Sunday, September 27, 2015

Adakah sisi gelap Haramain ini adalah adaptasi dari Lorong Midaq?




Adakah sisi gelap Haramain ini adalah adaptasi dari Lorong Midaq?

Tulisan seorang penulis (dia menulis disebabkan itu dia layak bergelar penulis) mengenai sisi gelap Haramain (di dalam FB nya yang telah melebihi setengah juta “Likes”) telah mendapat kecaman yang hebat di alam siber di sebalik itu ada juga yang menyokongnya.

Saya kadang-kadang turut mengikuti penulisannya. Secara jujur ada gaya penulisannya yang tidak sehala dengan saya dan ada yang tulisannya memberi makna kepada saya.

Saya dengan penulis ini bersama-sama “terperangkap” dalam dunia pengejaran PhD. Malah saya pernah bersamanya dalam satu aktiviti amal di Taiping beberapa tahun lepas.

Sisi gelap Haraman tulisan beliau yang kini telah dipadamkan dalam FBnya itu mengingatkan saya kepada Lorong Midaq antara karya besar Naguib Mahfouz. Saya membaca Lorong Midaq pertama kali pada penghujung 70an dengan buku aleh bahasa oleh SN Abdullah Hussein terbitan DBP. Novel ini saya perolehi hasil pertandingan syarahan sekolah rendah peringkat Daerah Larut Matang ketika itu.

Kemudiannya apabila saya membaca biografi Naquib, saya boleh merasakan penceritaan Lorong Midaq ini adalah dari sudut benar pandangan beliau sendiri. Semuanya berdasarkan kegemaran beliau mengunjungi dan berjumpa rakan-rakan di kedai kopi, prinsipnya terhadap kebebasan bersuara (menulis) dan falsafahnya terhadap kefahaman beliau.

Mekah adalah kota suci. Penghuninya samada penduduk asal atau pendatang yang mencorakkan kesucian itu. Itulah hakikatnya. Saya masih tercari-cari sumber asal kata-kata Hamka mengenai dosa dan pahala boleh didapati di Kota Mekah dan di Kota New York.

Adakah sisi gelap Haramain ini adalah adaptasi dari Lorong Midaq seperti filem Mexico; Midaq Alle - El callejón de los milagros, (1995)? Filem ini ditulis oleh Vicente Leñero dan diarah oleh Jorge Fons yang berkisar tentang isu gay dan lesbian.

Pandangan saya secara peribadi, setiap penulis bebas berkarya dan bertanggungjawab terhadap karya tulisannya tetapi saya tidak bersetuju jika dikaitkan dengan beberapa siri bencana sebelum ini dengan sisi gelap Haramain ini, jika seperti yang dikatakan oleh penulis (jika benar dakwaan seperti di dalam media social kerana saya tidak berpeluang membaca tulisan beliau yang telah dipadamkan itu).

Apapun selamat  berkarya dan bertanggungjawablah atas apa yang dikaryakan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.com/

Klik link di sini untuk synopsis Lorong Midaq (kredit kepada penulis asal – sumber internet) 

Biografi Naguib Mahfouz (sumber Wiki)

Naquib lahir dalam keluarga Islam kelas pertengahan di Gamaleyya, Kaherah . Mahfouz dinamakan sempena nama Profesor Naguib Pasha Mahfouz (1882 1974). Naquib Mahfouz merupakan anak bongsu dari 7 beradik dalam sebuah keluarga , lima lelaki dan dua perempuan. Keluarga itu hidup di el-Gamaleyya, pada 1924 . Kemudian pindah ke el-Abbaseyya Kaherah.Di sinilah kebanyakan latar belakang hasil tulisan beliau. Bapanya, Mahfouz disifatkan sebagai berfikiran "kolot", adalah seorang kakitangan awam. Pada zaman kanak-kanaknya , Naquib banyak membaca . Ibunya sering membawa dia ke muzium dan sejarah Mesir kemudian menjadi satu tema utama dalam banyak karyanya.

Keluarga Mahfouz merupakan keluarga Islam warak dan Mahfouz menerima didikan Islam secara tuntas.

Revolusi Mesir 1919 memberi kesan kuat pada Mahfouz, walaupun pada masa itu hanya berumur tujuh tahun. Daripada tingkap, dia sering terlihat tentera Britain menembak penunjuk perasaan tidak kira lelaki dan wanita. Britain menjajah Mesir ketika itu.

Selepas menyempurnakan pendidikan menengahnya, Naguib Mahfouz memasuki Universiti Raja Fouad I, kini dikenali sebagai Universiti Kaherah dalam jurusan falsafah. Pada 1936, dia menyambung pelajaran peringkat sarjana . Seterusnya dia memutuskan untuk menjadi penulis profesional. Naguib Mahfouz kemudiannya menjadi wartawan akhbar er-Risala, dan menyumbang artikel di el-Hilal dan Al-Ahram. Orang Mesir sangat meminati rencana beliau khususnya idea-idea sains dan sosialisme dalam 1930-an seperti tulisan Salama Moussa.

Mahfouz menjadi Menteri Agama di Mesir. Kemudian di Kementerian Kebudayaan dan dan membangunkan industri perfileman Mesir dan kelihatan mempunyai unsur-unsur ateisme.
Beliau berhasil menulis 34 buah novel, lebih 350 cerpen, berdozen skrip filem dan lima drama. Kebanyakan hasil karyanya telah difilemkan.

Naguib Mahfouz meninggalkan jawatannya sebagai Pengarah Penapisan Filem .Dia menjadi editor untuk akhbar terkemuka el-Ahram pada 1969 . Dia juga seorang ahli lembaga Dar el-Ma'aref , sebuah firma penerbitan. Kebanyakan novelnya telah disiarkan secara bersiri dalam el-Ahram, dan tulisannya juga muncul dalam ruangan mingguannya, "Sudut Pandangan". Sebelum mendapat Anugerah Nobel , hanya beberapa novelnya terkenal di dunia Barat.

Mahfouz membujang sehingga umur 43. Baginya perkahwinan akan menyekat bakat sasteranya. Pada 1954, dia berkahwin dengan wanita Mesir dan mendapat dua anak perempuan.

Mahfouz menyokong usaha Presiden Mesir Anwar Sadat untuk menjayakan Perjanjian Camp David dengan Israel pada 1978. Buku-bukunya diharamkan di beberapa negara Arab sehingga selepas dia memenangi hadiah Nobel.

Dia mempertahankan penulis / novelis Salman Rushdie selepas Ayatollah Ruhollah Khomeini menghukum hukuman mati ke atas Salman Rushdie. Novel 'Satanic Verses' dianggap "menghina" keutuhan sejarah Islam. Mahfouz percaya kepada kebebasan bersuara walaupun tidak selari dengan Rushdie. Dia mengutuk fatwa yang dikeluarkan oleh Ayatollah Khomeini dan menggelar Khomeini sebagai 'pengganas'. Dia juga menyertai 80 intelektual lain mengecam hukuman bunuh yang dikenakan terhadap penulis .

Kontroversi novel Satanic Verses turut dialami novel Naguin bertajuk 'Children of Gebelawi. Ancaman bunuh terhadap Mahfouz dikeluarkan oleh syeikh buta, bernama Omar Abdul-Rahman. Sejak itu Naguib diberi perlindungan polis.Pada 1994 pelampau Islam hampir berjaya membunuh novelis berumur 82 tahun ini dengan menikam leher ketika beliau berada di luar rumah di Kaherah. Dia terselamat tetapi saraf-saraf tangan kanannya terjejas teruk. Selepas insiden itu Mahfouz tidak mampu lagi untuk menulis .Dia hidup dengan dikawal pengawal peribadi setiap masa.

Awal 2006, novel beliau dicetak di Mesir dengan prakata oleh Ahmad Kamal Aboul-Magd.

Pada saat-saat kematiannya, Mahfouz dianugerah Nobel Kesusasteraan setaraf dengan Bertrand Russell dan Halldor Laxness. Tokoh ini sesatunya penulis Arab yang berjaya mendapat anugerah seperti itu.

Pada Julai 2006, Mahfouz cedera di kepala setelah jatuh dan membawa kepada kematiannya pada 30 Ogos 2006 di Hospital Kaherah.

Walaupun hampir buta di saat-saat tuanya dia terus juga menulis. Dia sukar memegang sebatang pen atau sebatang pensel. Dia juga terpaksa meninggalkan tabiat hariannya bertemu rakan-rakannya di kedai kopi. Dia mengidap ulser berdarah, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung.

Mahfouz diberi pengkebumian negara dengan iringan tentera pada 31 Ogos 2006 di Kaherah. Jenazahnya dikebumikan di perkarangan Masjid el-Rashdan , pinggir Kaherah.

Karya

Kebanyakan karya Mahfouz bermula di el-Gamaleyya. Abath Al-Aqdar (Cemuhan Takdir - Mockery of the Fates) (1939), Radubis (1943), dan Kifah Tibah (The Struggle of Tyba - Perjuangan Bagi Tyba) (1944), merupakan novel sejarah dan belum disiapkan sepenuhnya.Dia mendapat inspirasi dari Sir Walter Scott (1771 1832) untuk menulis sejarah lengkap Mesir dalam satu siri buku. Bagaimanapun, siri ketiga novel Mahfouz terarah kepada cerita masyarakat marhaen.

Tumpuan kerja beliau pada 1950-an adalah 'Cairo Trilogi' dengan ketebalan 1,500 halaman, yang disiapkan sebelum Revolusi Julai. Novel ini berjudul Palace Walk, Palace of Desire, and Sugar Street. Latar novel ini di sekitar Kaherah di mana dia membesar. Dia menggambarkan kehidupan el-Sayyed Ahmed Abdel Gawad dan keluarganya selama tiga generasi di Kaherah daripada Perang Dunia I hingga 1950-an.Raja Farouk di digulingkan. Novelnya mengandungi kepelbagaian watak dan pengertian psikologi.Oleh itu hasil kerja beliau dikaitkan dengan penulis-penulis terkenal seumpama Balzac, Dickens, Tolstoy, dan Galsworthy. Naguib Mahfouz berhenti menulis setelah menghabiskan trilogi. Naguib kecewa dengan regim Presiden Nasser yang telah menjatuhkan pemerintahan beraja pada 1952. Sejak itu (1959) dia kembali produktif dengan menghasilkan pelbagainovel, cerpen, kewartawanan, memoir, dan lakon layar.

'Chitchat on the Nile' (1966) merupakan novel popular beliau. Ia telah difilemkan semasa pemerintahan Presiden Anwar al-Sadat. Filem / cerita ini mengkritik kemerosotan masyarakat Mesir era Gamal Abdel Nasser. Novel ini diharamkan oleh Sadat untuk mengelak provokasi rakyat Mesir yang masih menyayangi bekas presiden Nasser. Karya Mahfouz disifatkan sebagai amat terbuka dan membicarakan isu sosialisme, homoseksual, dan ketuhanan. Sesetengah subjek ini adalah dilarang di Mesir.

'Children of Gebelawi' (1959) dilarang di Mesir kerana menggunakan bahasa kesat terhadap ketuhanan, kepercayaan Judaisme, Kristian dan Islam. Novel ini menggambarkan Gebelaawi dan anak-anak miskin bernama Cain dan Abel iaitu anak-anak Nabi Adam . Beliau turut menyentuh kehidupan Nabi Musa, Nabi Isa, dan Muhammad. Gebelaawi membina rumah besar di sebuah oasis di gurun tandus yang menjadi punca pergaduhan generasi ke generasi. Novel ini diharamkan di seluruh dunia Arab, kecuali di Lubnan.

Pada (1961) di menghasilkan novel 'The Thief and the Dogs' . Novel ini menggambarkan nasib pencuri yang menjadi pengikut aliran Marx, yang baru dibebaskan dari penjaradan merancang balas dendam.

Novel 1960-an dan 1970-an banyak mengunakan monolog dalaman.Dalam novel Miramar (1967), dia menggunakan teknik penceritaan berbilang. Penceritaan dari sudut pandangan seorang Sosialis dan pandangan Nasserite yang mementingkan diri.

Arabian Nights and Days (1981 dan The Journey of Ibn Fatouma (1983) , Naguib menjadikan penceritaan bahasa Arab tradisional sebagai subtek . Novel Akhenaten dan Dweller in Truth (1985) memaparkan konflik antara kpercayaan lama dan kepercayaan baru.

Kebanyakan novel beliau ditulis secara bersiri, termasuk 'Children of Gebelawi dan 'Midaq Alley'(Lorong Midaq ). Novel ini telah diadaptasi oleh penerbit filem Mexico dan dilakonkan leh Salma Hayek (El callejón de los milagros).Di Malaysia, sasterawan negara Abdullah Hussain telah menterjemahkan novel Midaq Alley kepada Lorong Midaq.

Mahfouz memaparkan pembangunan negara Merir abad 20. Dia menggabungkan pengaruh kebudayaan Barat dan Timur.Antaranya ialah kisah detektif barat, klasik Rusia, dan penulis-penulis modenis seperti Proust, Frank Kafka dan Joyce.

Naguib sangat menyokong semangat nasionalisme Mesir dalam kebanyakan karyanya.Semua itu ditonjolkan pada sebelum Perang Dunia II dan era Parti Wafd. Dia juga tertarik dengan fahaman sosialis dan demokratik pada zaman belianya.Aliran sosialis amat jelas dalam novel Al-Khalili dan New Cairo.

Naguib menyenangi aliran sosialisme dan demokrasi dan membenci ekstremisme Islam dan radikal Islam di Mesir. Dia mengenali Sayyid Qutb semasa muda belia. Dia mengkritik fundamentalisme Islam.Sayyid Qutb adalah pembina aliran persaudaraan Islam. Sayyid Qutb telah mengenali bakat penulisan Mahfouz pada 1940-an. Naguib Mahfouz melawat Qutb ketika terlantar di hospital iaitu pada 1960-an iaitu di akhir hayat Qutb.Dalam novel semi autobiografi bertajuk 'Mirror' , Naguib menggambarkan wajahSayyid Qutb dari sudut negatif.

Dia sangat kecewa dengan Revolusi 1952 dan kekalahan Mesir Perang Enam Hari 1967. Dia menentang revolusi 1957 kerana bertentangan dengan prinsip hidup beliau.

No comments:

Post a Comment