Wednesday, March 18, 2015

Ronda Cari Roti – terjumpa sarapan RM 7.30 kenyang sampai ke petang










Ronda Cari Roti – terjumpa sarapan RM 7.30 kenyang sampai ke petang

Setelah terlepas Roti Bakar di Kedai Kopi Hai Peng, Kemaman dan Roti Paung di Kuala Terengganu, pagi ini dari Jerteh ke Kota Bahru, kami berazam nak bersarapan dengan Roti Bakar dan sudah tentu juga dengan menu Nasi Dagang Terengganu.

Kami singgah di sebuah warung kecil yang ramai pelanggannya dari penduduk tempatan di antara Selinsing dengan Melor.

Warung ini bernama Kedai Kopi Lan (KKL) bersebelahan Stesen Minyak Petron.     

Susunan mejanya ringkas sahaja. Ada lebihkurang 6 meja dan juga tempat duduk mengelilingi kaunter dan dapur. Kami suami-isteri sengaja menunggu tempat duduk kayu bentuk-u dikosongkan pelanggan sebelum kami menikmati juadah sarapan kami.

Juadah sarapannya ringkas sahaja. Tiada Roti Bakar tapi ada Telur Setengah Masak. Juadah lain ialah Nasi Berlauk siap berbungkus termasuk Beehon Goreng dan Ketiaw Goreng.

Kami memilih menu Nasi Gulai Ikan Aya, Nasi Gulai Ikan Kering dan Beehon Goreng serta Kopi Ais, Teh-O dan Ais Kosong. Menu popular di sini Nasi Dagang dan Nasi Ayam Kerutu telah kehabisan.

Untuk juadah menu yang kami order hanya berharga tujuh riyal tiga puluh sen! Terkejut isteri saya semasa membayarnya.

Alhamdulillah. Kami kekenyangan sehingga ke petang.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment