Capati Cheese dan Susu Kambing Syafiq Taman Mewah
Petang tadi Mak telefon. Dia tak berapa lalu makan nasi hari
ini. Malah tak masak nasi pun hari ini cuma makan roti whole meal sahaja.
Tiba-tiba aku teringatkan Capati Syafiq Said ini yang
gerainya bersetentangan seberang jalan Seven-Eleven di Taman Mewah Kamunting
ini. Biasanya asyik perkena Capati Mamak dan Capati Pakistan sahaja!
Aku mengenali anak muda Syafiq ini dari tahun lepas rasanya apabila
dia menghubungi aku melalui FB bertanyakan beberapa perkara berkaitan kereta
dan motosikal lama. Syafiq adalah pemilik Toyota Publica Convertible (dikenali
dengan gelaran Cik Nora) dan beberapa buah kereta lama yang lain terutama
pickup. Rupa-rupanya ayah beliau pernah bekerja dengan aku di kilang tayar
sekitar awal 2000an dulu.
Biasanya aku beli Capati Biasa (sudah tentu dengan kuah
sadirn) di sini. Pada masa yang sama, aku mesti beli Susu Kambing Segar yang
turut dijual di sini dengan harga RM 4.00 sahaja untuk sebotol.
Hari ini aku mencuba Capati Cheese dan turut membeli 10
botol Susu Kambing untuk stok minggu ini.
Aku tidak begitu gemarkan Cheese, tidak seperti anak jantan
aku seorang itu. Tetapi Capati Cheese Syafiq begitu lembut mengimbangi rasa lemak
Cheese. Lain kali nak try Capati Tebal dan Capati Telur pula. Sudah pasti
Lempeng Kelapa bercicahkan Sambil Bilis, Gila Hangus dan Madu juga di dalam
perancangan.
Walaun Mak tak menyebutpun nak makan Capati, nampak girang
air mukanya sewaktu aku menghantar Capati dan 2 Botol Susu Kambing menjelang
Magrib tadi. Kata Mak nak bagi ayah rasa juga. Ayah yang kini terlantar di atas
katil dulunya memang pengemar Capati tetapi sekarang seleranya hanya pada roti
whole meal sahaja. Malah sudah bertahun dia tidak menjamah nasi.
Syafiq juga tidak lokek memperlawa agar mencuba menu
bersebelahan gerainya iaitu Mee Kari. Jarang jumpa pengusaha kedai makan yang
pelawa pelanggannya mencuba menu di kedai bersebelahan.
Memang tepat syorannya, Mee Kari sebelah gerai Syafiq ini
tidak kurang hebatnya. Serba lengkap pakej Mee Karinya dengan pelbagai isi
makanan laut dan juga sambal kerang. Malah diletakkan 2 helai daun Pudina
melengkapkan hidangan. Terima kasih atas syoran Syafiq. Begitulah adat berniaga
yang sepatutnya.
Syafiq, macam biasa 2 minggu lagi tolong simpan 10 botol
lagi Susu Kambing Segar ini.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment