Friday, October 18, 2013

Banyak cerita dalam 1-hari riding!



Banyak cerita dalam 1-hari riding!

Menunggang dalam hujan adalah kegemaran aku semenjak mula menunggang superbike pertengahan tahun 80an. Bagaimanapun menghirup Kopi-O panas di gerai tepi jalan sambil memerhatikan titikan air hujan membasahi motosikal adalah saat-saat yang mengasyikkan.

Pagi semalam di Taiping cuaca panas terik semasa hendak memulakan perjalanan ke Utara. Singgah sebentar di Prai untuk servis berkala motosikal. Tengahari ada bekas pelajar yang kini menjadi rakan, mengajak makan tengahari di Chai Leng Park. Kemudian singgah sebentar di Kolej Jururawat Sungai Petani menghantar borang tuntutan kursus/ceramah. Di R&R Gurun pula berjumpa dan berbual seketika dengan Group Moto Guzzi yang bergabung dengan Vespa Piaggio yang dalam perjalanan dari KL ke Koi Samui.

Petang di Changlong hujan mencurah turun berselang-seli antara lebat dan rintik. Dalam perjalanan pulang ke Taiping singgah sebentar di Warung Joe Cendol Pulut cawangan baru juga di Napoh (menghala ke Selatan), bersetentangan sebuah sekolah. Cadang nak sarung baju dan seluar hujan di sini tetapi selepas secawan Kopi-O dan semangkuk Cendol, langit terang-berderang semula.

Dalam perjalanan selepas Sungai Petani Selatan, sebuah Er6N model pertama tahun 2013 memintas sambil menyapa. Kebetulan kami sama-sama keluar susur Bertam, sempatlah berkenalan dan bergambar dengan Er6N model terakhir 2012 milikku. Malah kenalan baru ini sempat membawa aku ke sebuah kedai superbike dan aksesori yang selalu dikunjungi di Bertam iaitu AMS Motoworks milik Cikgu Farid Wajdi.

Selepas mengambil stok jualan Rzac yang dipesan oleh orang rumah aku meneruskan perjalanan ke Taiping.

Memang mengasyikkan dan “happening” kalau travel dengan motosikal ini ........

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com











No comments:

Post a Comment