Wednesday, March 04, 2015

Kedai Makan Melayu vs Kedai Makan Siam











Kedai Makan Melayu vs Kedai Makan Siam
Orang lama di Kpg Pinang dan Kpg Jana mesti tahu Kedai Makan Pak Lazim tepi Kilang Papan Jalan Kpg Jana bersebelahan Kedai Mara/Pejabat Pos Kamunting itu.
Kedai Pak Lazim ini memang terkenal semenjak 70an lagi. Saya tak pasti terkenal kerana apa. Apa yang saya tahu kedai ini menjadi tumpuan pemain Dam Aji !
Ketika itu saya hanya bersekolah rendah dan kunjungan ke Kedai Pak Lazim ini semata-mata untuk membeli Tempeyek.
Kini Kedai Pak Lazim sudah bertukar wajah. Kini Kedai Makan Siam dengan nama Amira Seafood.
Sebentar tadi kami sekeluarga mencuba menjamu selera di sini. Menu kami ialah Ketiaw Hong Kong, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ikan Masin dan Rojak Buah.
Secara umumnya masakan di sini hampir sama dengan Kedai Makan Siam yang lain. Lebihnya, semua makanan yang diorder disediakan dengan segera walaupun agak ramai juga pelanggan yang ada.

No comments:

Post a Comment