Friday, May 01, 2015

Sambal dan Condiment Nasi Lemak










Sambal dan Condiment Nasi Lemak

Pada saya Nasi Lemak mesti ada Sambal Tumis Ikan Bilis. Lauk lain adalah optional.

Selain dari Sambal Tumis Ikan Bilis, saya amat mengemari Lauk Sadirn. Malah semasa di sekolah berasrama awal 80an, sarapan hari Ahad iaitu Nasi Lemak Lauk Sadirn adalah yang ditunggu-tunggu, Siap berdoa agar pelajar lain sambung balik tidur selepas solat Subuh!

Tidak jemu-jemu saya dengan Lauk Sadirn hingga ke hari ini. Semasa kami tiga beradik masih kecil, emak memang kerap masak Lauk Sadirn dengan kuah yang banyak supaya kami boleh makan hingga ke malam.

Malah Lauk Sadirn juga pilihan saya untuk diacukan dengan Nasi Goreng, Nasi makan tengahari atau malam ataupun dengan Roti Benggali.

Hari ini emak panggil kami sekeluarga bersarapan di rumahnya. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur rumah, sudah terbau wangian Nasi Lemak bergaur dengan daun pandan, maneka bawang, halia, jintan manis, cengkih dan sebagainya.

Walaupun pelbagai rencah ini mewangikan dan melazatkan Nasi Lemak ini tetapi entah mengapa tidak tertelan dek saya. Biasanya saya kais ke tepi pinggan sahaja.

Macam dulu-dulu, emak tetap akan masak dengan portion yang banyak supaya kami boleh makan berulang. Terima kasih emak!

Sambal dan condiment – ada yang asas dan ada yang optional. Setiap orang ada cita rasanya tersendiri.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: