Itik Salai Masak Lemak Kuala Pilah
Paling akhir saya makan Itik Salai Kuala Pilah ini ialah di
penghujung tahun 80an. Ketika itu kami “mengasah tayar” di Bukit Putus sebelum
singgah mencium bau tayar hangit sambil meratah Itik Salai.
Hari ini saya bersama isteri saya seorang itu sengaja
memilih laluan Kuala Pilah itu dalam perjalanan kami dari Seremban ke Kota
Bahru semata-mata untuk merasa kembali Itik Salai Kuala Pilah yang terkenal
ini.
Mulanya saya mengajak isteri untuk meratah sahaja Itik
Salai Kuala Pilah yang banyak tergantung di sebelah pemanggang di gerai-gerai
tepi jalan di Kuala Pilah ini. Tetapi isteri saya ingin merasa Itik Salai Masak
Lemak yang merupakan menu terkenal di Kuala Pilah ini.
Kami singgah di sebuah Gerai Nasi Campur yang bukan sahaja
menjual Itik Salai tetapi turut menjual Puyuh Salai, Ayam Kampung Salai, Daging
Salai dan Ikan Sembilang Salai. Semuanya menu Masak Lmak !
Sudah tentu kami memilih Itik Salai Masak Lemak dengan menu tambahan Ikan Sembilang
Salai Masak Lemak.
Untuk merasa keenakan kedua-dua lauk ini sepenuhnya, kami
hanya memilih nasi puteh kosong tanpa lauk lain atau sayur dan campuran
lain-lain kuah!
Walaupun kedua-duanya Menu Masak Lemak tetapi ramuan
Masak Lemaknya berbeza! Itik Salai Masak Lemak bercampur Nenas. Manakala Ikan
Sembilan Salai Masak Lemak bercampur Belimbing Buluh.
Ada terasa kemanisan Nenas dalam Itik Salai Masak Lemak
ini. Ada terasa kemasaman Belimbing Buluh dalam Ikan Sembilang Masak Lemak ini.
Sekarang kami tengah merancang untuk trip ulangan hendak
merasa Masak Lemak Puyuh Salai, Ayam Kampung Salai dan Daging Salai pula. Kami
nak tahu sama ada dicampur dengan nenas atau belimbing buluh atau buahan lain.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
tulih lah boto2 kek mano koda ni hahahaha
ReplyDelete