Wednesday, November 11, 2009

Thumbdrive pertama aku


Thumbdrive pertama aku

Inilah Thumbdrive pertama aku – jenis Trek Thumbdrive Smart 128 MB dengan harganya RM 120.00. Dibeli di Low Yat tahun 2003 rasanya bulan Oktober. Itupun jenuh bertawar dan dibeli tiga biji sekali gus. Aku sebiji. Suhami sebiji dan Suresh sebiji. Rashid pula beli seorang-seorang lepas itu dengan kos RM 150.00.

Suhaimi pakai 2, 3 bulan klip cover patah. Kemudian Rashid punya kaput tak sampai setahun. Aku punya pula elok sampai tahun lepas tapi pagi tadi aku cuba dah kaput pula!

Bayangkan kalau masa itu hendakkan storage 4 GB! 10 biji Thumbdrive 128 MB ini baru 1 GB lebih!

Sekarang 8GB pun tak sampai RM 60.00!

Kami semasa itu baru daftar student post graduate di UKM.

Sekarang aku ada lebih 10 biji Thumbdrive!

1. Kingston 2GB – untuk hal-hal berkaitan pejabat; correspondent, claim, cuti, dll.
2. Kingston 4GB – untuk hal-hal berkaitan Cubprix; track plan, correspondent, permit, technical guideline, dll.
3. Kingston 512 MB – untuk printing di kedai; A1/AO size, dll (student hadiah!)
4. Tak tahu jenis 128 MB – kosong (student hadiah!)
5. Tak tahu jenis 256 MB – kosong (student hadiah dan dah kaput pun!)
6. Kingston 256MB – kosong (dah kaput pun!)
7. Kingston 1GB – untuk storage data, dll.
8. Pendrive 2GB – untuk storage gambar, dll (UUM bagi!)
9. Kingston 512MB – kosong
10. Kingston 8GB – Subjek lengkap kursus & thesis PhD
11. Kingston 8GB – Macam-macam ada!

Tiada dalam gambar – Apacer 8GB baru beli seminggu pada tahun lepas tapi dah buang entah ke mana sebab kaput! Nak claim pula resit dah hilang dan beli kat PC Fair.

Ini tak termasuk External Hard Disk 120GB yang sudah dua kali masuk workshop sebab data corrupt tapi masih boleh diselamatkan lagi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Anak jantan seorang aku itu ada 2 biji dengan 4GB dan 1GB. Manakala orang rumah aku seorang itu 1 biji 4GB.




Rupa kita bila tua nanti…

Rupa kita bila tua nanti…

Kata Dafi...

"Mak saya cakap, kalau nak tengok rupa isteri kita bila dia dah tua, tengok la mak dia..... Bila saya tengok mak awak, senang hati saya......."

Agak-agaknya macamana agaknya rupa kita bila tua nanti?

(Gambar-gambat diterima melalui email)







Prihatinnya rakyat Malaysia


Prihatinnya rakyat Malaysia

Suatu pagi (7.30 am) di Butterworth Kulim Expressway BKE

“Mentera Semerah Padi”

“Mentera Semerah Padi”

(Mengikut alunan lagu dari Sinar FM)

“La, apasai jem pula ni? Apa hal asap hitam itu ?”

Tot tet, tot tet, tot tet, tot tet.



“Ai dah sampai ke abang? Cepatnya!”

“Bukan! Abang tengah jem ni lepas Tol Kubang Semang! Rasanya ada accident kat depan ni. Teruk sampai terbakar kut. Nampak asap hitam je.”

“Accident apa bang? Ada yang mati ke?”

“Alamak Yang, Yang, polis le polis! Nanti abang call lain.”

“Ceh! Bukan polis! Peronda PLUS dengan vest macam polis tu!”




“Nampak dah Yang! Nampak dah!”

"Nampak apa abang?"

“Nampak kereta terbakar! Rentung la Yang!”

“Ada orang mati tak abang?”

”Nanti abang call lain, nanti abang call lain!”

“Pasai apa abang? Ada polis ke?”

“Tak….. abang nak ambik gambar pakai henpon ni. Balik nanti boleh tunjukkan kat Yang!”

“Nanti abang MMS sajalah gambar tu kat saya. Tak sabar nak tengok!”

(Gambar-gambar diterima melalui email)


Saturday, November 07, 2009

Kucingpun dirindu, inikan manusia!


Kucingpun dirindu, inikan manusia!

Di manakah kau Sharlinie?

(Gambar hari ini 7-Nov-2009 di Lorong Sekolah, Ekspo, Kamunting.)

Wednesday, November 04, 2009

Anak jantan aku international football player


Anak jantan aku international football player

Gambar di atas mungkin biasa-biasa saja. Mungkin permainan bola biasa di waktu petang oleh anak-anak muda di kawasan perumahan.

Sebaliknya ianya adalah satu sesi pemanas badan sebelum bermulanya perlawanan antarabangsa!

Kadang-kadang sekali dalam sebulan, padang bola berhampiran rumah aku ini akan diadakan perlawanan antarabangsa. Biasanya di hari-hari lain hanyalah latihan atau hanya main-main yang turut disertai oleh pemain antarabangsa.

Manakan tidak, ada pemain-pemain dari Nepal, dari Vietnam dan yang terbaru malu-malu kucing (sebab anjing sudah habis kena dot dot dot) pemain dari Bangladesh dan India menunjukkan kemahiran masing-masing di padang ini.

Biasanya sekadar berkaki ayam tapi kalau di permainan utama, mereka akan memakai baju seragam walaupun hanya t-shirt kolar bulat pasar malam. Malah ada rerakan yang dijemput menjadi referi dan juga penjaga garisan. Penonton dan sudah tentu penyokong turut hadir. Cuma yang tiada budak bacuh air dan pom-pom girl.

Anak jantan seorang aku juga tidak ketinggalan. Biasanya mengasah kemahiran kakinya bersama-sama pemain antarabangsa ini semasa latihan. Mungkin selepas ini kalau tidak ”dibeli” mungkin dijemput menjadi pemain utama kesebelasan dalam pasukan.

Nampaknya pencapaian dia sudah melepasi ”setakuk” dari aku. Sekarang anak jantan aku itu sudah jadi international football player. Aku sendiri tak pernah main bola dengan dengan pemain antarabangsa ini. Kalau setakat main dengan pelbagai bangsa Jawa, Banjar dan Petani itu biasalah!

lukmanw@gmail.com
htpp://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Singa Popeye?


Singa Popeye?

Pernah dengar Singa Popeye? Aku bertelagah dengan orang rumah seorang aku itu masa makan Chicken Chop (gambar atas) di Cherita Kedai Kopi suatu malam bulan lepas. Seperti biasa anak jantan seorang aku akan jadi supporter kuat aku.

Mungkin telinga kanan aku sudah kurang pendengaran akibat lebih 20 tahun bergelumang dengan bunyi bising mesin kilang dan juga engin kereta dan motor lumba di trek, mati-matian aku mendengar sebutannya sebagai Singa Popeye!

Rupa-rupanya bukan Singa Popeye tapi SINGAPORE PIE!

Apa yang aku tahu nama kuih ini Pai Tee. Biasanya kami makan di Chicken Rice Shop.

Selain dari dikenali dengan Pai Tee, ianya juga dikenali dengan Singapore Pie.

Bertambahlah lagi menu Singapore yang aku tahu selain Beehon Singapore, Rojak Singapore dan kini Singapore Pie.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Gambar-gambar Singa Popeye, ops! bukan! Singapore Pie yang aku cut & paste dari internet.


Tuesday, November 03, 2009

Inipun jadilah!




Inipun jadilah!

Kalau tak ada Roti Kapal, kalau tak ada Roti Kepala Lutut, kalau tak ada Roti Mayat 4-segi, kalau tak ada Roti Merry - Roti Bakar Kahwinpun jadilah!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Hanya RM 1.00 untuk set Kopi-O dan 2-Keping Roti Bakar Kahwin ini di Cherita Kedai Kopi, Bertam Perdana

Usah buta dalam cahaya



Usah buta dalam cahaya

Membaca catatan Adam dalam ruangannya Jarum Emas dalam Berita Minggu Ahad 1 November 2009 baru-baru ini benar mendetikkan hati saya. Mungkin benar katanya; usah buta dalam cahaya.

Bagaimanapun saya masih menganggap posting saya berkenaan hal yang sama dalam blog ini adakah semata-mata penulisan genre satira. Apapun saya bertanggungjawab dengan semua posting dalam blog ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Artikel sepenuhnya;

Metro Ahad 8 Nov 2009
Jarum Emas: ‘Potong’ dipersenda

Iklan ini berunsur humor tetapi ia seperti serampang dua mata, sebabnya apabila sebut perihal ‘potong’ baik orang Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Asli dan pelbagai suku kaum di negara kita sedia maklum ‘potong’ dituju pada Melayu.

‘Potong’ adalah bahasa brutal tetapi sejak zaman nenek moyang kita ia disebut masuk Jawi, sunat atau berkhatan.

Dalam filem pendek Potong Saga garapan Ho Yuhang, judulnya saja cukup untuk kita memahami soal potong.

Potong Saga antara 15 filem pendek popular di You Tube, bilamana seorang lelaki Cina mahu berurusan dengan perbankan Islam tersilap dengar informasi, lalu tiba borang diserahkan, kakitangan bank seorang wanita bertudung dengan wajah kehairanan pandang lelaki itu atas bawah, “U potong rambut cukuplah, yang lain tak perlu potong punya.”

Ada yang menyindir `Potong Saga' itu ‘potong zakar.’ Apa rasionalnya soal `potong' ini dipersenda, saya pun tidak faham walhal potong atau khatan ini adalah antara ibadah murni yang dituntut Islam termasuk dalam lima fitrah.

Antaranya mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak, bahkan masyarakat Yahudi pun mempunyai amalan khatan tersendiri di dalam bahasa Hebrew disebut ‘brit milah’, di dalam loghat ashkenazi disebut ‘Bris Milah’, loghat suku Sephardi disebut ‘Berit Milah’ dan loghat Yiddish pula disebut ‘Bris’.

Masyarakat Yahudi melakukan khatan sejak zaman Nabi Ibrahim dengan penuh adat-adat agama Judais berdasarkan suatu ayat dalam kitab Taurat yang berbunyi;

“And God spoke to Abraham saying: …This is my covenant which you shall keep between Me and you and thy seed after you -every male child among you shall be circumcised.”

(Bab Genesis, ayat ke-12)

Di mana masyarakat Yahudi itu tinggal walau di luar Israel, amalan Brit Milah harus dilakukan. Amalan ini dihukumkan wajib bagi masyarakat Yahudi kerana ia melambangkan identiti keyahudian seseorang Yahudi itu. Meninggalkan amalan ini dipercayai menggugurkan identiti tulen Yahudi.

Natijahnya menonton iklan `potong, potong, potong,' dan filem pendek Potong Saga, kita gelak besar malah ada sahabat saya terbahak-bahak sampai keluar air mata, aksi itu samalah seperti dia menonton Hang Tuah Fail SPM dalam loghat Kedah, tetapi tanpa disedari kita terketawakan diri kita sendiri.

ADAM: Usah buta dalam cahaya.

Roti Kapal cicah Kopi O



Roti Kapal cicah Kopi O

Tiba-tiba aku teringatkan
Mak Long Huduh aku di kampung Batu Kurau.

Teringatkan Kopi-O pekatnya walaupun tidak sesedap Kopi-O Tahi Musang aruah Mak Long Bukit aku.

Teringatkan Roti Kapal Keras yang dicicah (cecah?) dalam kepanasan dan kelikatan Kopi-O itu. Biarkannya meliuk sedikit sebelum disuap ke dalam mulut. Kalau Roti Kapal atau Roti Kepala Lutut memang boleh "main-aci-lok" rendam lama-lama dalam Kopi-O tapi jangan Roti Merry atau Roti Mayat, boleh lembek terus tenggelam! Mahu kena cari sudu nak ceduk balik.

Makan Roti Kapal cicah Kopi-O panas ini pula semasa hujan lebat lepas tengahari atau nak masuk belah petang. Perut masih berkesik dengan nasi. Saja nak bagi hilang rasa mual Kedera Masin atau Pekasam Puyu Goreng Bawang. Ataupun nak kelega sikit kelat lemak jering cambah atau petai muda bakar di lidah. Sebab itulah kena penghirup secawan dua kopi-o.

Kalau belah petang sayup nak masuk Magrib bolehlah percecah Roti Kapal dengan Nyior Parut bergaul garam-gula. Kalau ada lebih Sambal Tumis Petai makan tengahari boleh juga dibuat kawan.

Macamanapun menjamah Roti Kapal cicah Kopi-O sambil kelopak mata mula mengecil merenung titik hujan turun dari hujung zink rumah tengah atau dari sisik atap nipah penjuru dapur memang mengasyikan. Sedar tak sedar tangan terasa bantal. Rupa-rupanya Mak Long Huduh sudah sorong sebiji bantal. Tanpa bertanya, badan terus rebah.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Mengapa Teh atau Teh-O ataupun Teh-Tarik mesti pakai gelas?


Mengapa Teh atau Teh-O ataupun Teh-Tarik mesti pakai gelas?

Tak bolehkah pakai cawan?

Nampak cacat kalau gelas berpiringkan set piring bunga. Lainlah pakai pring kaca juga!

Jawab Hanis, jawab!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

CHERITA Kedai Kopi lagi





CHERITA Kedai Kopi lagi

Masuk pagi ini sudah 4 kali dalam masa 2 minggu ini aku singgah di Cherita Kedai Kopi di Bertam Perdana. Kebetulan selang 1 atau 2 hari aku akan melalui Bertam, sama ada kembali ke Sintok ataupun kerja-kerja luar di Sungai Petani dan Alor Setar. Seperti tahun-tahun sebelum ini, suku terakhir ini padat jadual aku.

Setiap kali bersarapan mesti bayarannya kurang dari RM 10.00. Awal minggu lepas dengan 3 geng Propel Utara, member nak bayar siap keluar RM 20.00 tapi hanya sekeping diambilnya dan masih berbaki. Sabtu lepas kami tiga beranakpun begitu, hanya RM 6.00 untuk set lengkap No. 1, No. 2 dan No. 3 serta tambahan 3 gelas air suam.

Pagi tadi aku bersarapan dengan Set 1, Roti Bakar Kahwin dengan Kopi-0 dan juga Set 2, Beehon Goreng dengan Teh-0 serta tambahan 1 gelas air suam. Bayarannya hanya RM 3.00. Kekenyangannya sudah pasti tak perlu makan tengahari.

Tidak pasti sampai bila tawaran menu set serapan sempena pembukaan kedai ini akan berakhir. Set sarapan 2 dan 3 hanya sehingga pukul 11.00 pagi sahaja. Set 1 sampai malam.

Lepas minum sambil baca surat khabar terhibur juga dengan dialog-dialog dari filem-filem klasik P.Ramlee.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






Monday, October 26, 2009

Pemandangan di udara yang menguja




Pemandangan di udara yang menguja

Kalau naik kapalterbang, biasanya kalau boleh aku memilih untuk didudukkan di bahagian tengah badan kapalterbang, di mana aku boleh melihat pergerakan sayap kapalterbang ini semasa menaik dan menurun. Tidak kiralah sama ada tepi sekali di bahagian tingkap atauun di kerusi tengah ataupun di tepi laluan.

Melihat bilah-bilah kecil di tepi sayap yang mengelopak naik, turun dan naik semula ini benar-benar mengujakan aku.

Teringat kata-kata bekas pensyarah aku semasa di USM, iaitu seorang Prof. Madya dari India yang dialek "air" (udara) disebut "ayeer" dalam kelas subjek Fluid di mana aku terpaksa repeat paper Fluid I tiga kali (tapi Fluid II sekali saja) dan Thermo score pula!

Teringat lagi aku terpaksa bergelut dengan angka-angka dan persamaan-persamaan formula untuk menyelesaikan permasalahan yang melibatkan "drag, terminal velocity, buoyancy force" dan sebagainya.

Mengingatkan aku dengan pengelibatan dalam rekabentuk motosikal dan kereta lumba (termasuk F1) yang mengambil kiraan faktor-faktor aerodinamik ini.

Mengingatkan aku terhadap anak jantan seorang aku itu yang setahun dua sebelum ini ingin tahu semua teknologi ini, dan kini mula mendalami prinsip pembakaran enjin dua-lejang dan empat-lejang.

Adakah dia akan menjejaki aku sebagai mechanical engineer atau automobile engineer? Ataupun seperti yang pernah disuaranya sebagai aerospace engineer?

Aku tidak kisah hatta apapun yang ingin dicapainya. Insya-Allah aku dan kami suami-isteri akan merestui serta mengalakkannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Syabas Pusat Servis Proton Edar Juru



Syabas Pusat Servis Proton Edar Juru

Kini dilengkapi dengan Penyedia Air Panas dan kelengkapan membuat minuman seperti Nescafe, Teh, Gula dan Krimer.

Bolehlah saya mmenunggu sambil membuat kerja dengan laptop saya dan menikmati minuman panas. Cuma wireless connection terlalu lembab dengan "received" cuma 350 (manakala sent 10,438). Nasib baik saya bawa Celcom Broadband!

Ini lebih baik jika dibandingkan kunjungan saya pada bulan Mei 2009 lalu. Klik di sini untuk posting sebelum ini.

Syabas Pusat Servis Proton Edar Juru.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Rothmans Penang GP 1984

Klik di sini untuk cerita lanjut.

Gambar-gambar yang tidak disiarkan.

Berlatar belakangkan papan tanda acara (kamera cokai!)

Makan malam 2 burger kongsi 4 di kedai keluarga Khairul Anuar (Punjab) di Simpang

Selepas makan malam di Nasi Kandar Kassim depan Gama

Mana lagi kalau tak di dalam Komtar

Bersama Kamrul Ariffin, sekarang di Qatar

Dulu tengok race, sekarang organise race!

Bersama Zainal Abiddin KS Mohd, baru ditemui setelah artikel ini disiarkan

Paling best tengok kereta accident

Tembok bangunan yang belum siap masa itu - rasanya hotel sekarang ini