Thursday, April 02, 2015

Kari Sembilang Matang, berhadapan Pasar Matang












Kari Sembilang Matang, berhadapan Pasar Matang

Selain dari Mee Udang Banjir, Matang juga terkenal dengan Kari Sembilang. Ada banyak kedai yang menjual Kari Sembilan dan Sembilang menu masak lain di Matang ini.

Se cara jujur saya mengakui saya bukan pengemar Kari Sembilang tetapi ajakan seorang rakan untuk makan tengahari dengan Kari Sembilang hari ini tidak dapat saya tolak.

Rakan saya membawa saya ke Kedai Kopi Kari Sembilang Matang, berhadapan Pasar Matang. Katanya kedai ini bukanlah kedai yang terhebat rasa Kari Sembilangnya di Matang tetapi harganya yang amat berpatutan itu menyebabkan ianya menjadi pilihan ramai.

Di sini Ikan Sembilang adalah menu utama yang kadang-kadang ada juga menu ikan lain bergantung kepada hasil tangkapan. Ikan Sembilang menu sediaaan utamanya adalah kari. Ada juga menu lain yang disedaikan mengikut pesanan pelanggan seperti Asam Pedas ataupun Goreng Garing.

Ada menu yang telah tersedia untuk mereka yang mengejar masa tidak mahu menunggu.

Bagaimanapun ramai pelanggan yang biasa di kedai ini memilih menu dimasak. Untuk menjimatkan masa menunggu, pelanggan boleh menelefon membuat tempahan.

Walaupun tidak mengemari kari, saya boleh membezakan antara kari yang dibubuh santan atau tidak. Kari Sembilang di sini dimasak tanpa tambahan santan. Kuahnya pekat kemerahan.

Untuk benar-benar menikmati kelazatan Kari Sembilang Segar Matang ini, makanlah hanya dengan Nasi Puteh tanpa tambahan lauk lain ataupun sayur. Mungkin  sampingan Sambal Belacan dan Timun penambah selera.

In sya Allah selepas ini saya akan berkunjung lagi di sini untuk merasa pula menu pilihan saya iaitu Sembilang Goreng Garing yang kecil saiznya.

Panduan ke sini mudah sahaja. Selepas flyover PLUS dan Muzium Matang (di selekoh) akan terjumpa persimpangan di sebelah kiri menuju ke Matang. Belok kiri mengikut simpang ini dan akan terjumpa Pasar Matang. Kedai Kari Sembilang Matang, berhadapan Pasar Matang. Di Pasar Matang ini juga boleg dibeli Ikan Sembilang dan lain-lain hasil tangkapan laut. Kalau hujung minggu, pasar ini kerap dikunjungi pelanggan sejauh dari Ipoh.

http://orangkecilorangbesar.blogspot,com

No comments:

Post a Comment