Sambal dan Condiment Nasi Lemak
Pada saya Nasi Lemak mesti ada Sambal Tumis Ikan Bilis.
Lauk lain adalah optional.
Selain dari Sambal Tumis Ikan Bilis, saya amat mengemari
Lauk Sadirn. Malah semasa di sekolah berasrama awal 80an, sarapan hari Ahad
iaitu Nasi Lemak Lauk Sadirn adalah yang ditunggu-tunggu, Siap berdoa agar pelajar
lain sambung balik tidur selepas solat Subuh!
Tidak jemu-jemu saya dengan Lauk Sadirn hingga ke hari
ini. Semasa kami tiga beradik masih kecil, emak memang kerap masak Lauk Sadirn
dengan kuah yang banyak supaya kami boleh makan hingga ke malam.
Malah Lauk Sadirn juga pilihan saya untuk diacukan dengan
Nasi Goreng, Nasi makan tengahari atau malam ataupun dengan Roti Benggali.
Hari ini emak panggil kami sekeluarga bersarapan di
rumahnya. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur rumah, sudah terbau wangian
Nasi Lemak bergaur dengan daun pandan, maneka bawang, halia, jintan manis,
cengkih dan sebagainya.
Walaupun pelbagai rencah ini mewangikan dan melazatkan
Nasi Lemak ini tetapi entah mengapa tidak tertelan dek saya. Biasanya saya kais
ke tepi pinggan sahaja.
Macam dulu-dulu, emak tetap akan masak dengan portion
yang banyak supaya kami boleh makan berulang. Terima kasih emak!
Sambal dan condiment – ada yang asas dan ada yang
optional. Setiap orang ada cita rasanya tersendiri.
No comments:
Post a Comment