Saturday, August 17, 2013

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Kami sekeluarga jarang dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Agak membanggakan apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping, menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat ataupun persatuan dan kelab.

Kisah lanjut dan gambar-gambar lain di sini.

3 comments:

abu umairah said...

salam man, skrg layan motor plak mengembalikan nostalgia lama...

lukmanw@gmail.com said...

Assalam Lan. Setakat ini bolehlah bermotosikal, bila sampai masanya kena juga stop :-

Aku copy & paste gambar Kurau Stone & Mee Rebus Ramli dari blog kau dccu2008.

speedrider said...

Alhamdulillah saya pun sempat merasa kursus ni. tapi kat tempat lain la. hahahah