Monday, March 04, 2013

1st Weekend Ride - 2 Beranak

1st Weekend Ride - 2 Beranak

Sabtu lepas adalah kali pertama, aku dan anak jantan aku seorang itu ride ke Penang. Minggu lepas aku ride dengan orang rumah aku seorang itu ke Ipoh, sebelumnya ke Meru, Kelang. Jadi minggu ini giliran anak jantan aku seorang itu pula.

Sehari sebelumnya aku punggah balik koleksi riding gear aku di loteng. Rupa-rupanya hanya beberapa pasang gloves sahaja dengan usia lebih 20 tahun yang boleh diwariskan. Racing But Kushitani sudah dipindahmilik kepada seorang Biker Proton sebabnya sudah tidak muat saiz kami berdua! Fullface Suzuki masih atas loteng, juga bermasalah dengan saiz. Jaket Kulit Hitam Bell pula hilang! Sebab itu masa beli ER6N ini aku bagi semua barangan freegift itu kepada anak jantan aku seorang ini. 

Hujung minggu ni patah balik giliran orang rumah seorang aku itu. Ke mana agaknya nak ride?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



1 comment:

Unknown said...

Alangkah indah menjadi SHO Practisioner, boleh kita aplikasi segala mcm jenis cara kita menjaga diri, menjaga keluarga kita dan menjaga org sekeliling dr perkara yg tidak diingini. Betul kata2 dlm Iklan "Kita Mampu Mengubahnya" .