Wednesday, February 25, 2015

Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang












Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang

Saya suka “revisit” semula  ke tempat makan yang pernah saya makan sebelum ini. Lebih-lebih lagi masa “revisit” itu saya membawa isteri dan anak saya untuk “merasa” makanan yang saya pernah makan tanpa mereka sebelum ini. Ada beberapa tempat yang saya berhasrat untuk “revisit” semula bersama keluarga di masa terdekat ini, seperti Gerai ABC (Ais Kacang?) di Pasar Hua Hin (200 km dari Bangkok) dan Gerai Kambing Bakar di Lingzhi, Utara China.

Ada juga yang saya tercari-cari di manakah pindahnya Gerai Cendol Pulut di hadapan Perumahan Kastam, yang diperkenalkan kepada saya oleh Tengku Shahrin Abu Bakar, Presiden Kelab Motor Perlis, selepas bermesyuarat Classic Car Rally London Sydney Marathon 2000, yang turut hadir ialah DSP Ibrahim, Trafik Bukit Aman.

Sebuah lagi ialah Gerai Lontong Makcik Gemuk Jalan Riong, dahulu berhadapan TV3. Semua kisah-kisah ini ada dalam blog Orangkecilorangbesar saya.

Pagi tadi saya “revisit”  semula Gerai Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang di Pasar Awam Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Di sinilah selama 2 tahun (2002-2003) setiap hujung minggu saya (kami berempat dari Taiping) makan pagi sebelum masuk kelas (belajar) di UKM. Di sinilah juga selama 7 tahun (2006 – 2012), hampir setiap hujung minggu saya makan pagi sebelum masuk kelas (kali ini mengajar) di Niosh. Menu yang sama iaitu Nasi Dagang Ikan Tongkol Timun Bendang.

Pagi tadi Kakak Penjual di gerai ini masih mengecam saya. Tetapi dia mengecam saya sebagai pelajar bukan sebagai yang pernah bekerja di Bangi!

Kerapnya saya dan kami makan pagi di sini dengan menu yang sama tanpa jemu-jemu. Kadang-kadang bertambah juga lauk seperti Ikan Rebus atau Daging Bakar. Kadang-kadang bertukar juga selera dengan Roti Canai (di sebelah kanan gerai ini) ataupun Lontong Berlauk (di sebelah kiri, gerai di awal pintu pasar).

Selepas ini pasti ada “revisit” semula lagi!


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment