Kalendar Kuda Pilihan Wajib Bapa
Antara barangan wajib mesti ada dalam rumah kami semasa
kecil dahulu di segenap pelusuk ruang dan bilik ialah “jam dinding” dan “kalendar
kuda”! Ini barangan wajib bapa! Ruang tamu ada, dapur ada, bilik tidur ada,
nasib baik ada satu bilik tidur sahaja. Kadang-kadang dalam satu ruang ada
lebih dari satu! Boleh rujuk dalam posting-posting lama dalam blog OKOB in
bawah tajuk “Ayah Yang Ku Benci”.
Kini bapa sudah bedridden dan sudah tidak “mewajibkan”
barangan ini mesti ada dalam rumahnya.
Kalendar kuda juga sudah berubah! Ada member kata kuda sudah
“masuk Melayu”! Masuk Islam?
Nama sahaja kalendar kuda tapi sudah tiada lagi jadual kuda
berlumba setiap minggu. Malah banyak yang digantikan dengan jadual waktu Solat.
Alhamdulillah, sudah insaf rupanya kuda (atau pemilik kuda?) ini.
Aku baru dapat 4 kalendar kuda. Satu dari sahabat sekelas
sekolah menengah yang kini tauke kedai kereta dan fanatik VW, Satu dari sahabat
sekolah tapi beza tahun yang kini tauke barangan Tok Guru. Paling aku suka mini
kalendar kuda dari tauke laksa depan Cendol Bismillah Taiping.
Terbaru aku dapat super mini kalendar tauke tepung yang
masih lagi ada jadual kuda berlumba. Ini bukan kawan satu sekolah Cuma tauke
kedai runcit dekat rumah bujang di Changlun yang bagi.
Dolu-dolu aku selalu dapat kalendar hyper mini (credit card
size) dari Kilang Intel. Boleh bubuh dalam dompet! Apa yang aku suka kalendar
Intel ini ialah dia ada 18 bulan. Tahun 2014 ada 12 bulan campur 3 bulan
terakhir tahun 2013 dan campur lagi 3 bulan pertama tahun 2015.
Tak pasti pula adakah aku akan dapat lagi kalenda Intel
tahun ini.
Nota kaki – satu lagi kalendar yang bapa dolu-dolu selalu
pesan aku cari ialah kalendar yang koyak hari-hari!
Kalendar koyak hari2 tu susah cari la ni. cost saving, banyak yang dah takmau buat
ReplyDelete