar kemampuan. Easy-rider? Walaupun orang rumah ada tanda-tanda
minat tetapi entah mengapa dari dulu model easy-rider tidak pernah terlintas
dalam hati untuk memiliknya. Dari puluhan motosikal dan superbike yang aku
pernah miliki tidak pernahpun aku membeli easy-rider! Akhirnya aku memilih
semi-touring naked bike iaitu Kawasaki ER6N (Model N – Naked) yang berkuasa 650
cc. Mulanya aku ingin membeli Versys 650 tetapi orang rumah aku sedikit gayat
untuk menaikinya!
Mengapa ER6N? Model ini agak popular di Malaysia dengan
sokongan kuat dan banyak selepas jualan. Sebenarnya aku meminati motosikal dan
superbike Suzuki, malah di kalangan orang lama pemotoran 2-roda ini aku
dikenali dengan Suzukiman disebabkan hubungan yang erat aku dengan Suzuki di
Malaysia (Suzuki Assembly Malaysia) dan pada masa yang sama hampir 80 %
motosikal/superbiike yang aku guna dan miliki ialah dari model Suzuki.
Mengapa 650 cc dan 200 kg? Biarlah bertatih semula! Kalau
ada rezeki dan keupayaan fizikal insya-Allah model selepas ini pilihannya touring
yang lengkap dengan beg sisi dan sistem pemacu syaft!
Aku membeli ER6N ini dengan tujuan menggunakannya sebagai
kenderaan berulang-alik Taiping-Sintok sekali-sekala berganti dengan kereta,
menggunakannya jika mengajar luar atau berkursus yang tempohnya sehari-dua dan
juga untuk berlibur di hujung minggu sama ada dengan orang rumah atau anak jantan
aku seorang itu.
Persiapan awal juga dibuat dengan mendapatkan pandangan dari
pemilik ER6N (serta ER6F) dari kenalan lama dan juga melalui forum siber terutamanya
Forum MBC. Banyak maklumat, tips dan nasihat yang berkaitan ER6 (N & F) yang boleh didapati di Forum MBC ini. Seperti biasa juga aku berjaya mendapatkan Workshop Manual walaupun
aku tidak berhasrat untuk membuat major service sendiri ke atas ER6N ini.
Antara aksesori motor awal yang aku beli bersama ER6N ini
ialah; Beg Sisi GiVi + Side Rack, Handle Hand Guard, Wind Screen, Rear Rack, Rear
Hugger, Radiator Cover, Frame Slidder, Tank Protector Sticker, dan Tank Bag. Keperluan ini akan dijelaskan
dalam Bhg. 2, insya-Allah.
Aksesori menunggang juga banyak yang aku beli walaupun masih
banyak lagi aksesori menunggang ini yang ada dalam milik aku walaupun ada di
antaranya mencecah usia hampir 20 tahun!
Antaranya yang aku beli ialah 2 helmet modular (flip-up), 2
Mesh Jacket, 2 Riding Golve, 1 Cordura Riding Pant, 1 Touring Riding But, 1 Female
Hi-Cut But, 2 Skull Cap dan set lengkap 2 Givi Raincoat + Shoe Cover. Semua ini
untuk aku dan orang rumah aku seorang itu. Manakala untuk anak jantan aku, aku
warisi semua aksesori lama aku kepadanya dan dia amat berbangga memilikinya. Keperluan
ini akan dijelaskan dalam Bhg. 3, insya-Allah.
Untuk persediaan lain aku beli Paddock Stand kerana ER6N
tidak dilengkapi tongkat tengah, tongkat roda belakang mudah-aleh (Jackpac), pengunci roda depan bentuk-U dan
Tubeless Repair Kit. Keperluan ini akan dijelaskan dalam Bhg. 4, insya-Allah.
Aku membeli ER6N ini di KL kerana beberapa sebab. Sebab
utamanya harga yang ditawarkan (boleh rujuk di laman web Mudah) berbeza hampir
RM2K jika dibeli di Perak (Ipoh dan Taiping) atau di Pulau Pinang. Pada masa
yang sama semasa membawanya pulang dari KL ke Taiping, aku sudah dapat melenjankannya
sejauh 300 km dalam proses eangine breaking-in 1000 miles (1600 km) ini.
Jumpa lagi di bahagian-bahagian akan datang, insya-Allah.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Tahniah. Welcome to the club.
ReplyDeletesama-sama sdr Jazzy Jeff
ReplyDeleteBro...x sabar dok tunggu bahagian 2&3 tak kunjung tiba lagi ka?
ReplyDelete