Sunday, October 13, 2013

Amcorp Mall PJ Flea Market @ Pasar Karat @ Pasar Lambak






































Amcorp Mall PJ Flea Market @ Pasar Karat @ Pasar Lambak

Say pernah ke Amcorp Mall ini rasanya penghujung 90an di mana ketika itu hanya satu paras sahaja yang mengadakan jualan ala Flea Market @ Pasar Karat @ Pasar Lambak sini. Kunjungan saya bersama keluarga baru-baru ini mendapati hampir semua paras bangunan tiga tingkat ini serta paras bawah masing-masing ada jualan ala Rope Walk di Pulau Pinang atau Lokin di Ipoh. Malah boleh saya katakan ketika ini di Amcorp Mall ini telah mengatasi kepopulariti Rope Walk dan Lokin.

Dengan suasana selesa dalam bangunan, barangan disusun atas meja dan tidak terlalu dibayangi sindrom barangan teknologi seperti handphone dan computer, Amcorp Mall pasti akan menjadi pilihan utama saya di masa-masa akan datang ini. Malah saya tidak terjumpapun VCD cetak rompak yang dijual di sini.

Cuma harga yang ditawarkan harga tinggi jika dibandingkan dengan Rope Walk dan Lokin tetapi masih berpatutan dan jika tidak segan untuk tawar-menawar pasti akan akan berpuas-hati dengan harga yang dimuktamadkan.

Malah penjual di sini agak mesra pelanggan tidaklah seperti penjual di Petaling Street yang berani memarahi pelanggan jika tawar-menawar tidak diakhiri dengan jual-beli!

Dalam kunjungan saya ke Amcorp Mall ini, saya berpeluang menyaksikan satu jual beli jam Seiko lama yang dimuktamadkan dengan harga RM3800.00. Harga asal diletak penjual ialah RM4500.00. Menurut pembeli, Seiko ini dijual di kedai antik dengan harga menghampiri RM 10,000.00! Berbaloi membelinya di Amcorp Mall ini, kata pembelinya terhadap saya.

Saya terjumpa wang lama Malaya and British Borneo $10 Dollar 1961 yang turut saya miliki dalam koleksi saya. Untuk wang kertas masih dalam kualiti terbaik tanpa kesan koyak ialah RM1250.00 dan jika ada kesan koyak seperti yang saya miliki adalah RM 900.00. Ini berita baik bagi saya!

Saya tertarik patung astronaut setinggi  2 inci tetapi harga yang diletakkan adalah RM90.00 dan saya pasti ianya tidak boleh ditawarkan rendah dari RM50.00. Beberapa motosikal retro (barangan baru) masih dijual dengan harga berpatutan sekitar RM 30.00 – RM 50.00.

Seperti biasa kunjungan kami diakhiri dengan membeli beberapa buah buku terpakai dengan harga agak tinggi tetapi masih berpatutan, mainan yang sudah tentu lebih kepada motosikal (baru dan lama) serta beberapa cenderahati. Saya dan anak saya turut membeli sapu tangan (key) yang boleh diubahsuai ikatannya menjadi seperti penutup kepala, ketayap dan sebagainya. Harga ini sapu tangan ini hanya RM 15.00 jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di KL sekitar RM 20.00. Di Amcorp Mall ini juga banyak kedai dan restoran untuk menjamu selera.

Untuk ke Amcorp Mall, anda boleh melalui Lebuhraya Persekutuan (dari KL/Kerinci). Anda perlu ambil Susur Keluar Jalan Timur (Taman Jaya). Sebaik sahaja keluar dari lebuhraya, anda boleh lihat bangunan Amcorp Mall ini di sebelah kanan anda. Belok ke kanan di lampu isyarat bersebelahan Amcorp Mall dan selepasi padang (Dataran PJ), belok kanan ke tempat letak kereta.

Kedai-kedai menjual barangan ala flea market ini dibuka setiap hari tetapi jualan secara meja atau lambak (luar kedai) hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari seawal 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.  Bagaimanapun jualan penuh hanyalah pada hari Ahad.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com


1 comment: