Sunday, April 19, 2015

Jamu selera bersantai di Omm Cafe Ipoh Pekan Baru



























Jamu selera bersantai di Omm Cafe Ipoh Pekan Baru

Malam tadi dalam perjalanan balik ke Taiping dari KL, kami sekeluarga singgah di Pekan Baru Ipoh untuk mencuba menu di Omm Cafe yang baru dibuka sebulan lepas.

Untuk ke sini mudah sahaja. Bermula dari landmark bulatan Rumah MB (jika datang dari Jalan Tambun, terus mengikut arah jam 12. Omm Cafe terletak di barisan rumah kedai lama sebelah kanan jalan, selepas traffic light pertama Balai Polis dan Restoran Nasi Ayam Merah (Nasi Ganja).

Sudah tentu saya mencuba Chu Chong Fun Ipoh Mali antara menu terlaris di sini. Kicap berlenga (bijan) di atas gulungan Ketiaw ini memang favourite saya. Lebih-lebih lagi diacukan dengan Cili Jeruk yang ranggup. Pada saya ianya memang terbaik.

Orang rumah saya seorang itu mencuba menu cadangan En. Azman Omm, pemilik cafe ini sendiri iaitu Fettucine Carbonara. Mee Spaghetti Fettucine Carbonara ini berbentuk panjang leper tidak panjang silinder seperti biasa dan size lebih lebar. Ini bukan makanan pilihan saya tetapi menurut isteri saya, Fettucine Carbonara di sini sama taraf rasanya di restoran yang hebat.

Seperti biasa, anak lelaki saya seorang itu memilih Sizzling Mix with Black Pepper Sauce. Menariknya di sini, Sauce itu dituang ke atas pelbagai aneka daging yang berasap itu, di hadapan pelanggan! Licin sampai buntut plate sizzling itu dikerjakan oleh anak saya.

Untuk minuman kami mengorder Teh Lemon Panas, Cincau Campur Lengkong Ais dan Carrot Susu Ais. Minumannya biasa-biasa sahaja kepada kami cuma special sikit sebab dihidang dalam jug mug.

Semasa menunggu, kami berpeluang mendengar lagu dari Juke Box di samping “melayan” melihat pelbagai barangan koleksi pemilik cafe ini.

Sebagai cafe yang baru sangat beroperasi, masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Pemiliknya juga tidak mengenakan GST !

In sya Allah selepas ini kami akan mencuba menu cadangan pemilik ini iaitu “ikan”!.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

* Cafe beroperasi 5pm - 12am. Tutup Isnin

No comments:

Post a Comment