Sunday, September 27, 2015

Anak Apak Subky Abdul Latif


Anak Apak Subky Abdul Latif

Pak Subky memang terkenal dengan gaya penulisannya yang bersahaja. Saya pernah mengikuti siri ceramahnya semasa bergelar ahli politik. Kalaulah Pak Subky mampu berceramah sebagaimana dia menulis, sudah pasti lebih ramai lagi pengikutnya.

Memoir Pak Subky ini digarap seolah-olah saya menonton filem perjalanan hidup beliau. Dari alam kanak-kanak menjangka remaja sehinggalah bergelar bapa, Pak Subky masihmengekalkan gaya penceritaannya seperti di ruangan bulanan Mastika dan mingguan Harakah.

Jujurnya saya tidak menunggu penghasilan memoir ini, saya masih mengharap Pak Subky membukukan hasil penulisannya di Mastika.

Paling mengingatkan saya satu penulisannya di Mastika sekitar 70an yang berkisarkan beberapa orang sahabat di Taiping yang “menghasilkan” emas dari tembaga.

Projek ini diilhamkan oleh seseorang  dari Kelantan. Mereka menggunakan tembaga yang dikikis (termasuk dari sebuah kereta kuda milik bangsawan di Taiping ketika itu), kemudiannya tembaga ini dibakar menggunakan kayu Pokok Bacang.

Masalah yang utama ada syaratnya tembaga itu perlu dibakar dalam perut Babi!

Rahsia terbuka apabila seorang penduduk kampong terjumpa dulang di tempat pembakaran. Disebabkan merasa bersalah, ada yang memaklumkan kepada penduduk kampong ini supaya bersamak.

Urusan membeli Babi juga menjadi permasalahan. Kumpulan ini terpaksa memberi helah kepada penjual Babi mengatakan kononnya hantu laut (bangsa Cina?) yang memerlukan Babi untuk dikorbankan.

Kisah benar ini diakhiri dengan kumpulan ini berjaya mendapatkan logam yang telah selesai dibakar dalam perut Babi itu bercahaya seolah-olah warna emas. Malangnya apabila dirujuk ke kedai emas, logam itu masih tembaga.

Adakah Pak Subky merahsiakan pengakhiran sebenar cerita ini?


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment