Wednesday, December 10, 2008

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..
(Diterima melalui email)










Saturday, December 06, 2008

Gerai Bawal Kak Yah Din Juru

(Aku tak berapa ”berahi” ikan bawal. Masaklah Steam ke, Tiga Rasa ke atau Goreng sahaja, semuanya aku tolak tepi. Lebih-lebih lagi Gulai Bawal. Malah apa gulai pun aku ”kureng” tapi tidaklah sampai menolak kalau dihidang. Ditakdirkan orang rumah aku seorang aku itu asal-usulnya anak mami chombi Penang dengan mak mertua yang rajin masak gulai. Sekali-sekala ”meminta” juga aku Kari Kepala Ikan. (Orang Penang panggil gulai ini kari!)

Sudah lama aku diceritakan kenalan pasai Gerai Bawal di Juru dan Sri Bagan ini. Seorang kenalan aku yang berkerja di Prai mesti sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu perkena bawal di salah satu gerai ini. Akhirnya dalam dua minggu lepas aku berpeluang perkena bawal di kedua-dua gerai ini.)

Gerai Bawal Kak Yah Din Juru

Gerai Bawal Kak Yah Din Juru ini gerai kedua yang aku pergi. Aku ke Gerai Bawal Sri Bagan terlebih dahulu. Tetapi rasanya Gerai Bawal Kak Yah Din Juru adalah pilihan utama aku anak beranak.

Gerai Bawal Kak Yah Din Juru terletak di belakang kilang Molex di Juru. Kau orang boleh keluar dari Lebuhraya Utara Selatan di Susur Keluar Juru. Di persimpangan traffic light McDonald Auto City, kau orang belok ke kanan, terus melepasi Petronas (sebelah kanan kau orang) hingga sampai ke kilang Molex. Di sini kau orang belok kiri, terus hingga ke jalan tidak bertar. Belok kiri di jalan tidak bertar, kau orang akan jumpa gerai ini di tepi sungai.

Aku cadangkan kau orang datang sebelum pukul 12 tengahari. Seelok-eloknya 11.30 pagi kerana mulai pukul 12 tengahari tempat ini penuh sesak dengan pekerja kilang.

Kelebihan di sini ialah Bawal Goreng Garing. Rahsianya ialah ikan bawal yang segar dan digoreng dalam minyak panas yang banyak. Ikan mesti digoreng tengelam dalam minyak! Kemudiannya terus dimakan dengan nasi puteh panas dicecah dengan Kicap Cap Kipas. Mahai oi kicap ini! Botol kecilpun RM 3.80 sebotol! Bersusun-susun botol kosong kicap ini di tepi dapur!

Menu utama lain ialah Gulai Bawal seperiuk besak. Tetapi yang datang ke sini rata-ratanya berbaris menunggu Bawal Goreng Garing masih dalam kuali. Tidak kurang juga ramai yang membeli secara bungkus.

Menu sampingan yang lain hanyalah Bergedil, Ayam Goreng dan Telur Goreng serta ulam-ulam dengan Sambal Belacan. Tidak banyak pilihan kerana bawal adalah hidangan utama.






Keterangan gambar di atas.

1. Sekali makan tiga beranak, 4 ekor Bawal Goreng, 2 ekor Bawal Gulai (saiz tapak rangan orang dewasa)
2. Semua anak beranak Kak Yah Din yang kerja di gerai ini
3. Rahsianya, minyak panas dan ikan mesti digoreng tengelam
4. Gulai seperiuk besar dengan Kacang Bendi
5. Pelanggan boleh masuk jengguk kuali
6. Gerai atap zink tepi sungai, tak perlu signboard tapi penuh sesak waktu tengahari



Gerai Bawal Flet Sri Bagan

Kenalan aku di Prai itu memilih Gerai Bawal Flet Sri Bagan ini pilihan utamanya. Aku bersetuju dengannya kalau Menu Gulai Bawal. Walaupun hanya periuk kecil kuah dimasak berasing dengan ikan bawal, gulainya ”terasa” sekali!

Tetapi kalau Bawal Goreng tidak boleh lawan Gerai Bawal Kak Yah Din Juru. Mungkin di sini ikan bawal digoreng terlebih dahulu.

Gerai Bawal Flet Sri Bagan ini terletak bersebelahan Masjid Jamek Sri Bagan. Cara nak perdi di sini, kau orang ambil jalan menuju ke jeti. Di persimpangan ke jeti (sebelah kanan SK Convent, sebelah kiri Maybank, hadapan Hong Leong/Tabung Haji), kau orang belok ke Dermaga Dalam/Bagan Dalam. Selepas traffic light, ikut kiri jalan (jangan naik jejantas). Belok kiri sebelum Masjid Jamek Sri Bagan. Cari parking berhampiran Rumah Flet Sri Bagan ini. Gerai ini terletak betul-betul bersebelahan masjid ini.

Kau orang juga kena datang awal ke Gerai Bawal Flet Sri Bagan ini. Sudah dua kali aku datang sekitar pukul 1. Sekali itu gulai tinggal kepala bawal kementot satu dua sahaja. Kali kedua aku datang tinggal kuah dan bendi sahaja, tinggal Bawal Goreng yang ”sejuk” sahaja. Menu lain di gerai ini juga tidak banyak. Adalah satu dua menu tambahan. Di sini juga terkenal dengan Gulai Sembilang!

Kalau mai Penang (Prai) mailah makan bawal di Prai ini. Kalau suka goreng pi lah Gerai Bawal Kak Yah Din Juru. Kalau suka gulai pi lah Gerai Bawal Sri Bagan. Bagaimanapun kedua-dua gerai ini tidak dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.

Minggu depan nak pergi perkena Mee Ketam di Bukit Mertajam pula!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogpsot.com




Keterangan gambar di atas.

1. Gulai Bawal kuah asing.
2. Landmark – dekat jeti
3. Cari Flet Sri Bagan dan Masjid Jamek
4. Gerai kecil bawah pokok sebelah masjid

Thursday, December 04, 2008

Mata anda tidak silap!

Mata anda tidak silap!

Bukan kainnya melayang tipis tetapi itulah yang tertera di belakang si pemakai tidak mengira jantina ataupun saiz badan!

Kalau dulu pernah terkenal seluar jeans yang berlubang belakang dan bertampalkan bahan lutsinar, kini timbul pula trend terbaru.

Jangan betulkan mata anda! Mata anda tidak silap!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Gambar-gambar di-cut-paste dari internet.

I'll be back and I'm Back

I'll be back and I'm Back

November sudah berlalu dan Disember sudah mula melangkah.

Terikat dengan pelbagai program luar yang terpinggir kawasan yang boleh “on-line”, kalau kembali ke rumah pula begitu membosankan menunggu “dial-up” mencapai ke tahap maksimumnya.

Kini saya sudah kembali.

Disember masih berbaki. Beberapa program perlu dilaksanakan. Apakah aku perlu mendapatkan satu gadget ”mobile on-line” untuk terus berblog?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Wednesday, December 03, 2008

Baharom memang stei

BAHAROM MEMANG STEI

(Cerita asal oleh Jai, pensyarah UiTM menggunakan loghat Batu Kurau dalam
portal Batu Kurau)

Amba tinggat satu cita teladan yang ingin amba kongsi ngan muma.

Dulu dalan tahong 90an amba jadi ketua jabatan untuk Foundation Year ato Kursus Asas Tahun Satu di UiTM Shah Alan. Dalan tiga tahun memegang jawatan bermacan2 tugas pentadbiran yang amba terpaksa buat. Tiap2 student nak masuk Fakulti Seni Lukis Seni Reka kena dok ngan jabatan amba selama setahong atau dua semesta dulu. Peh tu kalu lulus baru dema masuk bidang pengkhususan masing2. Amba bukan nak cita paksei Jabatan amba tapi dalan tahong2 yang berlalu, bermacam jenih pelajar yang amba jupa dan pengajaran yang amba dapat. Pelajar2 baru ni maghi dari segala pelusuk negara, luar dan dalan banda (baru nak stat cita, takdi tu intro ja)

Ada sorang pelajar, nama dia Baharom budak kampong maghi dari Perlis. Mula2 amba tak perasan, sebab tersorok celah2 200 pelajar2 lain. Hari demi hari bulan demi bulan amba mula hape nama pelajar2 ni. Baharom budak kebanyakan. Sama seperti pelajar2 lain. Dia tak berapa bijak. Markah tak tinggi. Average ja. Pendiam. Muka kampong kuak. Hitan bekelik. Keting berkhugik. Jaghang2 jeghomoh dgn amba. Mungkin dia takok, malu ato benci kat amba, amba tak tahu.

Amba mula perasan Baharom bila amba napak budak laki kat kola baju ada lapik tola macan sapu tangan. Amba tinggat amba kecik dulu2 ada buat stei tu. Bukan apa tak mboh bagi kola baju berdaki. Mula2 amba nak tergelak. Tapi lama2 amba mulai beri perhatian kat siBaharom ni. Lama2 jugak amba banyak perasan sifat2 dan keterampilan dia. Sah, amba pasti Baharom ada dua helai baju ja. Dalan seminggu tu dia akan ulang2 dua baju yang sama. Samada baju kemeja kelabu cair taik hanjin yang dah terlalu lusuh dan koyak sikit kat lubang butang lengan kanan atau baju T Shirt putih ada iklan minuman yang amba dah lupa tapi pasti dapat free. Walau nampak daif, Baharom sentiasa kemas dan berusha (dengan kola berlapik takut berdaki) sedaya upaya untuk napak stei. Baju sentiasa masuk dalan.Seluar slek hijo warna unifom sekolah menengah (memang seluar sekolah menengah pong) dan dua lai lagi seluar jing takdak brend. Kasut Baharom hanya sepasang. Kasut kulit (atau PVC) hitan, lusuh dan terngaga sikit tapak depan belah kanan. Hari2 berjalan kaki dari asrama panjat bukit UiTM, amba perasan nganga tapak kasut Baharom makin besar. Tapi dalan serba kedaifan, Baharom tak sekelit pong napak menyesali ato merana dgn kekurangan nya..jauh lagi mengharap simpati. Dia bercampor gaul dgn pelajar2 lain macan biasa. Baharom tak pernah miss kelas amba. Walau tak berapa pandai, dia rajin. Jarang bertanya soalan. Banyak gi library amba dimaklumkan, tapi pelik tak pandai2.Minat amba memerhatikan si Baharom, makin mendalan sampai satu hari amba buat ujian untuk mendapat beberapa kepastian. Amba suruh pelajar2 buat keja umah yang berganda. Amba suruh buat latihan melukis secara drill iaitu berterusan. Kena pakai banyak kertas lukisan. Esok amba suruh antar. Pagi2 lagi atas meja amba bertindan sketch book. Sorang pakat dok antar tiga empat sketch book yang dema kapoh jadi satu. Bermakna dema kena beli banyak sketch book. Hasil kerja Baharom TAKDAK.

Puas amba cari tak jupa. Takpa. Amba relek dulu dan terus masuk kelas..dalan pala otak amba dok pikir paksei pa budak ni tak antar. Walau amba ada andaian tapi amba tak bukak langsung cita tugasan yang amba beri seolah2 amba takdak masa nak cek. Petang tu sebelum tutup opis amba cek sekali lagi, jupa satu sketch book tulih Baharom bin Abu Kassim. ateh meja amba. Sketch book tu tobat lain dari yang lain. Amba belek2, rupanya dia buat sendiri sketch book tu dari kertas SURAT KHABAR lama. Ok stop sini bab ni. Nati kita analisa balik.
Baharom semakin hari amba perasan macan dok mengelak dari amba. Amba buat dak ja takok dia suspek amba dok perati dia. Seperti biasa dari jauh amba napak dia ceria dan bersemangat dikalangan kawan2. Sekali2 amba rapat tempat dia, amba napak koyak kasut dia dah dililit dengan selepin tep. Carik kat lengan kanan makin luas. Tola sapu tangan dikola tetat maintain. Seluar jean takdak brend, bersih tak setitik cat pun tumpah. Baharom memang stei, tapi hari tu amba rasa sebak. Tak sapei hati amba tengok.Kelik umah, lepas makan mlm, amba cita kesah Baharom kat org tina amba. Terkedu gak la dia. Hari Ahad tu amba kemas lemari amba, kutik baju2 lama dan seluar amba yang amba dah tak pakai (yg masih elok sangat2) Lalu amba suruh isteri amba lipat molek2 boh dalan beg plastik. Amba ada sepasang kasut kulit yang jarang2 amba pakei paksei agak sempit pong amba boh dalan beg plastik. Amba nak bagi kat Baharom. Hari Senin tu amba bawak beg plastik tu masuk opis amba. Dok pikir gak amba camna nak bagi? Takut Baharom malu nak terima. Takut dia tolak takmboh simpati. Las2 amba panggil gak dia masuk opis. Amba bukak cita lain dulu. Paksei sketch book yang dia antar lewat tu.

Dia mintak maaf lewat paksei sketch book dia tak kering lagi pagi tu. Rupanya Baharom gi kutip surat khabar lama di library, dia sapu cat putih (emulsion) bagi jadi kertas putih utk dia buat lukisan. Tiap muka surat dipotong empat, dikampoh jadi buku lukisan. Cat tu agak lambat nak kering. Jadi dia batei lukis ateh kertas lembab. Memang la tak best, tapi dalan hati amba, ini lah hasil kerja yang paling amba teruja. Pakseipa? Dalan situasi kritikal, Baharom berupaya menyahut cabaran dengan penyelesaian yang amat kreatif, innovatif dan sensitif. Walau lukisan beliau tak berapa menjadi (sebab permukaan lembab), tapi amba cukup berkenan. Tak sedikit pong Baharom mengisyaratkan alasan tak dak duit nak beli sketchbook. Baharom memang stei. Amba tahu dia tak duit. Dia dok rajin gi library paksei di situ ja ada mesin water-cooler. Baharom tak pernah komplin. Tak pernah mengeluh.

Sebelum Baharom keluar bilik amba, dengan bersahaja amba bukak cita paksei baju2 amba yang dah tak leh pakai dan niat amba nak sedekah kedia. Sambil amba hulur beg plastik putih. Bahrum macan tergaman. Malu2 dan tergagat sikit dia ucat terima kasih tapi tak pandang muka amba. Amba tak kisah. Amba tahu Baharom segan dan mungkin sebak. Peh tu, amba dok cokoh dalan opis amba. Lega tiba2. Tak tahu paksei pa tapi rasa macan amba menang perang Badar.

Esok pagi2 amba tak sabar nak tengok Baharom. Tapi amba kena buat relek. Jangan napak sangat. Takot dia segan. Dari jauh amba napak kelibat Baharom turun bukit jalan kaki. Rupanya tak berubah. Baju seluar dan kasut yang sama. Mungkin dia tak sempat nak pakai pakaian yang amba bagi semalan. Takpa. Amba tengok esok lagu mana. Esoknya Baharom datang kuliah berpakaian yang sama. Tak berubah lasung. Amba muskil dan heran paksei pa. dia tak sudi ka? malu nak pakai ka?. Memandangkan cuti awal semesta dah nak mula, (cuti seminggu ja) mungkin Baharom nak pakai lepas cuti kot amba agak. Mungkin dia nak napak lain sempena bukak cuti, andaian amba. Takan kasut amba dia tak muat kot atau seluar slek amba bagi tak bulih pakai. Saiz dia ngan amba tak la beza sangat walau dia muda tapi badan saiz lebih kurang amba. Lalu cuti awal semesta pun bermula.

Cuti awal semesta berakhir. Pelajar2 mulai masuk kelas semula. Mata amba melilau cari Baharom yang berwajah baru. Muma tahu apa jadi?...... Baharom masih berwajah dulu. Baju kemeja kelabu tahik hanjing yang sama. Koyak di lengan berjahit rapi dah. Kasut kulit koyah dah di gam rapat tak pakai selepin tep dah. Kemuskilan mencuit benak amba. Tak leh jadi nih. Petang tu sebelum balik amba panggil Baharom masuk opis amba. Amba tanya pakseipa dia tak pakai pakaian yang amba bagi dulu? Tak muat ka? Tak sudi ka?. Baharom gagap lagi, tapi dia cepat2 jawab. Memang dia berkenan sangat pakaian2 tu, berterima kasih sebanyak2nya ke amba, dalan serak suara Baharom kata pakaian2 tu dia bagi kat abang dia di kampong, sebab abang dia nak gi interview keja. Abang dia lebih memerlukan dari dia. Amba terdiam. Sebak dalan hati tak terperi. BAHAROM MEMANG STEI




(Diolah semula oleh Cikgu Najmi dalam blog Taiping Mali)

KISAH SEORANG ANAK DESA YANG MISKIN

Kisah benar seorang pensyarah

Ada sorang pelajar, bernama Baha(bukan nama sebenar) seorang budak kampung datang dari Utara. Mula-mala saya tak perasan, sebab tersorok celah-celah 200 pelajar lain. Hari demi hari bulan demi bulan saya mula mengingat nama semua pelajar . Baha budak kebanyakan. Sama seperti pelajar-pelajar lain. Dia tak berapa bijak. Markah tidak tinggi, sederhana sahaja.

Seorang pendiam, muka kampung, hitam berkilat, kaki penuh parut. Jarang –jarang bertemu dengan saya, mungkin dia takut, malu atau benci kepada saya. Saya pun kurang pasti..

Saya mula perasan Baha bila saya nampak budak laki pada kolar baju berlapik sapu tangan. Saya teringat semasa saya kecil dulu pun ada berbuat demikian. Bukan apa , tak mahu bagi kolar baju berdaki. Mula-mula saya nak tergelak. Tapi lama-lama saya mulai beri perhatian kepada si Baha ni.

Lama-lama saya juga banyak perasan sifat-sifat dan keterampilan dia. Sah, saya pasti Baha hanya ada dua helai baju sahaja. Dalam seminggu tu dia akan ulang-ulang pakai dua baju yang sama. Samada baju kemeja kelabu cair taik anjing yang dah terlalu lusuh dan koyak sikit kat lubang butang lengan kanan atau baju T putih yang ada iklan minuman dan pastinya baju dapat free.

Walau nampak daif, Baha sentiasa kemas dan berusaha (dengan kolar berlapik takut berdaki) sedaya upaya untuk nampak stail. Baju sentiasa masuk dalam. Seluar slack hijau warna unifom sekolah menengah (memang seluar sekolah menengah pun) dan dua helai lagi seluar jean tak branded . Kasut Baha hanya sepasang. Kasut kulit (atau PVC) hitam, lusuh dan terngaga sikit tapak depan belah kanan.

Hari-hari berjalan kaki dari asrama panjat bukit UiTM, saya perasan nganga tapak kasut Baha makin besar tetapi dalam serba kedaifan, Baha tak sekelit pun nampak menyesali atau merana dengan kekurangan nya, jauh lagi mengharap simpati.

Dia bercampur gaul dengan pelajar-pelajar lain seperti biasa . Baha tak pernah ponteng kelas. Walau tak berapa pandai, dia rajin. Jarang bertanya soalan. Banyak menghabiskan masa di perpustakaan saya dimaklumkan, tetapi pelik tak pandai-pandai. Minat saya memerhatikan si Baha, semakin mendalam sampai satu hari saya buat ujian untuk mendapat beberapa kepastian. Saya menyuruh pelajar saya buat kerja rumah yang berganda.

Saya suruh buat latihan melukis secara drill iaitu berterusan. Kena guna banyak kertas lukisan. Esok saya suruh hantar. Pagi-pagi lagi atas meja bertindan sketch book. Seorang ada yang hantar tiga, empat sketch book yang mereka kampuh menjadi satu. Bermakna mereka terpaksa membeli banyak sketch book.

Hasil kerja Baha TAK ADA. Puas saya mencari tak juga jumpa. Tak mengapa. Saya relek dulu dan terus masuk kelas.

Dalam minda atau kepala otak saya memikirkan kenapa budak Baha ni tak menghantar kerja. Walau saya mempunyai andaian tapi saya tak buka langsung cerita tugasan yang saya beri, seolah-olah saya tak ada masa nak cek.

Petang tu sebelum tutup pejabat saya memeriksa sekali lagi, terjumpa satu sketch book bertulis Baha bin Sipolan di atas meja saya . Sketch book tu lain dari yang lain. Saya meneliti betul-betul, rupanya dia buat sendiri sketch book tu dari kertas SURAT KHABAR lama.

Baha semakin hari saya perasan macam mengelakkan diri dari saya. Saya buat tak faham sahaja takut dia suspek saya memerhati gerak geri dia.

Seperti biasa dari jauh saya nampak dia ceria dan bersemangat dikalangan kawan-kawan. Sesekali saya merapat meja dia, saya nampak koyak kasut dia dah dililit dengan selepin tape. Koyak di lengan kanan semakin luas. Tuala sapu tangan dikolar tetap maintain. Seluar jean tanpa brand, bersih tak setitik ada kesan cat pun tumpah. Baha memang stail , tapi hari tu saya rasa sebak. Tak sampai hati saya melihat dia serba kekurangan.

Balik rumah, selepas makan malam, saya bercerita kisah Baha kepada isteri saya. Terkedu juga isteri saya.

Hari Ahad tu saya mengemas almari, saya kumpul baju-baju lama dan seluar saya yang saya dah tak pakai (yg masih elok sangat2) Lalu saya minta isteri saya lipat elok-elok dan masukkan ke dalam beg plastik. Saya ada sepasang kasut kulit yang jarang-jarang saya pakai kerana agak sendat pun saya masukkan dalam beg tersebut. Saya nak bagi kepada Baha .

Hari Isnin saya bawa beg plastik tu masuk pejabat saya .sambil memikir bagaimana nak menyerahkan beg tersebut kepada Baha. Takut Baha malu nak terima. Takut dia menolak kerana tak mahu simpati dan empati.

Akhirnya saya memanggil Baha masuk kebilik saya . Saya memulakan cerita lain dahulu. Cerita hal buku sketch book yang dia hantar lewat tu.

Dia minta maaf lewat kerana sketch book dia tak kering lagi pagi tu. Rupanya Baha pergi kutip surat khabar lama di library, dia sapu cat putih (emulsion) bagi jadi kertas putih untuk dia buat lukisan. Tiap muka surat dipotong empat, dikampoh jadi buku lukisan. Cat tu agak lambat nak kering. Jadi dia bantai lukis atas kertas yang lembab.

Memang la tak menarik , tapi dalam hati saya , ini lah hasil kerja yang paling saya teruja. Kenapa? Dalam situasi kritikal, Baha berupaya menyahut cabaran dengan penyelesaian tugas yang amat kreatif, innovatif dan sensitif.

Walaupun lukisan beliau tak berapa menjadi (sebab permukaan lembab), tapi saya cukup terpikat. Tak sedikit pun Baha mengisyaratkan alasan tak dak duit nak beli sketch book.

Baha memang bergaya. Saya tahu dia tidak berduit. Dia rajin ke library kerana di situ saja ada mesin water-cooler. Baha tak pernah merungut, tak pernah mengeluh. Sebelum Baha keluar bilik saya, dengan bersahaja saya buka cerita fasal baju-baju saya yang dah tak boleh pakai dan niat saya nak sedekah kepada Baha. Sambil saya menghulur beg plastik putih. Baha seperti tergaman. Malu-malu dan tergagap-gagap sedikit semasa mengucapkan terima kasih tapi dia tidak memandang muka saya.
Saya tak kisah, saya tahu Baha segan dan mungkin sebak. Selepas tu saya termanggu seorang diri dalam pejabat saya mengenangkan nasib Baha. Lega tiba-tiba. Tak tahu kenapa terasa seperti menang perang Badar.
Esok pagi-pagi saya tak sabar untuk melihat Baha tetapi saya kena buat biasa slumber relek. Jangan nampak sangat, takut Baha malu dan segan. Dari jauh saya nampak kelibat Baha turun bukit jalan kaki. Rupanya tak berubah. Baju seluar dan kasut yang sama. Mungkin dia tak sempat nak pakai pakaian yang amba bagi semalam. Tak mengapa.

Saya tunggu esok bagaimana ? Esoknya Baha datang kuliah berpakaian yang sama. Tak berubah langsung. Saya musykil dan hairan kenapa ? . Dia tak sudi kah? Malu nak pakai kah?. Memandangkan cuti awal semesta dah nak bermula, (cuti seminggu ja) mungkin Baha nak pakai lepas cuti agaknya kot saya mengagak lah. Mungkin dia nak nampak lain sempena buka cuti, andaian saya sahaja. Takkan kasut saya tak muat kot atau seluar slack saya bagi tak boleh pakai. Saiz dia dengan saiz saya tak lah berbeza sangat walau dia muda tapi badan saiz lebih kurang saya.

Lalu cuti awal semester pun bermula.

Cuti awal semester berakhir.

Pelajar-pelajar mulai masuk kelas semula. Mata saya melilau mencari Baha yang berwajah baru.

Anda tahu apa jadi?...... Baha masih berwajah dulu. Baju kemeja kelabu tahi anjing yang sama. Koyak di lengan berjahit rapi dah. Kasut kulit koyak dah digam rapat ,tak pakai selepin tape dah.

Kemusykilan mencuit benak minda saya . Tak boleh jadi nih.

Petang tu sebelum balik saya panggil Baha masuk pejabat saya. Saya bertanya mengapa dia tak pakai pakaian yang saya bagi dulu? Tak muat ka? Tak sudi ka?.

Baha gagap lagi, tapi dia cepat-cepat menjawab. Memang dia berkenan sangat pakaian tu, berterima kasih sebanyaknya kepada saya , dalam serak-serak Baha berkata pakaian tu dia bagi kat abang dia di kampung, sebab abang dia nak pergi interview kerja. Abang dia lebih memerlukan dari dia.

Saya terdiam. Sebak dalam hati tak terperi. BAHA MEMANG HEBAT.
(Berita terbaru dari Jai, Baharom kini adalah seorang Senior Designer di sebuah industri pembuatan batu permata di KL)

Friday, October 31, 2008

Tak kira tempat………….


Tak kira tempat………….

Bila melangkah tangga Masjid Ekspo tengahari Jumaat tadi aku sempat mengerling tabung duit yang diperbuat dari plastik lutsinar tepi tiang. Di dalamnya, di timbunan-timbunan duit seringgit aku terkerling dua keping not hijau dan sekeping not merah. Murah rezeki yang menyedekahkannya, kata aku dalam hati.

Sebaik sahaja Imam memberi salam, aku bergegas keluar tanpa menunggu doa dibaca. Aku lihat anak jantan aku seorang itu sedang berdiri berdekatan tabung duit tersebut.. Sewaktu melangkah keluar dari masjid itu aku sempat juga mengerling ke tabung duit itu. Hati sudah berdetik lain.

Rupa-rupanya anak jantan aku seorang itu hendak mengkhabarkan berita sudah tiada lagi not hijau dan not merah di dalam tabung duit itu. Yang tinggal hanyalah timbunan duit seringgit yang mungkin juga turut berkurang.

Patutlah selak pengunci pada peti duit itu yang tidak mempunyai ibu kunci sudah ternaik selaknya. Rupa-rupanya semasa orang lain sibuk bersholat, ada yang sempat ”menyimpankan” not hijau dan not merah ini.

Teringat aku di Masjid Negeri Ipoh beberapa tahun lepas, ada yang tertangkap kerana cuba memancing not-not hijau dan merah dengan menggunakan pancing berumpankan chewing gum (gula-gula getah)!

Haram jadah sungguh mereka yang tidak mengira tempat ini............

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, October 19, 2008

Tuesday, October 14, 2008

Hari yang sama!


Gambar-gambar di "cupas" atau di "CP" dari internet.
Hari yang sama!

Kalau sebut Amitabh Harivansh Srivastav kemungkinan besar ramai yang tak kenal. Tapi kalau sebut Amitabh Bachchan pasti ramai yang tangkap sayu.

(Posting ini tak ada kena mengena dengan Datuk (Dato’) Sarukh Khan!)

Rupa-rupanya aku berkongsi tarikh lahir dengan Bachchan (belacan?) ini hujung minggu baru-baru ini. Cuma berbeza 25 tahun. Diceritakan dia sakit perut (cirit-birit?) selepas jamuan hari jadinya di Mumbai.

Aku pula perut meragam di Hotel Kualiti KL setelah perkena rendang “berbau” sikit di jamuan raya di Bangi. Sudah le tidur lewat dengan “surprise” dari anak jantan seorang aku itu. Kemudian dapat “surprise” dari orang rumah aku seorang itu pula.

Macam sama saja ceritanya.

Kalau belacan ini le dapat Datuk, agak-agak aku pun boleh dapat datuk. Tak tahu lah pula menantu si-Rai itu dah ada anak ke belum.

Satu-satunya cerita yang aku minat ialah “The Mistress of Spices” lakonan si-Rai ini. Itupun lihat di Astro.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/

Wednesday, October 08, 2008

Senarai kabinet baru

berkuatkuasa serta merta hari ini. Klik di sini untuk lihat senarai kabinet baru.

Khas untuk orang sibuk




.........atau yang suka menyibuk.

Gambar "seluar keyboard" ini baru diterima melalui email 10 minit tadi. Masih panas lagi ni!

KALAU SAMPAI IPOH…

Gambar ini di-cupas (cut & paste) atau di-cipi @ CP (cust & paste) dari internet

Ipoh terkenal dengan “tag line”; Ipoh Mali (kencing talak bunyi, longkang talak langkah!). Berikut adalah salah satu email yang aku terima berkenaan Ipoh.

KALAU SAMPAI IPOH…

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia lima tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Penang.

Ibu itu berpesan pada pemandu bas

"Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belum?" Hari mulai malam, dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang di sebelahnya menjawab.

"Tidor aje la.. Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.

"Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh., pasti pakcik kejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak. Sehinggakan ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Kuala Kangsar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.

"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni? Perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.

"Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan.

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah, mama saya pesan kalau sudah sampai di Ipoh., saya boleh makan nasi bungkus ni!"

???????????

Tuesday, October 07, 2008

Profil Bapa



Profil Bapa

Bapa; Wan Mat Daud B. Wan Ahmad
Datuk; Wan Ahmad B. Wan Sulaiman
Nenek; Long Khatijah Bt. Hj. Barat

Bapa Datuk; Wan Sulaiman
Emak Datuk; Tengku Zainab Petra

Bapa Nenek; Hj. Barat
Emak Nenek; Hjh. Shaimah

Aruah Wan Ahmad ini dari Pasir Mas, Kelantan dan pernah jadi Orang Besar Kelantan (Temenggung?) yang kemudiannnya jadi Tok Naib di Batu Kurau. Kalau sebut aruah Pak Wan Mat Tok Naib Batu Kurau, mesti orang-orang lama (orang tua) di Batu Kurau itu akan kenal.

Aruah Hj. Barat ini pula terkenal di Batu Kurau. Ramai anak pinak cucu cicitnya di Batu Kurau. Boleeh dikatakan sekampung di Batu Kurau itu ada kena-mengena dengan Hj. Barat.

Oh! Aku ini cucu Tok Naib rupanya!.

(Sebenarnya salah seorang sepupu aku, Wan Azizi yang kerja Manager di Sime Tayar itu telah mendaftarkan “family roots” kami dalam laman
www.geni.com, laman ini begitu mesra pengguna. Kalau tahu email sanak-saudara, jemput mereka masuk dan key-in sendiri sanak-saudara yang dikenali.)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Cikgooden – cuba hang tanya orang tua atau mertua hang, depa kenai tak aruah Pak Wan Mat Tok Naib Batu Kurau ini ataupun aruah Hj. Barat.. Jangan tanya Hj. West sudahlah!

Epal + Oren = Epor

Gambar di-cupas (cut & paste) dari internet

Epal + Oren = Epor

Kawan aku mak dia China, bapak dia Bengali (Bai). Dia?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Siapa bilang gadis melayu………….

Gambar ini di-cupas (cut & paste) dari internet

Gadis Melayu
(Othman Hamzah?/Jamal Abdillah?/Mawi?)

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh
Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena