Wednesday, March 18, 2015

Ronda Cari Roti – mencari kudapan terjumpa Bayam dan Cendawan Goreng








Ronda Cari Roti – mencari kudapan terjumpa Bayam dan Cendawan Goreng

Setelah kekenyangan sarapan pagi dengan Nasi Berlauk, kami suami-isteri tidak bercadang untuk Makan Tengahari. Semasa mengeliingi Pasar Khatijah Kota Bahru ini, kami terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas. Baru teringat pesanan sanak-saudara saya di Kelantan, laluan berhampiran Pasar Khatijah ini memang sesak di waktu cuti sekolah.

Kami sengaja mengambil laluan ke PCB. Di laluan ini memang banyak jualan jajaran. Cadangnya nak cari Colek dan Jagung Bakar.

Ternampak satu gerai yang bergantung Pisang yang tersedia untuk digoreng.

Bonus kepada kami kerana di sini ada Bayam Goreng dan Cendawan Goreng.

Saya biasa makan Cendawan Goreng Celup Tepung tetapi inilah kali pertama merasa Bayam Goreng Celup Tepung.

Rasanya memang terbaik! Patutlah menjadi kesukaaan Popeye !

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment