Sunday, February 01, 2015

Structured macam “ayah yang ku benci”!











Structured macam “ayah yang ku benci”!

Ada 8 posting bertajuk “Ayah yang ku benci” dalam blog OKOB aku.

Ya, itu kisah benar antara bapak dengan aku, anak lelakinya. Bapak sekarang terlantar di atas katil semenjak hampir 3 tahun yang lepas. Syukur emak masih sihat untuk menjaga bapak sambil dibantu oleh seorang pakcik dan tok saudara aku.

Bapak memang “structured” dan aku mewarisi sifat (harta atau saka?) “structured” ini. Terima kasih kepada seorang Prof (dalam bidang Psikologi) yang mengelar aku dan memperkenalkan istilah “structured” ini kepada aku sekitar tahun 2006/2007.

Pernah aku berpeluang berkongsi kisah bapak ini dengan pihak pengurusan tertinggi AMDB. Malah selepas itu aku telah dijemput beberapa kali untuk berkongsi kisah bapak ini dengan pekerja-pekerja mereka semasa jamuan makan malam sempena Hari Bapa anjuran AMDB ini.

Berberapa hari lepas ini aku terjumpa semula elemen-elemen “structured” pada anak-anak orang lain. Mulanya hanya terpandang susunan kasut-kasut milik kaki anak-anak kecil pra-sekolah. Ada di antaranya bertanda dengan nama masing-masing. Serta-merta mengingatkan aku kepada bapak.

Perasaan ingin tahu terus menular. Di antara hampir 30 orang anak-anak kecil ini rupa-rupanya terdapat seorang yang memiliki ayah yang “structured”.

Aku membelek kotak pensil dan kotak pensil warnanya. Semuanya bertanda dengan nama anak kecil ini. Kecuali pengasah pensil ! Terus aku menandanya. Mungkin ayahnya terlepas pandang.

Tiba-tiba aku teringat tiada ternampak namanya di antara kasut-kasut yang tersusun di atas rak.

Rupa-rupanya kasut milik anak kecil ini mempunya tanda nama khas yang bersulam.

Bapak tidaklah sampai menyediakan tanda nama yang bersulam untuk aku. Tetapi memang aku ada menyediakan tanda bersulam ini untuk anak lelaki aku! Malah hampir kesemua 200 caps motorsport (rasanya lebih) koleksi aku ada sulaman nama anak aku. Turut tersulam nama ini pada kemeja motorsport anak aku kertika itu.

Leka membelek sifat “structured” pada anak kecil ini, isteri aku memberitahu – ibu dia yang buat semua itu. Ibunya anggota Penjara Pulau Pinang.

Sama seperti bapak, seorang askar, sifat “structured” ini adalah elemen disiplin )biasanya anggota beruniform) malah bergabung degan element safety (OSH), housekeeping (5S) dan yang berkaitan seperti mana menjadi teras pekerjaan aku sekarang ini.

Terima kasih bapak.

Link kepada posting asal – Ayah yang ku benci di sini.


Nota kecil – Cuma bapak lagi “super stuctured”, aku tidak menjumpai mana-mana tanda nama pada anak kecil ini untuk baju, seluar dan sapu tangannya. Bapak memastikan semuanya itu ada tanda nama aku! Malah lagi hebat di mana pembaris milik aku diikat benang ke beg sekolah !


No comments:

Post a Comment