Aktiviti bermotosikal
sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan
Kami sekeluarga jarang
dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua
dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya
seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat
melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri
Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu
Kawan, Pulau Pinang.
Agak membanggakan
apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga
merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam
pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping,
menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat
ataupun persatuan dan kelab.
Kisah lanjut dan gambar-gambar lain di sini.
salam man, skrg layan motor plak mengembalikan nostalgia lama...
ReplyDeleteAssalam Lan. Setakat ini bolehlah bermotosikal, bila sampai masanya kena juga stop :-
ReplyDeleteAku copy & paste gambar Kurau Stone & Mee Rebus Ramli dari blog kau dccu2008.
Alhamdulillah saya pun sempat merasa kursus ni. tapi kat tempat lain la. hahahah
ReplyDelete