Sunday, May 04, 2008

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. II)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. II)

Persinggahan ketiga adalah rumah Abang Mutalib di Bakai yang mempunyai 11 orang anak. Abang Mutalib tiada di rumah kerana bekerja.

Aku sempat melihat kegigihan Abang Mutalib yang cuba menambah pendapatan harian dengan membela keli dan belut di dalam perigi belakang rumah.

Terkedu juga melihat kesungguhan anak-anak Abang Mutalib dalam pelajaran dan sukan dengan melihat gantungan beberapa pingat dan medal kejayaan mereka. Semoga anak-anak ini membesar dengan jayanya dan dapat keluar dari kebelengguan kemiskinan.

Anak sulong Abang Mutalib, 23 tahun baru tamat dari Madhad Dehrang dan tujuh masih bersekolah serta tiga lagi masih belum bersekolah (4 dan 3 tahun serta 7 bulan).

Tidak tahu milik anak Abang Mutalib yang manakah jentolak dan lori mainan plastik yang tidak cukup sifatnya di hadapan rumah mereka yang sebahagiannya berdinding ayaman buluh ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. III)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. III)

Persinggahan keempat adalah rumah agam Abang Zul juga di Bakai. Abang Zul ini mengalami masalah pengelihatan di mana mata hitamnya semakin hari semakin memgecil. Abang Zul juga tiada di rumah ketika kami sampai kerana bekerja sebagai tukang rumah.

Rumah Abang Zul memang rumah agam yang boleh dikategorikan rumah warisan yang sepatutnya dipelihara dan dipulihara. Bagaimanapun itu hanya pandangan dari luar. Di dalamnya, rumah pusaka ini mula dimakan usia menanti untuk rebah pada bila-bila masa.

Anak bongsu Abang Zul baru berusia tiga minggu sedang lena menyusu di pangkuan ibunya. Sudah pasti anak kecil ini tidak mengerti apakah itu kemiskinan yang dikongsi oleh abang-abangnya (9, 5 dan 1 ½ tahun) dan kakak-kakaknya yang berusia 10 dan 8 tahun.

Kami sempat bertemu dengan Abang Zul yang balik ke rumah untuk makan tengahari.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. IV)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. IV)

Perjalanan kami bersambung ke Masjid Tiak di Kupang, Baling. Kami singgah untuk makan tengahari dengan nasi bungkus dan air mineral yang diorder oleh sdr. Monier dari rumah berdekatan. Terharu melihatkan anak-anak kecil yang mengekori ibubapa masing-masing dalam lawatan amal Warga Kilang ini. Semoga apa yang dilihat dan dialami oleh mereka hari ini mendewasakan dan mematangkan mereka. Dewasa dan matang sebagai insan yang percaya ketentuan Ilahi terhadap nasib seseorangitu dan berazam untuk mengubahnya dengan kesungguhan serta ketakwaan. Pada masa yang sama menyuburi semangat belas ikhsan sesama insan yang kurang benasib baik.

Selepas sholat zohor, kami menyerahkan sumbangan-sumbangan kepada 10 fakir miskin yang telah dikenalpastikan bersama-sama Pengerusi dan ahli kariah. Pengerusi dalam ucapan terima kasihnya melahirkan rasa gembira dan terkejut juga melihat sumbangan yang agak lumayan yang pernah diterima oleh mereka yang kurang bernasib baik ini.

Semoga sumbangan berupa beras 10 kilo (4 kampit), 5 kilo (3 kampit), tepung, gula, garam, sadirn tin, minyak masak, biskut dan lain-lain itu dapat dimanafaat oleh mereka yang kurang bernasib baik ini untuk tempoh yang panjang.

Pada masa yang sama bukan semua yang dapat hadir menerima sumbangan ini. Kami mengambil keputusan menghantarnya ke rumah mereka termasuk tolong membawa pulang barangan sumbangan yang diterima.

Jenuh juga pemandu-pemandu MPV ini bergelut dengan steering masing-masing apabila tersekat di laluan yang hanya muat-muat untuk tayar MPV mereka. Ramai juga yang tidak dapat mengelak ”bom-bom” yang berterabur di tengah jalan.

Memang lumrah dunia, di mana-mana adanya insan yang kurang bernasib baik, di situ jugalah terdapat insan-insan yang memiliki mungkin puluhan atau ratusan binatang ternakan dan juga pemilik rumah-rumah besar yang tersergam indah yang mungkin penghuninya hanya sepasang suami-isteri yang telah berusia.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Gambar 1, ketika makan nasi bungkus
Gambar 2, wakil Intel
Gambar 3, wakil Jabil
Gambar 4, Kak Zaiton NGO dari USM
Gambar 5, wakil ProCC

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. V)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. V)

Lupa juga dinyatakan, kami sebelum itu sempat singgah rumah Abang Saad di Kampung Jubai Bawah, yang kisahnya telah disiarkan dalam Bersamamu, TV3 tidak lama dahulu yang ketika turut disertai oleh beberapa ahli Warga Kilang.


Alhamdulillah lantai rumah Abang Saad kini sudah bersimen. Anak sulong perempuan Abang Saad yang bijak dalam pelajaran dan aktif dalam sukan tiada di rumah semasa kunjungan kami. Menurut ibunya, beliau pergi mengambil upah memetik cili dengan upah RM 3.00 sehari. Bolehlah membuat tambahan duit dapur, ujar ibunya lagi.

Upah RM 3.00 setelah seharian kerja dan diberi kepada ibu untuk belanja dapur sedangkan jumlah itulah yang dibawa oleh anak-anak kita sebagai duit sekolah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. VI)





Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. VI)

Perjalanan kami selepas Masjid Tiak ialah ke rumah Pak Mat, seorang tua di Kaki Rimba di Baling ini tetapi dimaklumkan Pak Mat tiada di rumahnya yang kalau boleh dikatakan rumah itu.

Kami menyambung perjalanan ke rumah Makcik Siah, ibu tunggal dengan enam anak di Bukit Pak Kunin dan kemudiannya ke bangsal pekerja kilang papan yang ditumpangi oleh Pak Ngah Johari, insan pekak dengan isterinya.

Mujurlah pemilik kilang papan ini memberi ehsannya kepada Pak Ngah Johari menumpang di bangsal pekerja ini. Masalah juga di bangsal pekerja ini kerana tiada bekalan air dan elektrik.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Gambar 1, 2 dan 3 adalah di rumah Pak Ngah Johari (bangsal pekerja kilang papan).
Gambar 4 adalah rumah Makcik Siah

Dari lensa sahabat yang turut bersama (Bhg. II)




Dari lensa sahabat yang turut bersama (Bhg. II)

Sepetang di rumah Pak Mat






Sepetang di rumah Pak Mat, seorang tua di kaki rimba pada 1 Mei 2008

Gambar 1, kami yang meredah denai. mengharung lurah, meniti batang kelapa dan mendaki bukit sebelum sampai ke rumah Pak Mat

Gambar 2, Pak Mat kini sudah ada dua periuk menggantikan satu-satunya kuali sumbing yang ada sebelum ini

Gambar 3, bumbung rumah Pak Mat dalam proses pembinaan

Gambar 4, rumah Pak Mat sudah berdinding

Gambar 5, antara yang bersama di rumah Pak Mat

Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh (Bhg. VII)






Lawatan Amal sempena cuti Hari Buruh 1 Mei 2008 (Bhg. VII)

Kami berpatah balik ke rumah Pak Mat yang kalau boleh dikatakan rumah itu.

Kumpulan kami yang seramai hampir 40 orang ini terpaksa menuruni lurah, menyeberangi empat titi kecil batang kelapa dan tiang reput yang mendebarkan, meniti batas bendang yang sempat, meredah busut dan melangkah dahan kayu tumbang serta menaiki bukit untuk sampai ke sebuah rumah yang kalau boleh dikatakan rumah itu. Perjalanan sejauh 300 meter ini berjaya diharungi oleh lelaki dan perempuan dewasa, remaja dan kanak-kanak malah anak kecil yang terpaksa didukung.

Perjalanan kami itu apalah kalau hendak dibandingkan dengan perjalanan kerap Pak Mat untuk membeli seekor dua ikan di kedai sejauh ½ kilometer atau untuk berteduh di bawah rumah jirannya dari hujan lebat.

Rumah yang kalau boleh dikatakan rumah ini tidak ketentuan di mana bumbungnya, di mana dindingnya dan di mana lantainya. Malah usah dicari di mana tangganya untuk dicelapak naik.

Alhamdulillah ada di antara kami hari itu seolah-olah kontraktor pembina rumah yang berjaya mendindingkan dan membumbungkan rumah Pak Mat. Sekurang-kurang selepas ini Pak Mat tidak lagi dibumbungkan langit kelam dan didindingkan bayuan angin hutan.

Penduduk kampung yang sebelum ini memaklumkan kisah kemiskinan Pak Mat kepada kami turut mencadangkan sebuah rumah lagi untuk dilawat. Mungkin rumah ini tidak seteruk rumah Pak Mat tetapi kami singgah juga sementelah masih berbaki barangan-barangan yang dibawa.

Berbeza dengan Pak Mat yang keseorangan, di rumah kayu usang ini tinggal sepasang suami isteri dengan dua orang anaknya tanpa bekalan elektrik. Di ruang tengah rumah ini bumbungnya ternganga luas yang pastinya bakal mengundang rintikan hujan ataupun jengahan unggas malam.

Jam sudah menjengah 6.30 pm. Kami akhiri lawatan dengan perjalanan ke KHTP, Hi-Tech Kulim untuk berpisah. Semoga perjalanan kami hari ini akan adanya lagi perjalanan-perjalanan sebegini di masa-masa mendatang.

Untuk kisah-kisah lanjut dan gambar-gambar lawatan lain bolehlah berkunjung ke laman-laman blog seperti berikut;

http://www.moniermatdin.blogspot.com/
http://izzuddin8084.blogspot.com/
http://oshthejourney.blogspot.com/

Sekadar ingatan untuk semua dan juga diri ini;

“Besok sudah berlalu, untuk berbangga atau untuk dikesali. Esok belum pasti tiba. Dengan itu nikmati hidup hari ini. Jangan bertangguh atau berlenggah (untuk kerja baik dan berfaedah serta beribadat).”

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar di atas adalah keadaan rumah Pak Mat beberapa minggu sebelum Lawatan Amal Warga Kilang pada 1 Mei 2008

Tuesday, April 29, 2008

To blog or Not to blog (Pak Adib)


The following post is from Pak Adib’s blog (my mentor of bloging, http://adib.typepad.com/). Another mentor is “oversea sister @netpal” (http://funnyaccent.typepad.com/).

To blog or Not to blog.
(With permission)

I plan to celebrate my 10th year of blogging on 31st August this year, insyaAllah. By now, a few thousands postings,short and long, had been beamed to
cyber-space, read or waiting to be read. Most of my blogs are related to my profession and my hobbies-all apolitical.

Lately, I read that new aspiring leaders of UMNO youths were told to blog; otherwise they cannot contest in the next party election. Please
read it here. That is a good pre-requite to give some basic lessons for future leaders to learn how to articulate their ideas other than to introduce themselves to the party members/general public. From my 10 years experience in this subject matter, writing made me think and at the same time it keeps improving my writing skills and style. Even with 10 years experience online, I am still learning,far from being a guru but just an older student.

Before I started writing my first blog using
geocities.com as my website/homepage, I was asking myself why did I want to write. From my reading, I discovered these wise words as follows:

"You don't write because you want to say something - you write because you've got something to say." --F. Scott Fitzgerald

"Better to write for yourself and have no public, than to write for the public and have no self." - Cyril Connolly

At first, I was worried whether I can keep writing. As a Chinese proverb says: Anyone can open a shop, but not anyone can keep the shop open. This aptly applies to business, but it also applies to blog. Honestly, I can't make a comment whether it is the right reason to blog because one wishes to contest and get elected. Whatever the rationale is,blogging is good for the soul.

My first blog is called
The Perigi. (Some of the links are missing). Below is what I wrote then on why I blog:

The Perigi is dedicated to writings, mostly mine with a few from others. It is my personal experiments in writing both in Bahasa Melayu(Malay) and English. For the past 22 years I have been avoiding writing unless I had to. With the web, I found it quite convenient to write and share my opinions, feelings, knowledge and experience.

I write to express my views and feeling toward certain issues or events that I feel important for me to record and to tell others about it. My views are not necessarily right, however it is a view from my window. Please check with others' windows as well. It is also an avenue for me to release my feeling/ emotions. It is mainly for me, but if others can share and benefit from my writings, why not.

I also write on something that I like or enjoy-like reading, mathematics, travelling and cycling. Taking advice from the guru, I will focus on something that I know (actually only God really knows), my personal experience and also about my culture. It may appears to be mine, but actually it belonged to and shared by others as well.

Since I am new to this part of the world, please accept my apologies if I happen to step on any body's toes. In trying to get the feel of the place, I may touch on sensitive parts. In that case, please sound the alarm!

And according to Ernest Hemingway:

"We are all apprentices in a craft where no one ever becomes a master".

Monday, April 28, 2008

Koleksi Joe Glover 4


Kisah Babi, Politik Babi dan Marah Babi



Kisah Babi, Politik Babi dan Marah Babi

OKOB tidak sensitif isu semasa? Pedulikan kata orang!

Pandangan aku mudah sahaja. Babi ini isu politik dan OKOB malas untuk berkongsi cerita politik. Banyak (teramattttt..... banyak!) blog politik di luar sana yang boleh dikunjungi.

Sapa-sapa yang jumpa Tuan Haji Subki Abdul Latif, orang kuat PAS itu, tanya dia pasai orang Melayu dulu-dulu buat emas dari dalam perut babi.

Ada beberapa kisah babi yang ingin aku ceritakan. Dan kisah-kisah ini tidak ada kena mengena dengan politik babi!


Kisah 1

Aku pernah bawa seorang kawan Cina balik kampung masa zaman kolej dulu. Budak Cina ini teringin sangat nak tengok kampung Melayu. Aku minta izin Tok aku. Dia cakap aku boleh bawa balik siapapun Cina ka, India ka, Mat Salleh ka boleh asalkan jangan bawa balik perempuan.

”Sebab apa Tok?”

”Sebab kau tak cukup syarat lagi hendak usung anak dara orang!”

”Syarat? Syarat apa pula Tok?”

”Itu kena tanya Pak kau.”, Nak tanya Pak aku? Itu kena fikir 10, 20 kali! (Masa itulah)

Kebetulan Tok aku buat kenduri tahlil. Jadi malam itu adalah bacaan tahlil sebelum makan. Dua ekor ayam yang disembelih petang tadi daging-dagingnya sudah bergelumang dalam kuah gulai di hadapan mata. Bacaaan tahlil dikumat-kamitkan oleh jemputan sekitar 10 orang ahli surau.

Aku dan kawan Cina bersila di tepi pintu.

Tiba-tiba kawan Cina aku merapatkan dirinya sambil berbisik.

“Lu orang potong 2 ekor ayampun sudah geleng kepala. Gua punya apak potong 1 babi pun steady saja!”

Mula-mula aku tak faham cakap dia, rupa-rupanya dia ingatkan kami bersedih (sambil mengeleng-geleng kepala) kerana telah menyembeleh 2 ekor ayam.

Kurang asam punya kawan Cina aku ini!


Kisah 2

Tiba-tiba anak jantan seorang aku itu tanya soalan.

”Ayah, kawan Hakim cakap babi boleh makan. Betulkah ayah?”

”Kawan tu Cina kut?”

”Bukan! Kawan Hakim tu Melayu Islam macam Hakim juga.”

”Biar betul!”

”Kawan Hakim cakap memang babi boleh makan. Kalau babi tak boleh makan, tentu dia mati!”

Kurang asam punya kawan kepada anak jantan seorang aku seorang ini.


Kisah 3

”Kau tahu sebab apa kita tak boleh makan babi?”, tanya kawan aku semasa sedang makan roti canai dan teh tarik di Gerai Basir, Kamunting.

”Kau ini pun, masa makan ni lah nak cakap pasai babi. Apasai kita tak boleh makan babi?”, aku tanya dia.

”Sebab babi tu tak ada leher! Macamana nak sembelih dia!”

Kurang asam punya kawan aku ini.


Kisah 4

”Mengapa kalau kita panggil orang itu dengan perkataan BABI, dia marah sangat? Tak kiralah dia bangsa apa”, tanya pakar motivasi itu kepada peserta-pesertanya.

”Cuba kita panggil dia, kucing ke?, semut ke?, dia marah tak?”, tanya dia lagi.

”Mengapa kalau kita sebut kepala hotak hang, orang itu marah sangat?”, tanya-tanya dia lagi.

”Cuba kita sebut mata hang, ataupun bulu ketiak hang, dia marah tak?’ tanya-tanya-tanya pakar motivasi ini lagi.


Kesimpulan perhubungan BABI dengan kemarahan ini.

Teringat aku kata-kata Dato Dr Hj Fazilah Kamsah; kalau marah jangan berdiri. Kalau kita duduk, marah itu akan reda.

Bagi aku, kalau marah, aku akan tidur!

Bagi aku juga, kalau marah, jangan panggil orang itu dengan perkataan BABI, panggil dengan nama binatang lain (yang kiut miut macam arnab ka, humster ka, semut ka).

Jangan sebut KEPALA HOTAK HANG, sebut MATA HANG, JANGGUT HANG, ataupun BULU KETIAK HANG!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, April 27, 2008

Di manakah ini?



Di mana gadis pemalu ini tinggal?

Di manakah kota ini didirikan?

Sigadis sudah lama tinggal di Taiping. Manakala kota ini baru didirikan di Kamunting.

Lokasi yang tepat? Anda kena teka dahulu.


Tiada lagi sawah bendang

Siratan aku kebelakangan ini asyik-asyik pasai makanan. Itulah orang Malaysia (tidak menjurus mana-mana bangsa). Aku pernah bawa mendiang Joe Glover (veteran askar British 1958/59) dengan isterinya ronda-ronda Pasar Malam. Terkejut dia laki-bini tengok banyak sangat makanan dimasak. Berbeza di pekan kecil Kampung Staffordshire di Aldridge, kampung Joe Glover, penjual di sana lebih kepada bahan-bahan mentah.

Di Malaysia kalau bertemu rakan atau saudara-mara, mesti soalan pertama diaju ialah; sudah makan ke belum? Berbeza di Eropah yang bertanyakan cuasa semasa!

Perjalanan dari Taiping ke Changlung setiap minggu merisaukan aku. Susur menghampiri Kepala Batas membimbangkan aku. Dulunya sawah bendang terbentang saujana mata memandang. Kini mula dikambusguna untuk projek perumahan.

Dahulu pepatah mengatakan; Ada Padi Semua Jadi. Masih relevankah pepatah itu?

Ada yang berani membuat pepatah baru; Ada Duit Semua Jadi. Tetapi di manakah nilai duit jika kita tidak boleh membeli beras? Vietnam dan Thailand sudah mula enggan menjual padi mereka. Di manakah kita hendak menggunakan duit untuk membeli padi?