Tuesday, July 21, 2009

Nombor IC start dengan kepala 8.

Nombor IC start dengan kepala 8.

Hari ini aku masuk satu kursus di UUM. Kursus apa aku tak mau beritahu. Tapi yang pasti bukan kursus kahwin. Sekarang kursus kahwin tengah hot demand di UUM ini. Boleh buat untung penganjurnya yang juga student yang pandai bisnes ini.

Aku daftar melalui telefon minggu lepas. Itupun setelah aku confirm penyertaannya terbuka kepada semua ”warga UUM”, iaitu kepada pelajar dan kakitangan. Yang punya telefon suruh aku bayar yuran RM 15.00 dulu. Aku cakap aku ada di KL. Bila nak masuk kursus nanti aku bayar.

Pagi ini waktu daftar, student awek di meja pendaftaran tu tengok aku atas bawah. Mula-mula dia buat tak reti sajalah. Maklumlah student seniorlah katakan. Bila aku isi nombor IC start dengan kepala 6, dia tengok aku atas bawah. Peserta lain semua dengan nombor IC start dari kepala 8. Kemudian dia kerut dahi sambil panggil student balak sebelahnya. Kemudian bisik-bisik. Student balak ini senyum kat aku. Akupun senyum dekat dia. Student awek ini senyum pula dekat aku. Akupun apa lagi senyum dekat dia. Bukankah senyum itu sedekah. Bersedekahlah aku banyak-banyak pagi tadi.

”Cik dari mana?”, tanya student balak ini.

”Saya dari, blah-blah, mengajar blah-blah......”

”Ohh.....”, serentak keluar bunyi senada dan seirama dari mulut-mulut student balak dan student awek ini. Mengangguk kedua-duanya dengan seiringan juga.

Mula-mula masuk bilik kursus terasa segan pula tapi lama-lama terasa beruntungnya aku.

Sebab apa aku masuk kursus ini walaupun aku memang pasti semua peserta kursus ini adalah student.

Nak mengurat? Lupakanlah! Orang rumah seorang aku itupun lebih dari cukup! Ewah! Ewah! Masuk bakul angkat sendiri ka!

Tapi rasanya semua peserta student awek! Mana pergi student balak? Sudahlah ratio student balak dengan student awek di UUM adalah 1:3, kursus-kursus seperti inipun tak mahu datang!

Aku masuk kursus ini sebab yurannya ikut rate student. RM 15.00 sahaja untuk sehari kursus. Siap ada minum pagi Teh-O dan 2 biji kuih dan makan tengahari Ayam Masak Merah dan Sayur Campur dengan Air Sirap.

Sebenarnya aku ada mendaftar untuk kursus seumpama ini di KL dengan bayaran RM 900.00 untuk 4 hari tetapi jadualnya bertembung dengan trip ke Jakarta. Sipp..... sebab aku rasa kursus 1 hari ini menyamai kursus 4 hari itu.

Biasalah kursus apapun sekarang ini. Teori sikit-sikit adalah kemudianya dengan workshop-lah, hands-on-lah, presentation-lah dan macam-macam-lah lagi!

Lepas ini kursus apa pula aku boleh masuk?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, July 15, 2009

Rindu aku serindu-rindunya


Sikecil pun tahu menilai!


Ada yang re-branding, ada yang berhijrah



Biji Cempedak mula dibuang







Biji Cempedak mula dibuang

Bau Cempedak masak mentah mula mewangi di Kamunting. Kalau sebelah petang boleh terbau Cempedak Goreng.

Hujung bulan Jun kalau beli Cempedak Goreng RM 1.00 baru dapat 3 ketul. Sekarang RM 1.00 sudah 4, 5 ketul. Kalau dulu beli RM 1.00 untuk 3 ketul pulun habis dengan biji-bijinya. Kalau beli 5, 6 ringgit untuk makan anak-beranak, siap rebus balik biji Cempedak. Minggu ini boleh mula nampak biji-biji Cempedak dibuang merata.

Setiap musim Cempedak mula membuah setelah Manggis galak dikait. Manggis pula mula membuah apabila Durian sudah berlori keluar dari kampung.

Cempedak dan Manggis membuah, Durian juga disebut orang. Hikayat Durian sentiasa di bibir. Dari mula membunga hinggalah buah penghujung.

Cempedak bersilih-ganti. Sukun dan pisang jua setia menanti.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Hikayat Durian

Durian bapa aku di Ceruk Pelanduk, Bt. 14, Batu Kurau.

Buah Kelas A1, senang buka! Paling senang pakai gunting.

Gambar di atas dari posting asal di sini.

Hikayat Durian

Hikayat Durian bermula dari sekali-sekala angin menderu. Derunya menghilir dengan bau bunga durian yang mula berkembang. Tandanya genap 100 hari durian lagi akan masak dan mula meluruh. Itupun kalau angin tidak menolak awan, airnya boleh meluruhkan bunga. Kalau tiada langsung awan melangsirkan matahari pula, pancaran pula boleh mengecutkan bunga.

Buahnya pula bermula dengan membuang buruk. Diikuti pula dengan meliat dan melemak seterus mengegak. Masa inilah kalau nak menebas pangkal pokol atau meracun denai untuk dilalu.

Bila mula mengegak bolehlah dibuat kenduri bubur durian. Buah yang mangka (tak berapa masak) didahulukan. Buah yang menguning pula boleh dimakan dengan pulut. Kalau jemu dengan pulut boleh diganti dengan Roti Paun kalau belah Penang panggil Roti Benggali.

Isi baru boleh diulas dan jamah dengan Nasi Puteh. Renjis saja air garam kalau tidakpun patah sebiji dua Cili Padi. Makan begini saja boleh habis suku periuk. Kalau ada Kedera Masin mahu setengah periuk. Kalau makan berdua boleh terus basuh periuk.

Bila sudah galak meluruh bolehlah dipanggil anak cucu balik ke dusun.

Kalau luruhnya sudah di penghujung bolehlah dibuat tempoyak isi yang culas.

Cerita Pak Lang Manap aku, kalau ada satu hektar boleh tanam 100 pokok durian cantum. Dengan 100 pokok ini boleh dapat hasil 1 tan setahun seawal-awalnya selepas jangka masa 5 tahun. Paling lambatpun 7 tahun.

Mula-mula kena pilih tanah yang betul. Bukan semua tanah, lereng atau atas bukit boleh ditanam dengan durian. Tanah yang sesuai untuk tanaman durian ialah jenis lom hingga lom berpasir. Tanah pula mesti subur, dalam dan gembur. Kawasan pula mesti panas dan lembap (27 – 32 C) untuk pertumbuhan yang vegetatif.

Pokok durian pula disyorkan ditanam dengan menggunakan empat sistem segitiga sama yang dapat memberikan bilangan pokok yang lebih berbanding system segiempat sama.

Batang pokok pula kena dipangkas untuk menjulang batang utama yang tegak ke atas. Dahan-dahan awal yang berlebihan perlu dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak. Pemangkasan juga penting bagi mengelak dari jangkitan penyakit. Racun kulat pula digunakan untuk merawat bekas potongan dan bahagian kulit serta batang yang luka.

Bagusnya kalau sistem pengairan titis, sistem pengairan mikro dan sistem pengairan renjis. Kalau tak ada upahlah menjirus pagi dan petang.

Anak pokok dari biji boleh meninggi sampai 100 kaki dengan banir 10 kaki. Kalau tanam terlalu rapat pokok matang mempunyai kanopi yang berbentuk bujur. Poko yang baik kanopi berbentuk bujur.

Bunga durian ini berjambak dengan 30 - 60 kuntum bunga dalam satu jambak. Proses pendebungaan bagi durian ialah pendebungaan berkacuk. Ianya sesuai didebungakan pada waktu malam. Antara agen-agen pendebungaan bunga durian ialah kelawar, lebah (Apis dorsata), kelulut (Trigona sp) dan beberapa jenis semut. Khabarnya Mardi di Bukit Tangga sebelah Sintok mendebungakan waktu siang dengan agennya lalat!

Buah durian lazimnya berbentuk bulat dan berbagai saiz. Berat buah berbeza mengikut klon. Buah durian mempunyai 4 – 6 pangsa dan dalam setiap pangsa mengandungi beberapa ulas isi. Rasa isinya lemak manis dan ada juga yang berasa pahit bergantung pada klon.

Macamana nak pilih buah yang elok? Ada yag mahir tu sebenarnya sudah mengecam buah dengan melihat duri. Duri yang gemuk pendek biasanya ulasnya besar dan dur panjang meruncing ulasnya panjang. Kalau yang kaki mengoncang itu untuk mendengar bunyi geseran ulas-ulas isi dengan bahagian pangsa. Kalau padat mungkin buah mangka atau isinya lembik melekat pada pangsa. Buah yang ringan sebenarnya berisi elok kalau dibandingkan dengan buah yang berat.

Pilihlah buah yang masih ada bau rumput atau tanah. Bukan pilih kerana bau! Bau rumput dan tanah ini menandakan ianya masih segar baru jatuh dari pokok. Jangan tertipu dengan tangkai buah yang bergetah. Tangkai yang sama kadang-kala dicantas oleh penjual untuk mengalirkan getahnya. Pilih tangkai yang kembang sikit hujungnya macam cendawan.

Durian pula kalau yang elok bila jatuh akan terbuka merekah sikit hujungnya.

Hendak dapat 1 tan hasil setahun inipun banyak tertibnya. Durian ini bukan saja makan banyak boleh beri penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi, pokoknya saja senang diserang penyakit. Kalau tan kena Penyakit Bengkak Cerana Durian (Phytophthora palmivora) atau kanker, dia boleh kena Hawar Daun Rhizoctania. Baik kena Hawar boleh kena Bintik Daun atau Cendawan Angin. Sihat semua itu boleh kena pula Anthraknos.

Hendak tak hendak kenalah bubuh racun. Boleh jugalah guna kaedah pangkasan. Baja juga tak boleh kedekut. Pemurah sangat pula habis naik pokok rampai lain keliling.

Bila pokok sihat, ramai pula ulat berkunjung. Mula-mula datang ulat dan kumbang pengorek batang. Habis batang dan kulit pokok disagatnya. Kadang-kadang ulat ini menjemput pula anai-anai, teritip dan koya.

Mula mula membuah datang pula ulat pengorek buah. Bila sudah masak elok datang pula tupai. Tapi jangan tekejut kalau durian sebelah yang ditepuk tupai, yang itulah dicari orang. Sebelah lagi yang tidak ditebuk dijamin kelas A!

Kalau luruh lambat kutip habis kat sang sondol. Inipun jenuh berebut dengan ”sang sondol kaki dua’!

Bila lepas 100 hari membunga, buah yang putik pula kena dijarangkan. Bukan kena makan pil perancang keluarga tapi kena dicantas buang buah yang mula menjangkau seruas jari panjang. Cantas pula kena sabit yang tajam dihujung galah. Sekali tarik sabit mesti putus tangkal putik durian. Kalau tak tajam dan tak putus tangkal boleh sakit pokok. Bila pokok sakit buah pula akan berpenyakit.

Sebab apa kena dijarangkan. Kalau tak jarang buah tak sekata besarnya. Ada besar ada yang kemetot. Kalau tak jarang, buah kurang berzat sebab nak kena kongsi banyak buah. Kalau tak jarang, boleh patah dahan sebelum durian masak betul.

Berapa pula nak keluar kos sehektar dengan 100 pokok ini?

Cukup RM 10 ribu untuk kos mula iaitu bersih hutan, sedia tanah, membaris dan menggali anak lubang serta repair mana patut untuk salir air.

Lepas kos mula ada kos tahunan yang tak sampai RM 2 ribu setahun untuk perbelanjaan anak-anak pokok, baja, racun kawalan dan peralatan lain.

Jangan lupa kira kos tenaga kerja. Perlulah dekat RM 3 ribu setahun. Kos ini meningkat sekali ganda bila sampai tahun buah mula luruh. Ingat mudahkah nak mengandar buah ke jalan besar. Kalau pokok lereng atau atas bukit lagi parah.

Pak Lang Manap pernah bisik-bisik kat aku untuk sehektar selama jangkaan 25 tahun, dia boleh dapat RM 300 ribu iaitu RM 10 setahun. Dengan syaratnya buah kena dijual dengan harga RM 2.00 sekilo. Kalau jual pakai kapuh lagi untung. Itupun setelah ditolak komisyen peraih yang pandai ”berkapuh-kapuh” ini.

Bila Pak Lang sebut pasai kapuh-mengapuh ini teringat kisah aku menjual durian pertengahan tahun 80an di Jalan Stesen Taiping. Dua bulan mulai Oktober hingga November di situ kemudian kami pindah ke Chai Leng Park, Penang sebulan lagi. Aku bukan jual durian bapa dari Batu Kurau tapi bekerja dengan Hj. Din (aruah) dengan buah durian dari Bukit Gantang.

Pagi kami pergi ambik buah dengan salah satunya milik bekas wakil rakyat di Trong. Hj. Din ini ”mengajar” aku dan beberapa budak penjual lain dengan pelbagai tipu-muslihat. Mula-mula jumpa saja pemilik kebun, kami tepuk dahi merunggut semalam buah tak boleh jual, buah dah melambak dan harga dah turun. Kemudian Hj, Din mula kapuh buah, langsung tak ada buah sebiji. Semuanya kapuh 2 biji jadi 1 biji, 3 biji jadi 1 biji hinggakan ada 10 biji sebesar penumbuk jadi 1 biji.! Ingat-ingatkan aku 1 biji kapuh paling mahal awal musim ialah RM 3.00 sebiji. Harganya makin lama makin merundum sehingga seringgit lebih saja. Sedangkan buah yang paling kecikpun sebesar penumbuk boleh dijual dengan RM 1.00 sebiji.

Aku tanya Hj. Din, bolehkah buat macam tu. Hj. Din yang sudah 3, 4 kali pergi Mekah ini jawab, kena buat macam tu sebab berniaga durian untuk makan setahun. Jadi keuntungannya mesti boleh makan sampai setahun. Oh! Macam itupun rupanya menega durian.

Tapi macamana pula yang berkebun durian? Tak faham aku menega macam ni!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Posa dah dekat

Klik pada gambar untuk saiz besar

Bapa tak puas pakai


Bapa tak puas pakai

Mak aku telefon.

“Man, pencukur yang mu beli semalam, pak tak puas pakai. Dia nak pesen lama jenis besi tu. Mak dok cari kat Kedai Mamak depan surau dah tak ada jenis ini. Kedai Pak Wan pun tak ada. Semua jenis plastik saja yang ada.”

Rupanya rekabentuk ciptaan baru tak kira “double blade” ke, pemegang melengkung ke, masih tak terlawan nikmatnya dengan jenis yang lama.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Hang silap Man!


Hang silap Man!

(Berikut adalah email yang aku terima berkenaan posting aku berkaitan rebet 80 kali bayar tol itu. Email dia siap tazkirah aku. Disiarkan tanpa diedit)

Man, rasanya hang sebut pasai aku dalam entry hang berkaitan rebet 80 kali bayar tol itu. Sebabnya aku kerja di Kulim Hi-Tech kilang hang dulu ini, dok di Jelutong dan pakai Accord ulang-alik kerja.

Sebenarnya bukan aku saja dapat rebet itu sebab lalui jambatan dan BKE. Sapa-sapa yang dok belah Prai atau mai dari Prai dan lalui BKE sampai Kulim Hi Tech mesti dapat rebet ini. Di BKE itu ada 2 tol iaitu Tol Plaza Kubang Semang (RM 1.60) dan Tol Plaza Lunas (RM 1.60). Jadi 1 hari lalu 4 tol pergi balik. Seminggu kerja 5 hari lalu 20 tol dan sebulan jadilah 80 kali. Maknanya dapatlah rebet ini.

Sapa yang lalu jambatan macam aku ini bayar tol 120 kali sebulan.

Adik aku yang dok KL apa nama tempat tu pun macam ini jugalah. Dia pi kerja lalu 2 tol. Satu tol 5 kupang, 1 tol lagi seringgit lebih. Dia kerja hari Sabtu alternate. Jadi sebulan dia bayar 88 kali tol.

Hak bawah ini aku cut & paste untuk hang.

Kawan hang

Note – bila nak mai makan-makan kat Hi Tech ini


Erti Syukur secara mudah ialah menghargai dan berterima kasih.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". Surah Yaasin: 73.

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." Surah As-Sajadah: 9.

Erti Syukur secara mudah ialah menghargai dan berterima kasih.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim : 7)
:

Tuesday, July 14, 2009

Hujung minggu di Itali

Bahan-bahan asas.


Siap ada bekas Spagetti lagi - jenis Avon tu!


Tugas aku - perisi Udang.


Udang untuk Sos


Udang baki simpan untuk Nasi Goreng.


Bubuh Sotong sikit.


Untuk menumis. Daging Burger ganti Isi Daging. Majerin ganti Minyak Zaiton.


Goreng Daging Burger.


Bila sudah goreng, cincang kecil-kecil ala dadu.


Sudah siap ditumis.


Seperiuk!


Sos campur Cendawan.


Rebus Sphagetti.


Toskan.

Majerin ganti Minyak Zaitun untuk tak bagi melekat.


Photo finish!

Tukang rasa sedap atau tak sedap.


Sedappppp.......


Aku tak berapa suka Mee Sphagetti tapi boleh selera dengan roti.


Pinggan aku - mee sikit tapi kuah (bahan-bahan) mesti banyak!

Untuk Mak Mertua dan Adik Ipar

Untuk Mak dan Bapa


Hujung minggu di Itali

Ada yang bertanya kepada aku, asyik-asyik makan di kedai saja – orang rumah tak masak ke? Orang rumah seorang aku itu pun kadang-kadang menanya aku – mengapa abang tak pernah suruh dia masak?

Sebenarnya memang aku tak suka orang rumah seorang aku itu masak – malah aku seboleh-bolehnya juga tak mahu mak aku atau mak mertua aku masak. Sebabnya? Bila mereka masak mesti nak masak banyak dan akibatnya “terbungkamlah” aku dengan anak jantan seorang aku itu kekenyangan!

Kalau makan di kedai boleh control. Ambik sepinggan dan tak tambah dah!

Anak jantan seorang aku itu memang selalu suruh ibunya masak terutama Spaghetti. Jadi hujung minggu baru-baru ini “kami pergi ke Itali untuk makan-makan’.

Tengah sibuk menumis, orang rumah seorang aku itu terperasan Serbuk Bolognese tidak ada. Jadi mengenangkan anak jantan seorang itu sibuk study nak Trial UPSR, aku menawarkan diri untuk keluar membelinya.

Keliling Rumah Kedai perumahan aku dan Pekan Kamunting aku cari Serbuk Bolognese ini. Orang rumah aku pesan beli Cap Sri Aji. Tapi satu kedaipun tak tahu apa dia Serbuk Bolognese ini. Maknanya dah kurang satu ramuan, tak apalah janji siap!

Nak rasa Spaghetti orang rumah aku ini? Mailah rumah!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Terlepas lagi!

Disember 2008

19 Julai 2009

Jersey peserta


Design yang mengancam

Untuk 99 peserta yang sampai dulu ke garisan penamat

Jamboree Kedah

NRG SHE Family & Network Day

Terlepas lagi!

Sudah dua tahun menjadi tenaga pengajar di hujung minggu, banyak aktiviti minggu yang tidak dapat aku ikuti. JAS Ipoh sudah mula bising-bising kerana tidak dapat membantu mereka menganjurkan Treasure Hunt tahun ini. Sudah aku cadangkan nama dan company lain untuk menggantikan aku tapi mereka berhasrat juga agar aku mengendalikan acara tahunan mereka ini. Begitu juga UTP di Tronoh dan beberapa agensi lagi. Ini termasuklah beberapa acara motorsport seperti Cub Prix dan rally.

Selain dari menganjurkan dan mengendalikan, aku juga terlepas beberapa acara outdoor yang sepatutnya aku menjadi peserta. Bermula dengan Taiping Jamboree pada Disember tahun lepas diikuti Kulim Hi-Tech Jamboree awal tahun ni. Terbaru ialah UUM-XCR pada 19 Julai 2009 dan diikuti oleh Kedah Jamboree pada 1 Ogos 2009.

Malah get-together gathering Family & Network Day NRG SHO pada 31 Julai – 1 Ogos juga aku terlepas.

Mujurlah, insya-Allah Majlis Santapan DiRaja dengan Sultan Azlan Shah di Ipoh pada jam 8 malam 2 Ogos 2009 akan aku hadiri walaupun kelas hanya berakhir pada petang itu pada jam 4 petang. Majlis sempena Jubli Perak Sekolah Izzuddin Shah dan Raja Perempuan Taayah ini memungkinkan aku bertemu kembali dengan rerakan sekolah yang lama tidak berjumpa di antaranya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/