Selera Timur Tengah di Taiping - Oasis
Sebelum ini ada sebuah Restoran ala Timur Tengah yang pertama
di Taiping dibuka berhampiran Stesen Bas Kamunting. Pemiliknya (suami-isteri)
adalah kenalan isteri saya. Mungkin disebabkan pasangan suami-isteri begitu
sibuk dengan pekerjaan masing-masing di luar Taiping, hayat restoran ini tidak
lama.
Terbaru terdapat dua buah Restoran ala Timur baru dibuka
iaitu Restoran Selera Malam iaitu sebuah restoran yang telah lama beroperasi di
Taiping yang terkenal dengan Nasi Ayam Hainan dan Bubur Arab telah menambah
menu terbaru yang terbaru iaitu Nasi Arab Yahana. Sebuah lagi iaitu restoran
baru iaitu Oasis - Arab Yamani Cuisine, di Assam Kumbang, berhadapan deretan
kedai kereta terpakai.
Petang tadi saya sekeluarga mencuba menu di Restoran Oasis ini.
Restoran ini diubahsuai dari sebuah rumah yang menyediakan hidangan secara
bersila dan juga ala dining di dalam rumah di mana penghujung perlu membuka
kasut.
Manakala di luar rumah juga terdapat dua buah khemah untuk
mereka menjamu selera di ruang terbuka.
Terdapat dua pilihan jenis Nasi Arab dan pelbagai kebab
serta menu ala Timur Tengah yang lain. Terdapat juga minuman Barbican Tanpa
Alkohol. Bagaimanapun kunjungan kami lewat tadi hanya tersedia Barbican
Strawberry dan Peach sahaja. Perasa lain terutama kesukaan anak saya iaitu Rasberry
tiada mungkin kehabisan. Sebaik sahaja melangkah keluar kereta terdengar alunan
lagu Arab di sini.
Kami memesan tiga hidangan seperti dalam gambar. Walaupun terdapat
beberapa keluarga yang lain sedang menjamu selera, pesanan kami sampai agak
cepat. Seperti yang disebutkan dalam facebook oleh pelanggan yang pernah
menikmati hidangan di sini, kualiti makanan yang dihidang mampu menarik
kedatangan kami (dan juga pelanggan lain) untuk kembali lagi ke restoran ini.
Bagaimanapun untuk ruang penambahbaikan (room for
improvement), pemilik restoran ini perlu peka terhadap pelanggan yang baru
sampai ke perkarangan halaman rumah ini terutamanya kepada mereka yang memilih
untuk menjamu selera di bawah khemah. Kami terpaksa menunggu hampir 10 minit
baru ada pelayan yang datang bertanyakan kami, itupun setelah saya sendiri pergi
ke ruang rumah mencari pekerja. Begitu juga semasa hendak membayar, saya
terpaksa menjengok-jengok di antara ruang tingkap tetapi tidak diendahkan oleh
pemilik(?) yang duduk di kaunter bayaran serta seorang pekerja wanita yang berdiri
di sebelahnya. Saya pasti mereka nampak akan saya tetapi tidak bertanyakan
tujuan saya mengintai-gintai itu!
Selain dari itu kalau pelanggan yang ingin menjamu selera di
waktu malam atau lewat petang, saya cadangkan menjamu seleralah di dalam rumah.
Sebabnya diluar rumah kami terpaksa berperang dengan nyamuk!
Restoran milik kenalan isteri saya di Kamunting dahulu
menggunakan khidmat tukang masak dan pelayan Arab, saya tidak pasti siapakah
yang memasak di Oasis ini.
Apapun kami amat berpuas hati dengan hidangan ala Timur
Tengah yang pertama kali kami yang kami nikmati lewat petang tadi.
*Gambar terakhir itu, Vicks tidak disediakan oleh pemilik
restoran cuma sentiasa ada di dalam kereta saya.
Saya terima comment melalui FB -
ReplyDeleteAbleseamanzam Ashore tuan, terimakasih atas kedatangan & ampun dan maaf pada kesilapan/kekurangan.
Dan saya balas seperti berikut -
Assalam Ableseamanzam Ashore, makanan mmg sedap dan pasti kami akan dtg lagi dan saya yakin pelanggan lain juga. 1 family dari Changkat Jering (hilux hitam) difahamkan sebulan 2, 3 kali ke sini. Komen itu anggaplah sebagai untuk penambahbaikan / room improvement dan ikhlas dari saya tanpa sebarang niat negatif.
Terima pandangan pelanggan untuk penambahbaikan dan pasti pelanggan amat menghargainya. Walaupun begitu bukan semua pandangan pelanggan itu betul/benar, ambil yang baik sahaja!