Wednesday, May 06, 2009

Ada penambahbaikan di Proton Edar Juru Auto City


Ada penambahbaikan di Proton Edar Juru Auto City

Aku pernah marah-marah dan membandingkan seumpama langit dan bumi Pusat Servis 3S Proton Edar Juru Auto City ini dengan beberapa pusat servis pengeluar kenderaan jenama lain. Aku juga pernah berterima kasih dan menulis tentang yang positif mengenai pusat servis ini. Malah aku juga mempelajari sesuatu untuk kelas OSH yang aku ajari dari pusat servis ini.

Kunjungan aku baru-baru ini menyaksikan penambahbaikan yang ketara di pusat servis ini. Aku tidak pasti sama ada penambahbaikan ini berhubungkait dengan cadangan yang pernah aku tulis dan masukkan ke dalam peti cadangan di pusat servis tersebut pada suku ketiga tahun lepas atau ada pihak-pihak tertentu yang membaca runggutan aku di dalam blog ini pada Disember tahun lepas.

Ruang pelanggan menunggu kini diubah keseluruhannya dari hanya menghadap lebuhraya dan barisan penasihat servis ke ruang yang sepatutnya iaitu berhadapan cermin pandang terus ke bahagian servis. Set tv juga diubah ke sini.

Suratkhabar juga rasanya sudah terdapat beberapa jenis dan tidak perlu lagi berebut dengan salesman-salewoman di situ. Majalah pula tidak kelihatan!

Memandangkan servis untuk Pesona aku yang telah menjangka 30 ribu kilometer itu memakan masa 3 jam, aku menghabiskan masa menunggu aku dengan menyiapkan tugasan merekabentuk semula trek lumba Melaka International Motorsport Circuit.

Pada masa yang sama aku berpeluang melayari internet percuma di sini.

Syabas Pusat Servis 3S Proton Edar Juru Autocity terhadap penambahbaikan ini.

Namun begitu Pesona aku masih bermasalah yang sama berulangkali. Bonet belakang kadang-kala dan kerap sukar dibuka menggunakan kunci yang mengakibatkan anak kunci sudah bengkok. Pengendali volume suara pada steering sudah dua kali rosak. Agaknya bila masalah remeh temeh ini akan selesai!

Hati aku kemudiannya ”disejukkan” apabila makan Bawal Goreng di Warung Kelapa Sawit. Pelanggannya yang sesak akibat hujan baru sahaja berhenti menyebabkan aku terpaksa makan bawal di bawah pokok kelapa sawit dengan sekali-sekala renjisan rintikan air hujan dari daun kelapa sawit.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: