Sunday, October 06, 2013

TV Series Serangoon Road @ version Taiping





TV Series Serangoon Road @ version Taiping

Asto HBO Channnel TV Series Serangoon Road - cerita Singapora 60an. Episod minggu lepas berkenaan Sam Callaghan menolong seorang isteri dari China mencari suaminya di Singapora yang terpisah semasa WWW2 di  era 40an.

Sebenarnya di Taiping saya telah banyak kali bagaikan "jejak kasih" kepada beberapa kenalan luar negara yang saya hanya kenali melalui internet mencari saudara-mara/kenalan mereka di Taiping semasa era 50an. Ada yg berjaya, hampir berjaya dan juga tidak berjaya. Mungkin di masa akan datang (pencen nanti) saya nak jadi macam Sam Callaghan dalam Seranggon Road, bezanya Sam di Singapora manakala saya di Taiping. Ataupun jika ada mana-mana produksi filem/drama berhasrat membuat kisah sebegini berlokasikan di Taiping. Kebetulan dalam minggu kebelakangan ini saya berurusan dengan dua produksi filem, satu produksi filem antarabangsa dan satu lagi produksi filem tempatan. Cerita lanjut di sini. Bolehlah nak war-warkan kalau mereka berminat.

Apapun untuk siri Seranggon Road versi Taiping, saya tidak mampu memegang watak Sam Callaghan (lakonan Don Hany) yang bekerja di Cheng Detective Agency. Watak yang boleh dipertimbangkan ialah sebagai Bruce “Macca” MacDonald (lakonan Tony Martin) seorang penulis (pemberita) yang malas tetapi kadang-kadang mendapat skop berita yang hebat.



Ini salah satu pencarian saya yang separuh jalan dengan penamat masih tergantung. Cerita penuh di sini.

Catherine semasa datang ke Taiping (2004). Cerita penuh di sini.

 Antara kenalan (semasa 50an) yang berjaya saya temuikan dengan Catherene dalam tahun 2004 ialah Nonya Penjual Tiket Loteri ini.  

 Antara yang berjaya saya temuikan dengan Catherine. Walaupun Catherine tidak mengingati mereka (hanya mengecam rumah di Pokok Asam), mereka ini mengenali Cathrine. Dari kiri Chan Siew Yok (penjual tiket loteri), Catherine dan Lee Chew Sim (pemilik Nang Hwa Stationery Shop berhadapan Taiping Jaya
 Catherine datang ke Taiping 2004 membawa gambar hitam putih sebuah rumah yang tidak beralamat tetapi saya berjaya menemui rumah tersebut di No. 134, Pokok Assam dekat Pasar Pokok Assam (sama macam episod Seranggon Road minggu lepas). Catherine pernah di tinggal di rumah ini (50an) dengan suaminya Englishman Derek Noakes, askar REME soldier. Jiran sewaktu itu ialah Chan Siew Yok. Ini gambar sekarang


Joe Glover, ex army british 1959 di Taipingg. Dia datang Taiping (2006) mencari seorang budak pengilat kasut (india) semasa tahun 1959 yang hanya dikenali sebagai "Chocolate". Kalau saya berjaya dalam misi ini memang hebat. Joe kerap datang ke Malaysia dan merancang untuk menjelajah Malaysia pada kunjungan ke Malaysia pada tahun 2007 tapi tidak kesampaian. Cerita penuh di sini.

No comments:

Post a Comment