Berkongsi rezeki dengan anak yatim, warga emas dan tafiz
Alhamdulillah, rezeki anak-anak yatim, tafiz dan warga emas
ini. In sya Allah pada Khamis 23 Apr 2015, ada Hamba Allah yang berhasrat
berkongsi rezeki dengan 4 buah rumah amal ini (Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya
Ain Bagan Serai, Rumah Warga Emas Nur Aaida Ekspo Kamunting, Rumah Warga Aminur
Ain Ekspo Kamunting dan Asrama Tafiz Nur Qaseh, Kpg Perwira, Kamunting).
Menu merupakan pilihan anak-anak yatim, tafiz dan warga emas
ini sendiri berupa :-
1. Nasi Puteh
2. Ikan Keli
Masak Sambal
3. Udang
Masak Lemak
4. Sayur
Campur
5. Buah
Tembikai
Hanya Dia sahaja yang mampu membalas sumbangan Hamba Allah
ini. Semoga diberkati amalan Hamba Allah ini, dimurahkan rezeki, diperlihara
kesihatan dan keselamatan serta dipermudahkan-Nya segala urusan. Amin. In sya
Allah, inilah doa kami dan doa penerima-penerima sumbangan ini.
Buat masa sekarang Komuniti Amal Taiping (KaT) menyediakan
makan tengahari / malam sekali dalam seminggu untuk 4 buah rumah amal ini.
Jika ada tuan/puan yang berhajat untuk menyumbangkan/menaja
makan tengahari atau makan malam untuk golongan terpilih ini, sila hubungi
Komuniti Amal Taiping (KaT) atau sms/whatsup 0195582626 Lukman Wan Mat Daud.
Jumlah sumbangan tidak ditetapkan.
Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus /
berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.
(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(ii) Pn Rozi, Rumah Nur Aaida Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241
0021
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543
0322
*Komuniti Amal Taiping (KaT) adalah gabungan individu
sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan
mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO
Alhamdulillah
ReplyDeleteTerbaik.