Wednesday, April 16, 2008

Laksa Taiping


Laksa Taiping (dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya)

(Dr. Tokasid (
http://tokasid.blogspot.com/) tanya aku pasai Laksa Taiping. Ini jawapan aku)

Kata orang laksa ini makanan asasi orang perempuan. Kata oranglah!. Tak tahulah aku sama ada betul atau tidak.

Orang rumah aku gila laksa. Emak aku suka buat laksa. Kakak aku pun suka laksa. Adik perempuan aku pun suka laksa. Hampir semua perempuan-perempuan yang pernah kerja kilang dengan aku suka laksa. Girl friend lama aku pun suka laksa!

Aku tak berapa suka laksa. Tapi kalau ada aku makanlah. Seingat-ingat aku, aku tak pernah beli laksa untuk aku makan. Selalunya aku beli laksa untuk orang rumah aku.

Kalau ada ”perang” tercetus! Biasalah lidah dan gigi lagi kan tergigit. Aku akan keluar rumah beli laksa. Orang rumah aku akan faham-fahamlah itu tandanya aku minta maaf. Tak kiralah sama ada aku yang start dulu bom dia atau dia bom aku dulu.

Aku hanya suka makan laksa bila mak aku buat selepas sehari semalam. Maknanya kuah dia sudah semalam dan bila ceduk kaut semua isi pada buntut periuk!

Orang rumah aku kalau buat laksa (biasanya Mak Mertua yang buat!), mesti ada Sambal Tumis Tauhu. Kalau belah Parit Buntar pula makan laksa dengan Cucur Udang.

Laksa di Taiping yang jadi makanan asasi orang perempuan ialah di Kedai Buah Irene di Market Road. Tapi rasanya sudah orang lain jual laksa di sini. Sambil beli buah potong, orang perempuan di Taiping akan beli laksa di sini.

Laksa paling simple ialah Laksa Mexico di simpang masuk Kampung Jana depan kedai tayar Silverstone di sebelah petang dan malam. Laksa Mexico ini milik adik beradik yang sejak kecik lagi menjual. Minggu lepas aku lalu sini nampak ada skrin besar. Nampaknya boleh tengok tv sambil makan laksa.

Laksa di depan Balai Polis Pokok Asam pula ada campur Sambal Tumis Sotong Basah. Hebat juga gerai kecil ini. Tauke-tauke Cina dengan Mercedes selalu singgah makan laksa dengan pisang goreng.

Tahun lepas pegawai Alam Sekitar (DOE) ajak aku makan laksa di Jeti Kuala Trong. Dia orang melawat kilang arang. Biasalah aku tukang ikut! OK juga laksa di sini tapi lalat banyak sangat!

Dulu bila aku lalu Kuala (Kuala Kangsar), aku singgah minum cendol di gerai tepi bangunan depan jam besar round about. Gerai di sini pun famous dengan laksa. Sekarang semua sudah pindah ke Lembah dengan gerai lebih tersusun. Tapi laksa di Kuala ini semuanya laksa isi tebal (tepung beras) yang aku tak berapa gemar. Khabarnya di Kuala terkenal dengan Laksa Pak Ngah dan Laksa Top Power.

Makan laksa mesti ada pakej lengkap timun, bawang, daun salad dan telur rebus. Ada juga bunga kantan dan daun jagus tapi aku kuis tepi kalau jumpa. Sekarang pakej ini sudah bertambah komersial dengan macam-macam option!

Entah mengapa semenjak kebelakangan ini anak jantan seorang aku itu kalau makan laksa mesti kuis kuah cari asam keping. Berahi betul dia dengan asam keping ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Gambar atas, Laksa Jeti Kuala Trong. Sambil makan boleh tengok matahari jatuh.
Gambar bawah, Laksa Kuala. Gambar no 1 & 2 di Lembah. Gambar no. 3 tapak lama.

Jangan lupa tarikh 1 Mei


Jangan lupa tarikh 1 Mei

April mula menganjak ke penghujung. Tiba-tiba kerinduan bertaut kepada kilang terakhir aku bekerja iaitu Tasek Corporation Berhad atau lebih dikenali sebagai Tasek Cement..

Rinduku untuk menghidu bau debu arang (Coal Dust) yang dibakar dalam dapur khas bersuhu 1800 darjah C di mana kalau bubuh kereta kebalpun boleh cair.

Rinduku untuk berada di tingkat bangunan paling tinggi 130 meter iaitu paling tertinggi di Bandar Ipoh. Mulanya gayat amat sangat tapi kelamaan ianya menjadi gelanggang permainan aku.

Rinduku kepada pekerja-pekerja asing; Nepal-sekuriti, India-general worker, Bangla-housekeeping, Neng Indon-office maid (ini tak boleh rindu lama-lama!) .

Rinduku kepada operator kilang yang rata-ratanya berkhidmat lebih 20 tahun.

Tapi kerinduanku memuncak apabila menjelang bulan Mei. Setiap tahun pada 1 Mei, ahli kesatuan (Union) akan bersama-sama pihak pengurusan akan membuat lawatan amal ke beberapa buah Rumah Orang Tua dan Rumah Kebajikan sekitar Ipoh.

Pihak atasan Union yang secara umumnya diketahui sentiasa tidak bersependapat dengan pihak pengurusan kilang akan berganding bahu dalam acara tahunan lawatan amal ini.

Kini aku telah meninggalkan industri tetapi hubungannya masih erat di mana sering dijemput untuk rundingan yang berkaitan dengan keselamatan (safety) dan juga aktiviti motorsport.

Mujurlah kerinduanku pada tarikh keramat 1 Mei ini terubat juga apabila aku akan mengikuti Lawatan Amal Warga Kilang ke beberapa rumah insan yang tidak bernasib baik di sekitar Kulim dan Baling.

Aku memilih mengikuti Lawatan Amal bermakna aku terpaksa menolak jemputan sebuah Kelab 4x4 Selangor yang meminta aku menjadi jurupandu arah dan pengajar mereka ke Hutan Belum dari 1 hingga 4 Mei 2008.

Semoga kerinduanku terubat pada 1 Mei 2008 ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, April 14, 2008

Oh komer, deghoyan dah berbunge

Oh komer, deghoyan dah berbunge
(Sila klik lagu di dalam Singing Box, bawah penjuru kanan laman ini)

Itu cakap orang Parit atau Bota. Orang kampung aku di Batu Kurau lebih pekat Patani. Tapi itulah yang hendak dizahirkan emak aku kepada anak jantan seorangnya ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Versi Asal (Mr. Os)

Oh komer, dghoyan dah berbunge
moh kiter, minang anok daghe
Anok dagher, anok daghe Bote
teman jumpe, di Padang Tenggale

Kate demer, sakit jatuh cinte
sakit lagi, biler jatuh tangge
Kate demer, cinte itu bute
nasib baik, teman tak meghabe-ghabe

Biler musem dghoyan
demer moler bengkeng
Jangan silap siket
nanti demer tengkeng

Kalau musem dghoyan
ghamey bghani nampor
Apa demer nak heghan
saman buleh bayor

Oh komer, dghoyan udah lughuh
lebeh baik, cepat pergi suluh
Lambat siket, komer dapat habuk
Kalau tido, jawabnyer tinggei pokok

Duit dghoyan yang tue nak ke Mekah
yang mude, gatei nak menikah
Musim dghoyan, banyak sedaghe-maghe
bile nebeh, sekor tak nampak muke


Versi Baku

Oh awak, durian sudah berbunga
Jom kita, meminang anak dara
Anak dara, anak dara Bota
Saya jumpa di Padang Tenggala

Kata mereka, sakit jatuh cinta
Sakit lagi, bila jatuh tangga
Kata mereka, cinta itu buta
Nasib baik, saya tak meraba-raba

Bila musim durian
Mereka mula bengis
Jangan silap sedikit
Nanti mereka tengking

Kalau musim durian
Ramai berani menampar
Apa mereka hendak hairan
Saman boleh bayar

Oh awak, durian sudah luruh
Lebih baik, cepat pergi suluh
Lambat sedikit, awak dapat habuk
Kalau tidur, jawabnya tinggal pokok

Duit durian yang tua hendak ke Mekah
Yang mudah, gatal hendak menikah
Musim durian, banyak saudara mara
Bila menebas, seorang tak nampak muka

Surat Buat Wakil Rakyat

Surat Buat Wakil Rakyat – Iwan Fals (Album Wakil Rakyat 1987)
Siratan asal pada 29-Ogos-2007
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/


Siratan kali ini tidak kena mengena dengan politik. Jauh sekali dengan khabar-khabar angin pilihanraya yang hampir menjelang tiba. Weblog ini hanya menyirat-utamakan OSH dan disampingkan dengan apa yang penyirat ingin berkongsi. Seringkali saya ingatkan teman-teman terutama yang sudah lama tidak ketemuan dan berpeluang berjumpa dengan bilangan yang ramai contohnya perjumpaan alumni dan sebagainya. Kalau ingin berbicara dengan harmoni, bicaralah apa sahaja tetapi jauhilah pegangan masing-masing terhadap politik, keinginan untuk mempromosikan jualan langsung dan yang ketiga usahlah berbicara tentang gaji bulanan masing-masing. Tanpa tiga agenda ini, saya berjaya menghimpunkan beberapa kumpulan alumni, teman sesama minat dan sebagainya dan pertemuan kami berjalan dengan harmoninya.

Saya ditakdirkan tidak boleh menyanyi dan tidak boleh bermain muzik. Walaupun pernah menganggota kumpulan nasyid dan pasukan muzik di sekolah rendah. Guru muzik saya (Cikgu Walat, ayah kepada Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham, dua orang anak muda yang kini menempah nama sebagai pelumba motosikal utama di Malaysia) begitu garang sekali tetapi saya hanya mampu bermain alat muzik “besi segi tiga” yang diketuk-ketuk untuk menghasilkan bunyi.

Saya dibesarkan bersama dua orang adik-beradik perempuan. Kakak dan adik saya mahir memainkan alat muzik dan mula memperdengarkan alunan lagu kepada saya seakhir 70an dengan lagu-lagu Uji Rashid dan Hail Amir.

Saya diremajakan dengan Sweet Charity dan Blues Gang. Dibalighkan dengan Alleycat dan Kembara yang menjadikan Ramli Sharip dan M. Nasir idola saya. Dimatangkan dengan Ebiet G.Ade dan Iwan Fals sementelah adik saya melanjutkan pelajaran ke Universitas Gadjamada dalam jurusan farmasi. Kepulangannya setiap kali membawa kaset-kaset Ebiet dan Iwan.

Kaset-kaset yang dihadiahkan kepada saya sekitar akhir 80an itu hilang entah ke mana. Kebetulan saya mengajar di hujung minggu di UUM Kampus KL. Waktu-waktu terluang saya menghiliri kawasan Chow Kit dan mencari-cari CD Ebiet G. Ade dan Iwan Fals. CD Ebiet mudah didapati tetapi tidak CD Iwan. Sebaliknya VCD Iwan (konsert) mudah didapati.

Saya mencari CD lagu ‘Surat Buat Wakil Rakyat’ tetapi hampa. Hampir dua tiga bulan saya menghilir-menghulu Chow Kit dan juga kompleks-kompleks membeli-belah di KL. Semuanya hampa.

Malam semalam saya secara tiba-tiba menaip nama Iwan dengan tajuk lagu yang dicari dalam ‘Search Engine’ dan dalam antara website yang disyorkan terdapat satu halaman yang membenarkan untuk di-download-kan lagu yang sudah lama dicari ini.

Moral of the story ; saya selalu menasihatkan pelajar-pelajar saya; sentiasalah ‘berkawan’ dengan ‘search engine’ ini. Dengannya memudahkan kita mencari maklumat, dokumen dan sebagainya.

lukmanw@uum.edu.my
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Surat Buat Wakil Rakyat – Iwan Fals (Album Wakil Rakyat 1987)

Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untukmu yang biasa bersafari
Di sana di gedung DPR

Wakil rakyat kumpulan orang hebat
Bukan kumpulan teman teman dekat
Apalagi sanak famili

Di hati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu jangan takut karang menghadang
Bicaralah yang lantang jangan hanya diam

Di kantong safarimu kami titipkan
Masa depan kami dan negeri ini
Dari Sabang sampai Merauke

Saudara dipilih bukan dilotere
Meski kami tak kenal siapa saudara
Kami tak sudi memilih para juara
Juara diam juara he eh juara hahaha

Untukmu yang duduk sambil diskusi
Untukmu yang biasa bersafari
Di sana di gedung DPR

Di hati dan lidahmu kami berharap
Suara kami tolong dengar lalu sampaikan
Jangan ragu jangan takut karang menghadang
Bicaralah yang lantang jangan hanya diam

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

Wakil rakyat seharusnya merakyat
Jangan tidur waktu sidang soal rakyat
Wakil rakyat bukan paduan suara
Hanya tahu nyanyian lagu “setuju”

Meracau malam lagi


Meracau malam lagi

Sahabat aku itu (agak berumur tapi aku tidak mengenalinya) menyeluk tangannya ke dalam paya dan di tangannya tergenggam kepala seekor ular. Anehnya ular tersebut hanya mendiamkan diri dan sedikitpun tidak menakutkan aku.

Sahabat aku itu menetak kepala tersebut dengan parang. Ular itu mengelepur ke dalam paya.

Air paya berkocak deras.

”Dia akan timbul! Sekarang giliran kau”, sambil menyerahkan parang itu kepada aku.

Ular itu timbul semula. Kali ini kepalanya bercabang dua. Anehnya juga, ia tidak menakutkan sedangkan selama ini aku amat takut dan geli kepada binatang reptilia ini (sempat pula ingat nama spesisnya!)

Aku menangkap kepala ular tersebut. Entah bagaimana, kedua-dua kepala dalam gengaman aku. Lalu aku tetak kedua-dua kepala tersebut. Ular itu mengelepur ke dalam paya.

Air payak berkocak deras. Kali ini agak menakutkan aku.

”Apa ni bang? Meracau yang bukan-bukan”, sayu di telinga aku. Ingatkan ”superwoman” atau ”catwoman” datang menyelamatkan aku! Rupa-rupanya orang rumah mengejutkan aku.

”Badan abang panas ini! Esok ambil MC la”, sambil menarik selimut menutupi badan aku yang sememangnya tidur berlenggeng itu.

Ini adalah warisan keturunan (pusaka? Atau puaka?). Setiap kali bapa aku, aku atau anak jantan seorang aku demam atau jatuh sakit, sama sahaja kami bertiga akan meracau di dalam tidur. Tak kira siang atau malam. Tapi malam lebih menjadi-jadi. Bukan sahaja kami akan berdepan dengan segala makhluk aneh tetapi pakej akan menjadi lengkap dengan meracau tak ketentuan malah adakala boleh bangun duduk atau berjalan tanpa sedar.

Semasa bapa dua malam di hospital Januari lepas, dia juga meracau. Aku yang pernah 10 hari di dalam ICU kerana diserang demam panas melampau awal 90an dahulu, lagi hebat racauannya. Nantilah bila aku sihat-sihat nanti akan aku siratkan kisah ini.

Aku ke klinik pagi tadi. Jumpa doktor. Ambil ubat demam, selsema, batuk dan antibiotik.

MC? Aku masih lagi steady! Nak kekalkan rekod tahun lepas yang seharipun tak ambil MC.

Sampai ke pejabat aku telefon mak aku.

Macam biasa ini pesan mak aku;

“Minum air masak suam banyak. Mandi kerap dan banyak-banyak sikit. Nak tidurlah itu basuh-basuh kaki dan baca-bacalah apa yang patut!”

lukmanw@gmail.com

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, April 13, 2008

Doa aku tidak terkabul!


Doa aku tidak terkabul!

Sabtu semalam aku hantar anak jantan seorang aku itu pergi ”sparing” untuk pemilihan wakil Daerah Larut Matang ke Ujian Pertandingan Takwendo Peringkat Negeri Perak.

Dalam kereta, anak jantan aku seorang itu berdoa-doa agar terpilih.

”Kalau dapat masuk akhir, kena pergi Ipoh cuti sekolah bulan Mei ini”, beritahu dia.

Mendengarkan itu aku pula berdoa agar tak dapatlah dia terpilih.

Sparing bermula, talipinggang hijau lawan talipinggang hijau. Sebelum lawan, aku tengok budak yang hendak lawan anak jantan seorang aku itu cakap sesuatu. Anak jantan seorang aku itu mengangguk dua, tiga kali.

Berdebuk, berdebuk, berdebuk. Anak jantan seorang aku itu menyerang tapi apasai macam tak makan nasi saja sedangkan pagi tadi sudah perkena dua pinggan nasi lemak Mak Mertua aku masak! Lawannya yang bersaiz kecil itu agresif menyerang dan dapat bagi sedebuk dua ke badan anak jantan seorang aku itu.

Keputusannya anak jantan seorang itu kalah! Nampaknya macam doa aku terkabul.

Rupa-rupanya itu round awal, ada round untuk yang kalah. Anak jantan seorang aku itu ditemukan pula dengan pemegang talipinggang merah. Risau juga aku! Anak jantan seorang aku itu hanyalah pemegang talipinggang hijau.

Berdebuk, berdebuk, berdebuk. Anak jantan seorang aku itu menyerang dan kali ini betul-betul macam baru habis makan nasi lemak dua pinggan! Hampir terlentang lawan dia kena flying-kick. Kebetulan aku dapat snap gambar masa itu.

Juri mengumumkan kemenangan kepada anak jantan seorang aku itu.

Lepas itu ada dua, tiga sparing lagi dan kemudiannya selesai.

Aku tanya anak jantan seorang aku itu.

”Yang mula-mula itu dia cakap kat Hakim, jangan lawan betul-betul. Tapi dia pula yang lawan betul-betul. Sebab itu Hakim kalah.”

“Bolehkah lawan talipinggang hijau dengan merah?”, tanya aku.

’Boleh sebab ikut berat badan”, jawab anak jantan seorang itu. Patutlah ”sama geng perut!”

Kemudian Sir Rosli buat pengumuman. Melompat anak aku keseronokan.

Nampaknya doa aku tak terkabul! Sibuklah aku bulan Mei cuti sekolah nanti.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tipah tertipu!

Tipah tertipu!

Hujan rintik-rintik. Tempat letak kereta depan Seven-Eleven itu dipenuhi dengan motosikal. Tempat letak kereta yang lain semuanya penuh. Hendak tak hendak aku parking kereta hadapan rumah kedai Stesen Bas Kamunting. Menapaklah aku dalam renyaian hujan.

Sebelum itu aku sudah pusing 3 round bangunan rumah kedai di situ. Ada dua, tiga kedai photostat yang selalu aku pergi tapi masih tutup. Maklumlah jam baru pukul 8.45 pagi! (Masih pagi lagi ke?)

Tertera di cermin kedai Seven-Eleven itu “20 Sen Photocopying Service”. Tak apalah sebab nak urgent.

“Adik, photostat 2 keping.”

“Photostat rosak bang!”

Kurang asam punyai photostat mesin. Masa inilah nak rosak.

”Adik, lain kali kalau rosak, bubuhlah apa-apa kertas tutup iklan kat luar. Takpun koyak buang iklan itu” (Aku marah? Tak...., tak marah! Geram aje!)

Budak Seven-Eleven itu senyum kelat!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Minggu ini, minggu depan, minggu-minggu depan!


Minggu ini, minggu depan, minggu-minggu depan!

“Minggu ni ada lumba motor (cub prix) di Kamunting, mak”

‘Minggu depan?”

“Minggu depan ada kelas di KL.”

”Minggu satu lagi?”

”Minggu tu ada lumba motor di Kluang pula.”

”Minggu lepas itu?”

”Ada lumba kereta (rally) di Kota Tinggi.”

“Selepas minggu itu?”

“Kena pergi jumpa penyelia PhD di UKM.”

“1 Mei kerja tak?”

“1 Mei tu pula ada geng kelab 4x4 Selangor tu nak minta tolong bawa masuk ke Hutan Belum.”

“Kalau macam tu tak apalah!”, mak menamatkan perbualan.

Entah mengapa kini sukar untuk aku mencuri waktu meluangkan masa bersama emak untuk menjengok kebun durian sekangkang kera di Batu Kurau itu.

Teringat dahulu semasa hanya bertugas sebagai juruteknik di kilang tayar di Kamunting. Walaupun hanya bermotosikal Honda Cub 70cc, hampir setiap minggu aku pulang menjengok kebun bersama emak. Senjanya dengan seguni sarat durian, manggis, rambutan dan pucuk kayu yang boleh dibuat ulam mendepang di atas raga motor hingga ke hendal. Emak pula bertengek di belakang dengan meriba satu, dua plastik bag lagi.

Pernah juga aku mengajak emak membonceng superbike. Tapi Emak sanggup naik bas loncat daripada menengek belakang superbike yang menjungkit itu!

”Yang, minggu ni Yang balik kampung dengan mak, ye!”

Sempat aku bisikkan ke cuping telinga orang rumah aku sebelum aku melelapkan mata.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar;

Rumah kayu di mana tumpahnya darahku. Kini rumah kayu ini telah beganti batu bata.

Friday, April 11, 2008

Rak sudah penuh!


Rak sudah penuh!

Asalnya hanya disusun di bingkai tingkap. Kemudian idea mendatang untuk dibuat rak. Asalnya juga hanya beberapa botol pada setiap rak. Botol yang disusun mampu dijarakkan untuk menonjolkan identitinya berbeza di dalam pasaraya.

Bagaimanapun kekerapan menghuni hotel hampir setiap hujung minggu, identitinya kini mirip di rak pasaraya. Malah ianya juga memenuhi tiga, empat kotak bersaiz sebesar kotak komputer memenuhi bilik stor.

Agak-agak kalau dilambakkan di Pasar Malam boleh juga dibeli orang!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, April 09, 2008

Bukan Selamat Datang ke sini


Ucapan Selamat Datang ini untuk Penghujung ke Taiping bukannya ucapan selamat datang ke penjara!

Jangan salah faham! Kedatangan anda tidak dialu-alukan ke dalam sini (penjara) kecuali anda adalah seorang warder.

Pasar Malam Changkat Jering



Pasar Malam Changkat Jering

Sudah lama aku tak ke sini. Semasa bekerja kilang di Ipoh tahun lepas, rajin juga aku singgah kalau habis kerja lewat petang Sabtu.

Dulu kami sekeluarga selalu ke sini selepas Asar dan pulang sebelum Magrib menjelang. Sebenarnya tiada apa yang dibeli. Biasanya ”floor shopping” kemudiannya singgah di gerai paling awal sekali untuk makan sate, laksa, pecal dan sedikit kueh-mueh Melayu. Biasa dan kebiasaannya orang rumah aku setia dengan kopi-o aisnya, aku dengan anak jantan seorang aku itu sekadar teh-o.

Sering-kali kami berkongsi meja panjang dengan penghujung lain dari Utara yang semata-mata keluar dari susur keluar lebuhraya di Changkat Jering ini, untuk singgah sebentar di Pasar Malam Changkat Jering ini. Hanya untuk imbauan nostalgia, ujar penghujung yang ditemui.

Sebenarnya aku mempunyai ingatan yang berbalar dan samar-samar di sini. Aruah Tok Nyang aku berkayuh basikal sekitar 50 km dari Batu Kurau sehingga Air Kuning untuk berjumpa rakannya seorang mahaguru silat, dan kemudiannya singgah di Pasar Malam Changkat Jering ini sebelum mengayuh semula pulang ke Batu Kurau.

Ibu aku dan nenek saudara aku (umur hampir sebaya dengan ibu aku) mengumpul duit dari mengambil upah bendang dan mengayam atap dan kemudiannya menaiki bas atau kereta sapu semata-mata untuk ke sini. Semuanya ini semasa di zaman remaja mereka.

Mungkin petang Sabtu nanti aku akan berkunjung ke sini bersama keluargaku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tangan bapa mengeletar lagi!

Tangan bapa mengeletar lagi!
(Siratan ini disirat pada 27-Mac-2008)

Kejab tadi aku telefon mak aku.

”Mak, Man ni. Pak macamana?”, ayat standard aku.

”Macam biasalah. Telefon dari mana ni?”, ayat standard mak aku.

”Blah, blah.................”, jawab aku dengan ayat standard.

”Macam tulah! Tangan belah kanan itu asyik mengeletar sahaja”, ayat tak berapa standard mak aku.

Teringat aku kepada seorang kawan yang kerjanya doktor. Manusia ini apabila usia lanjut mesti ada ciri-ciri ”parkinson”, yang membezakan satu sama lain ialah sama ada sedikit ataupun banyak. Itulah kata kawan aku itu.

Adakah bapa aku ada ciri-ciri ”parkinson” ini?

Semasa aku kecil dulu kalau tangan kanan bapa aku mengeletar itu alamatnya nak naik ke muka atau ke badan aku. Semenjak umur aku lapan, sembilan tahun sehinggalah 13, 14 tahun berbekas jugalah badan aku dengan tapak tangan, rotan atau tali pinggang hijau askar bapa aku. Aku memang nakal cuma tak sampailah melakukan salahlaku jenayah dan seks sahaja.

Semasa bapa aku masuk hospital Januari lalu (siratan sebelum ini), apabila dia meracau di sebelah malam dia hendak sepak aku, tak sempat pula aku nak tengok tangan dia mengeletar atau tidak.

Kejab lagi aku nak balik jenguk bapa aku. Aku nak pegang tangan kanan dia yang asyik mengeletar sekarang ini.

Tangan yang penah menyepak aku. Tangan yang pernah memukul aku. Tetapi aku yakin tangan yang pernah membelai aku di samping menyepak dan memukul aku ini juga adalah tangan milik seorang yang amat menyayangi aku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

Caption;
Gambar adalah tangan kanan aku. Teringat aku kepada seorang mak nyonya di kilang tayar yang amat suka tengok dan pegang tangan aku. Katanya macam tangan anak dia! Betulkah! Sebenarnya sebelum itu pada awal 90an aku yang mula pegang tangan mak nyonya ini semasa mengajar dia macamana nak guna ’mouse’ nak melukis dalam software graphic

Ayah yang ku benci. Bhg. 6

Siratan asal pada 19-Januari-2008,
(http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)

Ayahkah yang ku benci atau ayah yang membenci ku?

Malam pertama (sebenarnya awal pagi) dan malam kedua, aku bermalam menemani ayah di hospital terasa begitu panjangnya dan perlahannya masa bergerak.

Ayah yang tidak berapa sedarkan diri meracau sepanjang malam. Butiran percakapannya sukar difahami. Sekali-sekala menengking dan mengejutkan pesakit-pesakit yang tinggal bersebelahan katil. Ada kalanya hingga mengejutkan jururawat yang berada di kaunter yang berhampiran.

Kalau tidurnya lena, dengkuran kecil menghiburkan aku. Tapi jaganya yang kerap meresahkan aku. Lembutan suaraku tidak dapat menenangkannya. Hinggakan keizinan untuk bersholat di surau juga dijerkahnya.

Semuanya disebabkan keengganan aku mempapahnya ke bilik air untuk membuang air kecil. Ini pun dengan nasihat doktor dan jururawat yang bertugas. Kaki ayah masih lemah untuk berdiri apatah lagi untuk mengatur langkah.

Malam kedua garangnya bertambah-tambah sehinggakan ayah mengugut untuk menempeleng aku. Entah mengapa aku menyuapkan muka ku berdekatan dengannya dan mempelawanya untuk menempelengku. Sama ada ayah tidak berdaya untuk mengangkat tangan menempeleng atau enggan membuat demikian hanya dia yang mengetahui.

Menjelang pagi, pesakit bersebelahan yang seorang Pak Haji memanggilku. Tanyanya; “ayah kau rasanya begitu garang masa mudanya?”

Ya, jawabku.

“Pak Haji mendengar apa yang diucapkan oleh ayah kau malam tadi. Pak Haji pastinya semuanya di bawah kesedarannya terutama sewaktu dia hendak menempeleng kau. Pak Haji harap kau tidak mengambil hati!” Ujar Pak Haji tersebut menasihatiku.

“Pak Haji, saya redhai apa yang ayah saya katakan. Sekurang-kurang saya berpeluang untuk menemaninya selama dua malam ini.”

Apabila ayah sedar, saya mengelap badannya dengan tuala kecil. Saya hampir menitiskan air mata apabila ayah bertanyakan mengapa saya tidak pergi bekerja. Ayah juga bertanyakan adakah dia mengucapkan (meracau) apa-apa pada malamnya. Dia tidak dapat ingat apa yang berlaku semenjak hampir jatuh di dalam rumah.

Doaku pada yang Esa.

“Ya Allah, ya tuhanku! Jauhilah jika ada apa-apa rasa kebencian terhadap ayahku mahupun sekelumit kuman. Bukalah hati ini sentiasa meredhai apa jua yang dilakukan terutama di bawah sedarnya. Bukalah hati ini menyayanginya sebagaimana dia menyayangi dan membesarku sehingga aku hari ini.”

Catatan asal pada 15 Januari 2008

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Dua malam menemani ayah di hospital

Siratan asal 18-Januari-2008,
(http://thejourney.weblog.uum.edu.my/)

Ini adalah “ischaemia” ataupun “mild stroke”; iaitu tanda-tanda awal “stroke”. Ujar doktor muda kepada saya di dalam Wad C5 Hospital Taiping jam 1 pagi 14 Januari lalu.

Sabtu dan Ahad, saya mengajar di USM dari seawal 8 pagi hingga ke 6 petang untuk kedua-dua hari. Selepas kelas Ahad, saya singgah sebentar di Juru untuk berjumpa pelajar (kursus lain) yang ingin menghantar tugasan. Prinsip saya mudah, kalau saya kelapangan saya berjumpa pelajar, kalau pelajar kelapangan, datanglah jumpa saya.

Malamnya setelah makan malam jam 9, saya berlunjur di hadapan tv seperti biasa. Emak menelefon dengan nada takut-takut memaklumkan ayah saya tidak berapa sedarkan diri. Saya berkejar ke rumah orang tua saya yang hanya 3 km dari rumah saya.

Ayah tersandar lesu di atas kerusi. Adik ipar saya cuba berkomunikasi dengannya tetapi tiada respon. Kami menghambil keputusan untuk menghantarnya ke hospital.

Dalam perjalanan ayah termuntah. Muntahnya berwarna cokelat keperangan. Dalam wad kecemasan, ayah muntah lagi. Doktor muda yang merawatnya memaklumkan ada tanda-tanda darah dalam muntahnya.

Proses untuk dimasukkan ke dalam wad agak memakan masa. Tambahan banyak kes kemalangan jalan raya dan wad kecemasan itu pula masih dalam proses pembesaran.

Jam 1 pagi, ayah dimasukkan ke wad. Sebaik sahaja melangkah ke wad, pesakit di sebelah katilnya menghembuskan nafas terakhir.

Saya menemani ayah dengan melunjurkan kaki di atas sebuah kerusi plastik yang tidak selesa.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Ischemia

http://en.wikipedia.org/wiki/Ischaemia

In medicine, ischemia (Greek ισχαιμία, isch- is restriction, hema or haema is blood) is a restriction in blood supply, generally due to factors in the blood vessels, with resultant damage or dysfunction of tissue. It may also be spelled ischaemia or ischæmia.

Mechanism

Rather than in hypoxia, a more general term denoting a shortage of oxygen (usually a result of lack of oxygen in the air being breathed), ischemia is an absolute or relative shortage of the blood supply to an organ. Relative shortage means the mismatch of blood supply (oxygen delivery) and blood request for adequate oxygenation of tissue.

Ischemia can also be described as an inadequate flow of blood to a part of the body, caused by constriction or blockage of the blood vessels supplying it. Ischemia of heart muscle produces angina pectoris.

This can be due to:

1. Tachycardia (abnormally rapid beating of the heart)
2. Atherosclerosis (lipid-laden plaques obstructing the lumen of arteries)
3. Hypotension (low blood pressure, e.g. in septic shock, heart failure)
4. Thromboembolism (blood clots)
5. Outside compression of a blood vessel, e.g. by a tumor
6. Foreign bodies in the circulation (e.g. amniotic fluid in amniotic fluid embolism)
7. Sickle cell disease (abnormally shaped hemoglobin)
8. Induced g-forces which restrict the blood flow and force the blood to the extremities of the body, as in aerobatics and military flying

Consequences

Since oxygen is mainly bound to hemoglobin in red blood cells, insufficient blood supply causes tissue to become hypoxic, or, if no oxygen is supplied at all, anoxic. This can cause necrosis (i.e. cell death). In very aerobic tissues such as heart and brain, at body temperature Necrosis due to ischemia usually takes about 3-4 hours before becoming irreversible. This and typically some collateral circulation to the ischemic area accounts for the efficacy of "clot-buster" drugs such as
Alteplase, given for stroke and heart-attack within this time period. However, complete cessation of oxygenation of such organs for more than 20 minutes typically results in irreversible damage.

Ischemia is a feature of heart diseases, transient ischemic attacks,
cerebrovascular accidents, ruptured arteriovenous malformations, and peripheral artery occlusive disease. The heart, the kidneys, and the brain are among the organs that are the most sensitive to inadequate blood supply. Ischemia in brain tissue, for example due to stroke or head injury, causes a process called the ischemic cascade to be unleashed, in which proteolysis enzymes, reactive oxygen species, and other harmful chemicals damage and may ultimately kill brain tissue.

Restoration of blood flow after a period of ischemia can actually be more damaging than the ischemia. Reintroduction of oxygen causes a greater production of damaging free radicals, resulting in reperfusion injury. With reperfusion injury, necrosis can be greatly accelerated.

Kisah Benar


Kisah Benar

(Bukan gila cendol tapi gila berjalan! Tak boleh duduk diam di rumah)

Sabtu minggu itu aku, orang rumah dan anak jantan seorang aku itu tidak ke mana-mana. Tiada urusan out station, tiada acara motorspots untuk dikendalikan. Tiada kenduri yang dijemput. Masing-masing terbungkam di depan tv, cuma orang rumah aku masih sibuk melipat kain.

Jam baru pukul 9.30 pagi. Aku renung muka orang rumah aku. Orang rumah aku mencebik bibir. Dia tahu adalah yang hendak aku katakan.

“Kerja sekolah semua sudah siap, Hakim?”, tanya aku kepada anak jantan seorang aku itu.

“Semalam lagi dah habis, ayah”. Ini sudah bagus, kata aku dalam hati

“Yang, abang rasa nak minum Cendol Pulut Sagu kat Padang Besar itulah“.

Orang rumah aku merenung aku. Dia tahu itu bukanlah cadangan tapi permintaan.

“OK, kalau nak pergi, Hakim masuk mandi, blah, blah.......“, la anak jantan aku seorang tu tak mandi lagi rupanya. Dan orang rumah aku mula pok, pek, pok, pek, sama rancak dengan kaki dan tangannya mengemas rumah.

Pukul 10.15 semuanya sudah berada dalam kereta. Lebih kurang pukul 2 kami sudah ada di Gerai Ikan Keli Bakar Pokok Sawa. Pukul 4 kami sudah ada di Padang Besar. Lepas ronda seround dua, beli Som Tam dan Ayam Goreng Merah, kami pergi minum Cendol Gerai Kak Jah berhadapan Perumahan Kastam, selepas Pam Minyak Petronas Pekan Padang Besar.

Pukul 6 kami balik Taiping. Itupun sempat menyinggah di Perai.

Perjalanan tidak dirancang ini bukan sekali, malah berkali-kali dengan destinasi yang sama dan berbeza-beza. Kadang-kadang untuk lebih meriah turut dijemput mengambil bahagian ialah mak mertua atau mak aku!

Ini semua mengingatkan aku semasa zaman bujang di KL akhir 80an. Kalau berkumpul dengan geng superbike di Daya Bumi itu (Geng Tabung dengan Raymond, Jono, dan lain-lain), ada sahaja perjalanan tak dirancang ini. Kalau ke Genting pukul 12 tengah malam itu perkara biasa. Naik dan turun begitu sahaja! Malah sekali itu dengan beberapa rakan, kami ke Ipoh (mana ada highway masa itu!) dari KL jam 1 pagi hanya untuk minum kopi dan patah balik ke KL sejam kemudiannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Cendol Pulut Sagu di Gerai Kak Jah, Padang Besar ini disyorkan oleh Tengku Shahrin Abu Bakar, kerabat DiRaja Perlis yang juga Presiden Kelab Sukan Bermotor Perlis. Cendol Pulut Sagu ini mempunyai pelbagai dan beraneka bahan di dalamnya.

Tuesday, April 08, 2008

Macam-macam ada!!!


Mamak, semua taruk boleh ka?

Agak-agaknya berapa harga cendol taruk semua bahan-bahan yang ada?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gila Cendoi

Gila Cendoi

Anak jantan seorang aku itu gila cendol. Baru setahun dua ini gilanya pada cendol menjadi-jadi. Pantang jumpa cendoi, mesti nak perkena! Dulu punya payah aku nak ajak dia perkena cendol. Kalau minumpun minum kuah sahaja, isi tolak tepi!

Aku tak berapa sangat cendol ini. Di Taiping terkenal dengan Cendol Bismillah. Sebenarnya Cendol Bismillah ini asalnya hanya gerai kecil sebelah Restoran Bismilllah di Jalan Taming Sari bertentangan Jam Besar dan juga Market Ikan. Tapi sekarang sudah berpecah (atau berkembang?) jadi Anshari Cendol (2 cawangan), Bismillah Cendol (1 cawangan) dan Taiping Cendol (2 cawangan).

Semasa kecil dulu aku selalu di-dongeng-kan dengan cerita-ceriti pasai cendol ini sampai takut aku nak minumnya. (Rujuk
http://oshthejourney.blogspot.com/).

Asal cendol di Taiping ini (rasanya sama juga di tempat lain) hanya ada isi cendol, ais mesin (dulu parut) dan gula melaka. Kalau tambahpun cuma pulut (panggang atau bakar biasanya). Tapi sekarang kebanyakannya mesti ada kacang tin. Setengahnya siap dengan jagung tin. Kalau di Masjid Negeri Ipoh masa zaman 80an dulu, aku minum cendol campur kacang maruku.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar
Gambar atas, di Taiping
1. Restoran Bismillah yang terkenal semenjak zaman askar British lagi.
2. Gerai Cendol Anshari, Generasi ketiga Cendol Restoran Bismillah
3. Gerai Cendol Bismillah, juga keturunan kepafa Cendol Restoran Bismillah

Gambar bawah, gambar lama, di Subang Jaya (dekat masjid)
Tak tahu sama ada masih ada Cendol Parut ini. Sebelahnya ada Van Pasembur Campur Sambal Sotong

Dapat bilik upgrade ke Executive, dapat pula benda free


Dapat bilik upgrade ke Executive, dapat pula benda free

(Siratan Sabtu lepas; meeting PIBG sekolah anak jantan seorang aku itu tak habis lagi, aku belah dulu. Singgah Ipoh ambil surat dari SU Kelab RPMC. Kemudian terus perkena Ketiaw Goreng, Beehon Goreng, Nasi Goreng, Cincau Campur, Sirap dan Teh Cina Ais di Yik Mun, Tanjung Malim. Kemudiannya redah hujan lebat ke KL dengan tapau Pau Ayam 2, Pau Kaya 2)

’Maaf Encik! Bilik superior yang Encik book ada masalah piping. Bilik lain pula sudah penuh!”, kata Amoi yang tinggi lampai macam model di kaunter lobby hotel yang hampir tiap-tiap minggu aku sekeluarga menginap di KL ini.

Aku tengok orang rumah aku. Orang rumah aku tengok aku. Anak jantan seorang aku pula asyik tengok skrin MP4 dia sambil main game.

”Bilik deluxe tak ada?”, tanya aku. Malas nak pergi hotel lain sebab hotel depan Bangunan Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman ini breakfast dia spesial. Ada Sira Pisang, makanan asasi Tok aku di Pasir Mas dan ada Jagung Biji Gaul Kelapa Parut, makanan asasi Tok Nenek aku di Batu Kurau.

”Bilik deluxe pun dah penuh.” jawab Amoi ini sambil klik, klik kat keyboard komputer.

“Kami akan bagi bilik Executive kat Encik, boleh?“, offer Amoi itu.

”Berapa pula saya nak kena bayar!”, risau aku nak kena bayar lebih. Nanti lebih dari yang boleh claim company.

”Kami bagi dengan rate yang sama.”

Itu sudah kira bagus. Aku senyum panjang. Agaknya kalau orang rumah aku tak ikut sama hari ini, aku akan senyum sampai telinga.

Dalam lift aku sahaja usik orang rumah aku.

”Bagus betul budak perempuan itu Yang ye! Dapat bilik executive kita hari ini”

”Oh, bulan lepas ada mamat tu tolong beritahu abang lampu kereta tak tutup, abang nak puji macam inipun!”

Alamak! Terkena paku balik. Aku no comment! Buat-buat do no.

Sampai dalam bilik, aku buka almari baju. Ada benda hitam kat rak atas sekali. Bila pula orang rumah aku buka anak tudung dia ni!

Laaaa..... rupanya underwear jantan mana pula dah tertinggal!

”Itula abang. Tadi seronok sangat dapat bilik upgrade ke executive. Sekarang dapat underware secondhand free tak seronok pula!”

Aku terkelu lidah!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Caption photo;

Ketiaw Goreng makan dengan Cabai Jeruk. Habis sekerat kole, aku dan orang rumah perkena Cabai Jeruk. Ada juga niat nak bungkus bawa balik ke hotel sikit!

Saturday, April 05, 2008

Hanya tinggal 2 nyawa

Kata orang kucing ada 7 nyawa. Tapi anak kucing yang aku tengok pagi tadi hanya tinggal 2 nyawa sahaja.

(Siratan kali tiada photo kejadian sebenar. Aku orang yang paling keji kalau aku sempat ambik gambar anak kucing itu yang di saat-saat akhir digilis tayar lori di depan mataku!)

Lampu isyarat menyala merah di persimpangan Masjid Jamek Taiping pagi tadi sekitar jam 10.30 pagi. Aku menghentikan motosikal di barisan hadapan sekali.

Di seberang jalan bertentangan, sebuah lori mula bergerak tetapi membrek mengejut kerana seekor anak kucing melintas. Murni betul pemandu lori berbangsa India itu.

Anak kucing yang hendak melintas itu tiba-tiba menyelinap masuk ke bawah lori. Menyangkakan anak kucing sudah selamat, pemandu lori ini mula mengerakkan kenderaannya.

Di depan mataku, anak kucing itu betul-betul berada di bawah tayar gandar kedua lori tersebut. Aku mengangkat tangan mendepangkan kelima-lima jari kepada pemandu lori tersebut. Malangnya sudah terlambat! Pelepak! Bunyi tulang mletup diikuti keriauan kuat yang sempat kedengaran berberapa saat sahaja. Anak kucing tersebut meleper digilis tayar lori.

Di manakah nyawa kucing yang dikatakan ada 7 nyawa itu? Ataukah sudah habis keenam-enam nyawanya sebelum ini?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecillorangbesar.blogspot.com/

Friday, April 04, 2008

Punyalah baghal manusia ini!


Punyalah baghal manusia ini!

Aku sudah bersabar hampir sebulan. Mula-mula itu aku bertekak dengan kelindan lori yang punggah buang kayu-kayu buruk sisa pembinaan ini, betul-betul bertentangan pintu pagar keluar masuk kanak-kanak di sekolah anak jantan seorang aku ini.

Adakah tengah waktu puncak tengahari mak bapak sibuk nak ambil anak balik sekolah pagi dan nak hantar anak datang sekolah petang, waktu itulah lori ini nak punggah buang kayu-kayu ini?

Aku halau dia sambil bagi ayat killer berlapik; tak ada otak ka? Lu pergi mana-mana minum teh ka, sikit jam lagi datang.

Tersengih-sengih kelindan dan pemandu lori sambil pergi parking jauh dari kawasan depan sekolah. Orang suruh pergi minum teh, dia orang pergi tunggu tengah panas pulak. Tak kan aku kena bagi duit minum teh juga kut!

Tadi aku tengok makin bertambah kayu-kayu ini. Siap dengan kepingan zink buruk.

Aku tahulah tanah bersemak depan sekolah itu milik orang persendirian. Mungkin kayu-kayu ini nak dijadikan asas rangka pembinaan. Tetapi pakai otaklah sikit, punggah-buanglah ke dalam sikit. Ini betul-betul tepi jalan. Kat situlah mak bapa hendak bertengek tunggu anak. Kalau ada mak bapak yang lewat sikit, mulalah budak-budak ini gatal tangan dan kaki dok naik kerabat kayu-kayu dan zink buruk ini.

Rasanya kat bawah-bawah kayu-kayu dan zink buruk ini sudah jadi hotel 5 bintang kat nyamuk-nyamuk aedes. Sudahlah Kamunting ini kawasan top-5 di Perak dalam ketegori berisiko denggi!

Kalau tengok keadaan uzurnya kayu-kayu dan zink buruk, nampak macam kena buang sahaja. Kalau untuk asas rangka pembinaan, tak lama lagi selesai masalah keselamatan dan kesihatan ini. Tetapi kalau memang bahan buangan, alamatnya ada tangan atau kaki budak nak kena paku atau luka sebab zink tajam. Silap-silap ada yang masuk hospital kerana denggi.

Kebetulan besok Mesyuarat PIBG, aku nak buka usul. Minta pihak sekolah cari tuan tanah. Tanya tuan tanah apa dia nak buat. Kalau tuan tanah kata tak tahu, pakat-pakatlah buang atau buat apa yang patut kayu-kayu dan zink buruk.

Takkan itupun hendak tunggu aku angkat dan julang sepanduk!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Nota kecil kemalu-maluan;
Ini kali pertama dalam tempoh 5 tahun aku nak pergi Mesyuarat PIBG di sekolah anak jantan seorang aku itu. Bukan tak prihatin tapi memanjang mesyuarat aku tak ada. Biasalah kalau hujung minggu aku tak ada di Taiping, orang rumah aku dan anak aku pun tak ada. Tak kan nak hantar pak, mak aku atau mak mertua aku jadi wakil!

Esok sebenarnya aku ada kerja di KL, tapi takpalah aku pergi lewat sikitke KL, selepas habis Mesyuarat PIBG ini. Kalau pukul 12 tengahari tak habis juga, aku beri salam dululah.