Saturday, February 28, 2015

Jangan jadi seperti saya!




Jangan jadi seperti saya!

Jangan jadi seperti saya! Jadi lebih baik dari saya. Teladani apa yang baik saya lakukan dan sempadani apa yang buruk saya lakukan. Jangan ulangi kesilapan yang saya lakukan.

Itu adalah pesanan saya kepada beberapa orang anak murid saya dan peserta kursus kendalian yang yang menyuarakan hasrat untuk menjadi seperi saya sama ada melalui bersemuka atau melalui media sosial.

Malah pesanan yang berikan itu adalah pesanan salah seorang guru saya apabila saya menyuarakan hasrat untuk menjadi seperti beliau.

Salah seorang guru OSH saya di awal tahun 90an (ketika itu dia seorang EHS Director sebuah kilang elektronik di Asia Tenggara), pernah menolak permintaan saya (dan peserta lain) untuk mendapatkan beberapa gambar kemalangan industri di dalam presentation slide-nya. Malah gambar-gambar tersebut dia perolehi dari JKKP (ketika JKJ) Perak ! Alasannya gambar-gambar tersebut adalah gambar beliau cari makan !

Saya sempadani cara beliau ! Kini apa yang boleh saya kongsi dengan pelajar saya atau peserta kursus saya, akan saya kongsi bersama. Lebih-lebih lagi jika gambar (material) itu saya dapat dari internet dan seumpamanya.

Salah seorang guru OSH yang ialah Mr. P. Sukumaran (terkenal dengan Kursus Forkflit dengan FMM) pula sentiasa akan membelanja peserta-peserta kursus kendalian “makan besar” di hari terakhir. Biasa Nasi Briyani!

Saya teladani cara beliau ! Mungkin tidaklah sampai “makan besar” tetapi ada sahaja kudapan yang kongsi dengan pelajar saya atau peserta kursus saya, terutama jika kelas/kursus tersebut tidak disediakan dengan makanan.

Jangan jadi seperti saya! Jadi lebih baik dari saya. Teladani apa yang baik saya lakukan dan sempadani apa yang buruk saya lakukan. Jangan ulangi kesilapan yang saya lakukan.

Lokasi di OUM Prai hari ini, dengan pelajar saya dan kakitangan OUM Prai.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment