Wednesday, August 12, 2015

Buku vs Media Social



Buku vs Media Social

Gaji RM 380.00 sebulan, peruntukan sebuah buku sebulan

Semasa mula bekerja di kilang tayar di Taiping pada tahun 1989, gaji saya hanya RM 340.00 sebulan dan selepas tiga bulan dinaikkan menjadi RM 380.00.

Selepas enam bulan bekerja, saya berpindah dari rumah emak saya dan menyewa bersama rakan berkongsi sewa rumah RM 100.00 seorang.

Dengan gaji sebanyak itu saya masih dapat memperuntukan sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan terutama novel. Pilihan saya ketika itu ialah novel-novel keluaran Creative Enterprise yang terkenal dengan majalah Gila-Gila mereka.

Creative Enterprise merupakan penerbit novel yang aktif sekitar 80an dan 90an. Antara yang aktf berkarya ketika itu di bawah terbitan Cretive Enterprise ialah Abdul Talib Hassan, Abdul Rahim Awang, A. Samad Ismail dan beberapa penulis lagi. Malah saya ada juga karya Malungun, Misyar (Meor Syariman Hassan), Adi Al-Hadi, Elias Hj. Idris dan banyak lagi.

(Ramai yang menyangka Ramlee Awang Murshid sebagai Raja Novel Penyiasatan, tetapi saya rasa Abdul Talib Hassan dan Abdul Rahim Awang adalah pelopornya).


Terbaru Ujang akan membuat come-back dalam penerbitan Gila-Gila bersama-sama rakan-rakannya dahulu. Adakah penulis-penulis ini akan membuat comeback juga? Mampukah mereka bersaing dengan media masa dan media social yang ada sekarang ini?

No comments:

Post a Comment