Mee Rebus Tulang Taiping di Aulong
Sudah beberapa kali terbaca posting mengenai Mee Rebus Tulang
Taiping di Aulong ini tetapi tidak berkesempatan untuk mencubanya.
Ajakan seorang rakan petang tadi, tidak dapat tidak saya
menolaknya walaupun masih kekenyangan makan tengahari Nasi Puteh dengan Kari
Sembilang Matang, yang juga dibelanja oleh rakan yang lain.
Kalau dari Taiping, kedudukan Lori Mee Rebus Tulang Taiping ini
di sebelah kanan jalan, selepas traffic light Petronas Aulong di jalan menghala
ke Giant.
Ada khemah dengan beberapa buah meja di bawah pokok besar
yang meredupkan kawasan ini.
Setibanya kami di sini, tiga meja buah sudah berpelanggan
sedang menikmati menu pilihan masing-masing.
Sudah tentu kami memilih Mee Rebus Tulang!
Kuahnya memang pekat terasa lemak tulang. Cuma isi daging pada
tulang tidak semewah yang saya harapkan. Mungkin berpatutan dengan harga yang
dijual.
Condiment juga tidak banyak tetapi memandailah untuk melengkapi
set Mee Rebus Tulang Taiping ini.
Untuk beli bawa pulang, saya membeli Mee Kicap Ayam yang
juga tidak mengecewakan selera isteri saya. Sememangnya kalau saya pertama kali
mencuba sesuatu makanan itu tanpa keluarga, in sya Allah saya akan membelinya
untuk membawa pulang.
Menjadi amalan saya, kalau ada yang belanja, saya akan
membelinya setelah kawan yang membelanja ini selesai membayar makanan yang
telah dimakan.
Terdapat juga pelbagai menu lain disediakan di sini. Teruja
juga hendak mencuba Nasi Ganja Ayam khas hari Jumaat itu. In sya Allah di masa
terdekat ini.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Alamak taktau pulak Aulong tu kat mana.
ReplyDeleteNi kalau dari restoran Asam Pedas tu, straight nak ke Tesco taiping ke Bang Man?
Ya betul.
ReplyDeleteSampai simpang trafic light flyover keretapi, belok kanan.
Jumpa Petronas, terus dan perlahankan kenderaan. Lihat kanan