Wednesday, March 04, 2015

Ronda Cari Roti - Roti Bakaq Teloq Meleleh, Parit Buntar





















Ronda Cari Roti - Roti Bakaq Teloq Meleleh, Parit Buntar

Ini cerita Isnin lepas. Tergoda gambar di FB mengenai Roti Bakaq Teloq Meleleh di Medan Selera Restu Bonda, Food Court sebelah Mydin Parit Buntar, kami sekeluarga datang ke sini semata-mata untuk mencubanya.

Kita hanya merancang! Tutup pula hari Isnin, gerai ini. Nasi baik ada roti lain !

Sementelah telah datang, kami mencuba Kopi Vietnam dan Popiah Vietnam di samping Ketiaw Hong Kong, Capati Kuah Daging, Roti Jala Kuah Ayam, Roti Planta dan Chatr Ketiaw.

Popiah Vietnam itu terbaik! Sama rasanya saya makan di Vietnam seketika dulu. Uniknya, ada selapis kulit popia seakan-akan plastik !

Harap-harap selepas ini jangan pula rakyat Vietnam berdemo depan kedutaaan Malaysia di Vietnam menuntut pengisytiharan Popia adalah milik Vietnam.

Popia Vietnam tak sama dengan Popiah Malaysia. Saya pernah makan Popiah Indonesia (di Indonesia), dan rasanya pun tak sama dengan Popiah Malaysia. Lebih kurang rasa itu memang adalah.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment