Monday, September 15, 2014

Program Amal Transformasi Hero To Super Hero, Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Kamunting, Perak 13 – 14 September 2014, Hotel Perdana Taiping











Program Amal Transformasi Hero To Super Hero, Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Kamunting, Perak 13 – 14 September 2014, Hotel Perdana Taiping

Alhamdulillah selesai sudah Program Amal Transformasi Hero To Super Hero, Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Kamunting, Perak 13 – 14 September 2014, Hotel Perdana Taiping kelolaan KOMUNITI amal TAIPING (KaT).

Program ini adalah acara kemuncak projek KaT tahun 2014 ini kepada Rumah Nurul Iman yang bermula dari akhir tahun 2013 (persediaan kembali ke sekolah 2014), penambahbaikan infrastruktur asrama (sudut bacaan, ruang tuisyen, ruang makan, tempat wuduk, wiring dan piping, dan water dispenser), sahur/iftar sebulan Ramadhan 2014 dan persediaan raya.


Prelude program pada petang Jumaat 12 September 2014 dengan sesi taklimat, penyerahan t-shirt acara dan peralatan lain. 























































































































































Pagi Sabtu 13 September 2014 seawal 8 pagi, anak-anak ini mendaftar diri Dewan Wawasan 5, Hotel Perdana Taiping. Program bermula dengan taklimat keselamatan dan asas pertolongan cemas dan diikuti dengan LDK 1 iaitu pembentukan kumpulan (rekabentuk nama dan logo serta identiti kumpulan) serta pembentangan. Acara selingan ialah penyerahan sekeping”Biskut” kepada setiap ketua kumpulan sebagai tanda simbolik barang amanah yang perlu dijaga sehingga akhir program.

Program kedua ialah ceramah Kerjaya Sebagai Pensyarah dari Puan Siti Nurasyikin Bt. Shamsuddin, Pensyarah UITM Seremban.

Acara perasmian program dilakukan oleh Tuan Hj. Ust. Mat Isa B. Adam, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Taiping. Seterus makan tengahari dan diikuti Solat Zohor.

Acara sebelah petang hari kedua bermula dengan LDK 2 iaitu deklarasi cita-cita serta impian anak-anak ini. Ada cita-cita dan impian anak-anak ini yang begitu sayu untuk dibaca oleh fasilitator, dengan target mereka sekadar untuk berkunjung tempat sekitar Taiping sahaja. Anak-anak ini kemudiannya dicabar untuk mendapatkan kembali kertas cita-cita dan impian mereka yang telah ditampal di abahagian tinggi di dalam dewan.

Acara selingan ketiga ialah pemeriksaan identiti kumpulan barang amanah “Biskut”. Ada kumpulan yang sudah kehilangan tali riben identiti kumpulan dan ada “Biskut” yang sudah pecah. Setelah denda dikenakan kepada kumpulan yang berkenaan, program diteruskan dengan LDK 3.

LDK 3 kemudiannya berbentuk kerjasama kumpulan untuk membentuk satu rantaian dari kertas yang boleh dimasuki oleh semua peserta. Jika LDK 1 ada anak-anak (terutama Tahun 1 dan 2) yang masih tidak berani bercakap di khalayak ramai, LDK 2 ini terdapat anak-anak yang dikenalpasti cepat putus asa dan tidak boleh menerima kekalahan semasa bertanding.

Acara selingan kedua hari pertama ialah beramai-ramai mengecop tangan (hand/palm print) di atas sepanduk sebagai tanda solidariti kebanggaan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta solidariti simpati/takziah kepada mangsa MH370 dan MH17.

Acara selingan ketiga ialah acara menyambut hari lahir dengan sumbangan kek hari lahir dan cup cake sumbangan.

Acara seterusnya ialah minum petang, Solat Asar, riadah di kolam renang sebelum makan malam dan diikuti Solat Magrib. Kuliah Magrib oleh Tuan Hj. Ust. Mat Isa berbentuk santai motivasi bertemakan persaudaraan dan persahabatan.

Selepas kuliah, anak-anak berpeluang berkongsi kerjaya sebagai jurutera yang disampaikan oleh En. Mohamad Redzuan B. Hj. Abdullah Zawawi , Penolong Pengurus Jabatan Kejuruteraan, Silverstone Berhad.

LDK 4 sebelah malam berbentuk permainan cabaran menyampaikan maklumat bertulis dan bergambar. Walaupun rata-rata anak-anak ini bersemangat menjayakan LDH 3 ini terdapat juga ahli pasukan yang menyalahkan ahli lain yang tidak dapat menyampaikan maklumat yang tepat. Malah masih ada lagi ahli yang cepat putus asa dan enggan meneruskan cabaran.


Selepas minum malam dan Solat Insyak, semua peserta berehat menyegarkan badan untuk acara keesokan hari.


























































Hari kedua bermula dengan Kulian Subuh oleh Tuan Hj. Ust. Mat Isa yang masih berbentuk santai motivasi dengan bertemakan buang sifat buruk dan simpan sifat baik serta mengingati/menyayangi diri sendiri, ibu/bapa dan keluarga walaupun sudah tiada.

Selepas sarapan pagi, dalam LDK 5 anak-anak bergabung tenaga untuk merekabentuk bekas telur yang akan dapat mengelakkan telur pecah jika dijatuhkan dari tempat tinggi serta diikuti perbentangan. Masih ada ahli-ahli yang tidak bersatu-padu menyebabkan ada telur yang pecah sebelum bekas telur dibuat lagi. Alhmadulillah semasa perbentangan, sudah ternampak aura anak-anak ini yang mampu bersuara di hadapan khalayak ramai. Ujian Pecah Telur yang pertama menyaksikan ksemua bekas telur yang direka oleh 4 kumpulan ini berjaya. Fasilitator mengadakan ujian kedua dengan peralatan hanya cawan kertas dan surat khabar. Ujian kedua hanya sebuah kumpulan sahaja yang berjaya merekabentuk bekas telur yang mampu menahan telur itu dari pecah selepas dijatuhkan dari tempat tinggi.

Acara selingan ialah group photo anak-anak sebagai tanda solidariti kebanggaan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta solidariti simpati/takziah kepada mangsa MH370 dan MH17.

Seterusnya diikuti dengan penyerahan cenderahati dari anak-anak kepada semua guru-guru dan ustazah yang mengajar tuisyen, fardhu ain dan mengaji kepada mereka. Kemudian anak-anak bergambar dengan semua guru-guru dan ustazah, fasililator dan komiti yang terlibat sebelum mendaftar keluar daro hotel.

Program bersambung dengan piknik makan tengahari di Taiping Lake Garden. Acara piknik dimeriahkan dengan kehadiran Bobo Clown (019 5545521) yang mengenakan hanya separuh bayaran dari kadar biasa. Di samping anak-anak berpeluang bermain Bubble Giant yang ditaja oleh Giant Bubble Putrajaya (013 5016267). Selain dari Nasi Ayam, anak-anak juga menerima sumbangan ais krim dan Burger Bakar Tuu! Diaaa! yang ditaja.

Pukul 2.00 petang program Program Amal Transformasi Hero To Super Hero. KaT sebagai penganjur dan pengelola program ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada;

Pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Nurul Iman Kamunting, Perak yang mengizinkan kami menjalankan program ini,
Warga-warga Malaysia yang berkerja di Syarikat Aramco, Saudi Arabia yang merupakan penyumbang utama program ini (dan juga program-program lain di Nurul Iman),
Syarikat Superbike Crew yang menyumbangkan t-shirt hari pertama,
Syarikat TWMR yang menyumbangkan caps (topi),
Syarikat Chuan Sin Berhad yang menyumbangan air minuman Spritzer Pop Doraemon,
Giant Bubble Putrajaya
Nelson Supplier (Pengasah pensil)

Juga Hamba Allah yang menyumbangkan Burger Bakar, Pakaian Dalam (singlet, seluar dalam, sapu tangan & stokin), Kek Hari Lahir & Cup Cake, dan pelbagai sumbangan lain. Tidak dilupakan jutaan terimakasih kepada semua media masa dan media sosial yang telah menyiarkan semua promosi berkaitan program ini.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan tuan/puan dan kami serta anak-anak ini mendoakan agar tuan/puan sentiasa dimurahkan-Nya rezeki. Amin

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: