Sunday, October 20, 2013

Kenduri Kambing Panggang dan Belajar Mengenali Bahagian Daging



Kenduri Kambing Panggang dan Belajar Mengenali Bahagian Daging

Cuti hujung minggu saya dijemput menghadiri berbeberapa kenduri di sekitar Kamunting. Saya hanya hadir dua kenduri iaitu kenduri arwah bersebelahan rumah dan satu lagi yang tak mungkin saya tidak hadir iaitu “kenduri kambing panggang”. Saya dijemput oleh rakan lama yang pernah bersama-sama bekerja di kilang tayar Kamunting dahulu. Kini beliau seorang kontraktor yang sedang meningkat naik di Taiping. Lebih mengujakan saya lagi, kambing yang dikendurikan-panggang ini adalah milik ternakannya sendiri.

Malah kunjungan saya berkendurikan-panggang kambing ini umpama menghadiri kursus pengetahuan am hujung minggu. Manakan tidak saya berpeluang bersama-sama tukang panggang yang mahir sekali dengan bahagian-bahagian (portion) kambing ini.

Bagaikan dalam kelas melapah daging dn diikuti kelas memasak, saya diceritakan dan ditunjukkan step-by-step yang mana “Batang Pinang”, yang mana “Rimau Menangis” dan bahagian yang lain. Tidak terkecuali saya dijemput menjadi “penghulu hidang” dengan menjamah “Telur Kambing”.

Sedikit terkilan, saya tidak berpeluang menikmati daging di bahagian kepala kambing kerana menurut tuan rumah, ianya agak renyah untuk diproses. Kaki kambing ada tetapi tidak dipanggang atau dibakar untuk tujuan dimakan.

Terima kasih tuan rumah kerana menjemput saya makan kambing panggang dan juga berpeluang menghadiri kursus mengenali bahagian-bahagian daging kambing.

Sengaja saya tidak sertakan caption atau keterangan untuk gambar-gambar dalam posting ini. Anda boleh menekanya sendiri yang mana “Batang Pinang”, yang mana “Rimau Menangis” dan yang mana “Telur Kambing”.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com




























No comments:

Post a Comment