Monday, December 28, 2009

Radix Oriental Cuisine, Sungai Petani



Radix Oriental Cuisine, Sungai Petani

Teruja dengan cerita Anjang pasai Radix Oriental Cuisine, di Sungai Petani. Maka petang tadi kami 3 beranak buat pertama kali melangkah masuk ke restoran masakan Cina milik HPA ini.

Kebetulan 2 hari ini saya dijemput present paper di seminar OSH di Swiss Garden Inn Sungai Petani. Radix Oriental Cuisine ini terletak di sebelah kanan persimpangan jalan menuju ke Swiss Garden Inn.

Oleh kerana seminar ini akan berakhir keesokan hari selepas makan tengahari yang disediakan secara buffet di hotel, kami mengambil keputusan keluar untuk makan malam di Radix Oriental Cuisine ini walaupun sememangnya makan malam telah tersedia secara buffet di hotel.

Kesimpulan yang dibuat. Berbaloi tidak makan di hotel. Kelazatan di Radix Oriental Cuisine ini hanya boleh diceritakan sendiri sesiapa yang menikmatinya. Harganya berpatutan. Apa yang penting ialah makanan menu Cina yang boleh dinikmati tanpa was-was dan disediakan dari bahan mentah yang sihat.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Menu pilihan kami secara pakej ialah:

Nasi Puteh
Ikan Siakap Goreng
Ayam Manggo
Prawn Butter
Sayur Campur
Teh Herba

Dengan tambahan:

Radix Kopi
Radix Cola Ais
Ais Kosong

















Sunday, December 27, 2009

Khop Khun Khap - Mai Pern Rai

Khop Khun Khap - Mai Pern Rai

(Ehm, ehm, sehari-dua ini aku dan anak jantan seorang aku itu sibuk mengulang-kaji bahasa Tok Nenek aku (belah mak aku Patani!) - sebabnya minggu depan aku beritahu!)

Basic words: sub-peun-tarn

Yes = chai
No = mai-chai/mai-oua
Thank you = kob-khun
Thank you very much = kob-khun-mark
You're welcome = mai-pen-rai
Please = ka-ru-na
Excuse me = kor-tose/kor-a-nu-yart
Hello = sa-wat-dee
Goodbye = lar-korn
So long = narn/yao-narn
Good morning = sa-was-dee-torn-chao
Good afternoon = sa-was-dee-torn-bai
Good evening = sa-was-dee-torn-khum
Good night = ra-tree-sa-was

I do not understand = chan-mai-kao-jai (f) pom-mai-kao-jai (m)
How do you say this in [English]? = khun-ja-pood-nee-pen-[pa-sa-ang-glish]-wa-young-lai?
Do you speak ... = khun-pood ...?
English = pa-sa-ang-krit
French = ps-sa-fa-rang-sez
German = ps-sa-yer-re-man
Spanish = ps-sa-spain
Chinese = ps-sa-jeen

Khay = Siapa / Teloq (ikut nada sebutan)
Kai = Ayam
Phat = Goreng
Phat Phrik = Goreng Berlada (kt kedai mkn selalu tulih patprik)
We'la = Masa
Tho rasap = Telepon
thang mut leaw= duit dah habih.
puuying= pompuan
Taang Mai Mi = Tak ada duit.
Phu Chai = Lelaki.
kin = makan
kin kau = makan nasik
chang = gajah (Chang Beer hat dok sponsor Everton tu...).
soi - lemu.
chan rak thee = I Love You
khau = masuk / nasik
Hua Hin pai teeinai? = Hua Hin nak p kot mana?

Khop Khun Khap = Terima kasih
kalau orang sebut kat kita "korp khun karp" kita jawab la balik lagu ni...
"mai pern rai" = tak kisah atau no hal lah

Pai Danok..kin kau patprik
Jom pi Danok makan nasi goreng berlada...

may ow... - Tak mau ....

py doo - pi tengok
py doo kan eng - pi tengok sendiri ( gerakan solo)
wan nee - arini
proong nee - isuk
doo see-tengok sini
doo nan - tengok sana
dern nam-minum ayaq, makalu pak thai depa boh kin nam aje, buleh jugak tapi direct translation makan ayaq ler...
natee - minit. lagu loso, 5 natee (ha natee)
phown thock - ujan turun
nam thock - ayaq terjun
thock - jatuh/gugur
nuat - picit/urut
pai tiow krung thep - jom pi jalan di Bangkok

I = chan (f), phom (m)
We = puak-lao
You (singular, familiar) = khun
You (singular, formal) = khun
You (plural) = khun
They = puak-kao
What is your name? = khun-cheu-ar-rai
Nice to meet you. = dee-jai-tee-dai-pob-khun
How are you? = khun-sa-bai-dee-mai?
Good = dee
Bad = mai-dee
So so = kor-young-narn-lae

Wife = pun-la-ya
Husband = sa-mee
Daughter = look-sao
Son = look-chai
Mother = mae
Father = por
Friend = phuan

Where is the bathroom? Where is the toilet? = hong-nam-you-tee-nai?

Numbers : tua-lek
(English = pa-sa-thai)

zero = soon
one = neung
two = sorng
three = sarm
four = see
five = ha
six = hok
seven = jed
eight = pad
nine = kao
ten = sib
eleven = sib-ed
twelve = sib-sorng
thirteen = sib-sarm
fourteen = sib-see
fifteen = sib-ha
sixteen = sib-hok
seventeen = sib-jed
eighteen = sib-pad
nineteen = sib-kao
twenty = yee-sib
twenty one = yee-sib-ed
thirty = sarm-sib
forty = see-sib
fifty = ha-sib
sixty = hok-sib
seventy = jed-sib
eighty = pad-sib
ninety = kao-sib
one hundred = neung-roy
one thousand = neung-pan
one million = neung-larn
Shopping/Diningai: jub-jai/ar-harn
(English = pa-sa-thai)

How much does this cost? = nee-la-ka-tao-lai?
What is this? = nee-keu-ar-rai?
I'll buy it. = shun-ja-seu-mun
I would like to buy ... = shun-tong-karn-ja-seu
Do you have ... = khun-mee-...-reu-plao?
Do you accept credit cards? = khun-rub-brat-credit-reu-plao?
Open = peut
Closed = pid
Postcard = praj-sa-nie-brat
Stamps = sataem
A little = nit-noi
A lot = maak
All = thung-mode

Breakfast = ar-harn-chao
Lunch = a-haan-tiang
Dinner = ar-harn-yen
Vegetarian = mung-sa-vi-rat, kin-ahaan-tjee
Kosher = ??
Cheers! = chook-die
Please bring the bill. = khep-tang, check-bill

Bread = ka-nom-pang
Beverage = kreung-deum
Coffee = ca-fae
Tea = naam-chaa
Juice = naam-pom-la-mai
Water = naam
Salt = klua
Pepper = prig-thai
Meat = neur-sat
Beef = neur-vouv
Fish = neur-plaa
Poultry = kai, ped
Vegetable = phak
Fruit = pom-la-mai
Potato = man-fa-rang
Salad = salad
Dessert = kong-wang
Ice cream = ice cream

pai nai = pi mana?
lop baan = balik kampung
khop khun khap/khah = terima kasih

pai nai lok pang - tak kenai jgn tumpang
khap khun kap - naik kot tangga terjun kot tingkap

Naam roon = ayaq panas
Namm jiin = ayaq sejuk

Travel: tong-tiew
(English = pa-sa-thai)

Where is ...? = ...-you-tee-nai?
How much is the fare? = ka-douy-sarn-tao-rai?
Ticket = tua
One ticket to ..., please. = pai...neung-tee
Where are you going? = khun-kum-rung-pai-nai?
Where do you live? = khun-you-tee-nai

Train = rod-fai
Bus = rod-may
Subway, Underground = rod-fai-tai-din
Airport = sa-narm-bin
Train station = sa-tarn-nee-rod-fai
Bus station = pai-rod-may
Subway station, Underground station = sa-tarn-nee-rod-fai-tai-din
Departure = ork-pai
Arrival = ma-teung
Car rental agency = bor-ri-sat-rod-chao
Parking = tee-jord-rod

Hotel = rong-ram
Room = hong
Reservation = jong
Are there any vacancies for tonight? = imee-hong-wang-sum-rub-keun-nee-mai?
No vacancies = mai-mee-hong-wang

Passport = passport, nangsue-deun-thaang

Directions : shee-tang
(English = pa-sa-thai)

Left = saaj
Right = khwaa
Straight = trong
Up = keun
Down = long
Far = klaj
Near = klaj
Long = yao
Short = sun
Map = phaen-tie
Tourist Information = kor-moon-sum-rub-huk-tong-tiew
Post office = tee-tum-karn-plai-sa-nee
Museum = pi-pit-ta-pan
Bank = ta-na-karn
Police station = sa-thaan-nie-tam-roewat
Hospital = rong-pa-ya-barn
Pharmacy, Chemists = ran-kai-ya
Store, Shop = ran-kai-kong
Restaurant = raan-ahaan
School = rong-rien
Restrooms = hong-naam
Street = ta-nonn
Square = ja-tu-rus
Mountain = pou-kao
Hill = teurk-kao
Valley = hoob-kao
Ocean = ma-ha-sa-moot
Lake = ta-le-sarp
River = mae-nam
Swimming Pool = A sa-waaj-naam
Tower = teuk
Bridge = sa-parn
Time and Dates: we-la-lae-wan
(English = pa-sa-thai)

What time is it? = nee-va-la-ar-rai? Kie-mong?
7:13, Seven thirteen = jed-mong-sib-sarm
3:15, Three fifteen = sarm-mong-sib-ha
3:15, A quarter past three = sarm-mong-sib-ha
11:30, Eleven thirty = sib-ed-mong-sarm-sib
11:30, Half past eleven = sib-ed-mong-kreung
1:45, One forty-five = neung-mong-see-sib-ha
1:45, A quarter till two = neung-mong-see-sib-ha

Day = wan
Week = sub-pa-daa
Month = deun
Year = pee

Monday = wan-tjan
Tuesday = wan-ang-kaan
Wednesday = wan-phoet
Thursday = wan-pha-ru-hat-sa-boh-die
Friday = wan-sook
Saturday = wan-sao
Sunday = wan-ar-tit

January = mak-ka-ra-kom
February = koem-phaa-phan
March = mee-na-kom
April = me-saa-jon
May = phut-sa-phaa-khom
June = mi-tu-na-yon
July = ka-rak-ka-da-kom
August = sing-ha-kom
September = kun-ya-yon
October = tu-la-kom
November = phut-sa-tji-kaa-jon
December = than-waa-khom

Spring = reu-doo-bai-mai-pli
Summer = reu-doo-ron
Fall, Autumn = ru-doe-baj-maj-roewang
Winter = reu-doo-nao

Today = wan-nee
Yesterday = mua-waan-nie
Tomorrow = phroeng-nie

Birthday = wan-kert
Happy Birthday! = sook-san-wan-kert!

Pergi mana lama tak nampak Pai nai nan maihin
Saya tiada peluang Phom mai wang
Inche chuti kerja hari apa? Khun jud ngan wan aria ?
Saya chuti kerja hari Jumaat Phom jud ngan wan Suk
Mengapa tidak mari hari Ahad ? Thammai maima wan Athid
Hari Ahad ada apa ? Wan Athid mi aria ?
Hari Ahad ada orang banyak Wan Athid khon mak
Bersangkut apa dengan orang? Khiu aria kab khon?
Mengapa kelmarin tak mari ? Thammai meawan mai dai?
Saya chuti kerja tak boleh Phom la ngan dai mai ?
Mari tidak boleh Ma mai dai
Mengapa ? Tham mai ?
Saya hendak mari pagi Jumaat Phom cha ma chau wan Suk
Mengapa mari pagi ? Tham mai ma chau ?
Se-belah pagi tak ada orang Thon chau mai mi khon
Mengapa takut orang Tham mai klua khon ?
Saya malu pada orang Phom ai khon
Kita orang jangan malu Rau khin mai thong ai
mai mi / ha mai - tak ada
Phom - saya
Rau - kita
mai toang - tidak perlu
ai - malu
pai nai - pi mana
naan - lama
mai - tidak
hen - nampak
waang - luang (selalu berkait masa) / hamai waang - tak ada masa/keluangan
jud - rehat/berhenti (terpulang kepada ayat)
ngaan - kerja/kenduri
Buah durian Luk tukrian
Buah langsat Luk langsak
Buah mempelam Luk ma’muang
Buah mata kuching Luk lamjai
Buah machang Luk la’mud
Buah nangka Luk khenun
Buah tembikai Luk tengmo
Buah timun Luk teng kewa
Buah petai Luk tor
Buah jering Luk niang
Buah terong Luk ma’ khea
Jagong Kha pod
Beras pulut Khau niu
Pulut hitam Khai niu dam
Kachang Thua
Rosak Sia
Burok Nau
Masam Som, priu
Manis Wan
arai cin cin maliau - bagus sudah datang
Phom chak rab khau - saya menjemput / selamat datang

Yang! Abang nak kahwin satu lagi!

Yang! Abang nak kahwin satu lagi!

Kaji dulu langit dan bumi. Semuanya aman. Angin berhembus sepoi-sepoi. Matahari pula tidak membahang. Semuanya aman sentosa. Kumat-kamit sikit. Hembus sana-sini mana yang patut!

Kaji dulu sifat wanita. Semuanya sempurna. Kitaran hari telah dikira walaupun ingat-ingat lupa. Telekung masih belum dibasuh memberi tanda ”mood”nya tidak terganggu.

”Yang! Abang nak pinjam duit sikit!” cakap perlahan-lahan. Lembut gigi dari lidah!

”Berapa abang nak?”, ayat standard dari isteri aku seorang itu. Biasa le itu. Maklumlah rekod repayment bagus!

”Abang nak buat apa? Yuran PhD tu baru aja bayar minggu lepas. Duit Cub Prix baru dapat. Duit claim mengajar pun baru dapat aja kan?” Tanyanya lagi.

”Abang nak kahwin satu lagi le Yang!”

………………..

”Berapa ribu abang nak?”

Betul ke orang rumah aku seorang ini nak bagi!

”Abang nak RM 12 ribu!”

”RM 12 ribu! Mak oooi! Abang nak kahwin anak dara ke?”

’Janda! Hantaran RM 7 ribu. Perbaik apa patut RM 2 ribu. Balance RM 3 ribu lagi sepersalinan lengkap serba puteh dari atas kepala hingga seluar. Kasut paras lutut itu saja warna hitam.”

”Janda siapa abang? Kenapa tak cari anak dara?”

”Janda polis! Ada anak dara tonggek takut tak larat nak celepak naik hari-hari. Ada anak dara tangan panjang takut tak larat angkat bahu!”

”Ini mesti Cikgu Azmi yang rekomen ini!”

Tahu tak apa. Memang semenjak aku cerita pasai Cikgu Azmi yang sama-sama berlakon dalam filem Pelumba Malam sebagai Mat Motor (Superbiker) terjumpa balik aku dalam alam siber (blog), orang aku seorang aku itu sudah kerap bertanyakan bila lagi aku nak start bali k hobi aku semasa zaman bujang dahulu.

Semenjak dua menjak Cikgu Azmi sudah mula ”mengayat” aku.

Marilah sama-sama beristerikan satu lagi. Jangan pilih anak dara! Bukan sahaja mak oi mahal dan maintenance tinggi, shape badannya sahaja boleh patah pinggang kalau celapak naik.

Pilih sahaja janda jenis telanjang depan! Biar dada mendepang keluar lagi senang nak mantenance. Janda polis lagi bagus! Bukan saja hanya boleh naik solo, lengkap lagi kopek kiri kanan!

Jangan salah anggap! Kalau sekali-sekala nak lepas gian, janda polis ini boleh perah sampai habis jarum jam lagi! Kalau hati masih berani macam geng Daya Bumi 80an dulu, siap boleh peluk perut ”Kuda Puteh” ini sambil gesek kepala lutut! Kalau hati kering le!

Klik sini kalau nak tengok Cikgu Azmi dengan isteri keduanya iaitu janda polis! Serba puteh!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Saturday, December 26, 2009

Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus!


Bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus!

Tidak dapat dibayangkan kalau petang tadi (hari ini) tiada "Jump cable" ini dalam bonet kereta saya!

Sedangkan di awal pagi hari ini saya mengajar mereka agar bersedia sepatutnya menghadapi kecemasan.

Sedangkan di awal pagi hari ini saya memberitahu mereka apa yang patut ada dalam kenderaan yang dipandu harian.

Sedangkan di awal pagi hari ini saya membincangkan Case Study kemalangan maut di Kota Bahru Mall.

Mujurlah saya bukan ketam mengajar anaknya berjalan lurus!

Atau mungkinkah memang begitu cara ketam (dan anak ketam) berjalan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Santun Melayu telah hilang di Chowrasta


Santun Melayu telah hilang di Chowrasta

Sabtu lepas, ketika jam menghampiran 6 petang, kami 3 beranak tercegat di hadapan warung Takua Goreng tepi Chowrasta Penang itu.

Kerusi-kerusi semuanya penuh berpenghuni. Di satu sudut kelihatan satu keluarga bersiap-siap untuk bangun. Kami bergerak menghampiri mereka.

Sisuami (rasanya) bangun. Aku terperasan sepasang cermin mata hitam terlindung di sebalik gelas minuman. Aku menyapa dan menghulurkan cermin mata tersebut.

Tiada sepatah perkataanpun keluar dari "mulut mengulum emas" sisuami. Tiada basa-basi. Tiada riak senyum di muka.

Siisteri (rasanya) bergegas mendukung anak kecil. Sebelah kasut anak kecil ini terjatuh dan tidak disedari oleh siisteri dan juga sianak kecil yang mungkin tidak mengerti apa-apa.

Anak jantan seorang aku itu bangun dari kerusinya lalu mengutip kasut itu dan menyapa serta menghulurkan kasut tersebut.

Tiada sepatah perkataanpun keluar dari "mulut mengulum emas" siisteri. Tiada basa-basi. Tiada riak senyum di muka.

Santun Melayu telah hilang di Chowrasta.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Thursday, December 24, 2009

Ilmu yang murah di Rope Walk



Ilmu yang murah di Rope Walk

Di Rope Walk atau Pasar Lambak, Lorong Kulit belakang stadium di Pulau Pinang itu bukan sahaja menjual barangan lusuh dan terpakai, buah-buahan dan segala maneka aksesori dari China. Tetapi ianya juga pusat ilmu yang murah kalau kita rajin mencari dan membeleknya.

Lawat di sini untuk cerita lanjut.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Wednesday, December 23, 2009

Kalau ada 2 enjin jet bagus juga sebab aku ada 2 kereta!

Sapa nak jual enjin jet? Aku nak beli satu!

Al-Fatehah Azizan Mustafa




Al-Fatehah Azizan Mustafa

Pagi Ahad lalu saya menerima beberapa panggilan telefon dari geng 4x4. Suasana binggit di trek Cub Prix Padang Kota Lama, Penang menyebabkan saya tidak dapat mendengar deringan-deringan telefon ini. Sementelah pula pendengaran saya juga sedikit bermasalah.

Rupa-rupanya panggilan demi panggilan itu untuk mengkhabarkan seorang expert dalam 4x4 ini yang juga rakan karib dan guru 4x4 saya iaitu Azizan Mutafa telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam Sabtu.

Saya difahamkan pada siangnya beliau masih dalam bidang 4x4 ini iaitu membantu Kelab 4x4 Taiping (TORC - Taiping Offroad Club) dalam satu aktiviti di Taman Tasek Taiping.

Mustafa juga baru menjalani pembedahan "bypass" di IJN pada pertengahan tahun ini. Beliau adalah seorang jurulatih memandu di Sekolah Latihan Memandu PDRM, Ulu Kinta, Ipoh.

Saya sendiri telah merancang beberapa acara yang sepatutnya diadakan pada Disember ini yang melibatkan Azizan tapi kerana kesuntukkan masa, ianya terpaksa ditunda ke tahun hadapan. Malah beliau juga cuba menyelesaikan masalah pendaftaran sebuah Land Rover Defender 110 miliknya sebelum bercadang untuk menjualnya kepada saya.

Callsign Mustafa ialah 9W2ZMB.

Al Fatehah.


Gambar-gambar di atas ialah semasa Program Train & Drive untuk pemandu-pemandu dari Pejabat Kesihatan seluruh Malaysia yang diadakan di Hutan Belum. Saya turut dijemput sebagai instruktur.

Tuesday, December 22, 2009

Sudah remaja rupanya anak jantan seorang aku itu



Sudah remaja rupanya anak jantan seorang aku itu

Rasanya seperti tahun lepas aku melaungkan azan ke telinganya di hari kelahirannya. Masih terasa terketarnya tapak tangan aku yang memangku dia yang berat hanya 1.75 kg! Masih terasa panasnya lelehan air mata aku yang sayu melihat lehernya hanya di ibujari kananku dan hujung jari kakinya hanya di kelengking jari kiriku! Saiznya ketika itu hanyalah sebesar dua tapak tanganku!

Rasanya seperti bulan lepas melihatnya bangun, jatuh dan bangun semula.

Rasanya seperti minggu lepas melihatnya didukong oleh M. Megananthan (juara Cub Prix 1994, 95, 99 & 2000) dan diacah-acah oleh Wazi Abdul Hamid (juara Cub Prix 1996).

Rupa-rupanya Ahad lepas, apa yang nyata dan pasti ketinggian anak jantan seorang itu sudah menghampiri ketinggian M. Megananthan!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

*Ketika rakan sebayanya mula memilih idola mereka seperti Siti Nurhaliza dan Rosyam Noor - anak jantan seorang aku ber-idola dengan Michael Schumacher dan Valentino
Rossi.

Brunei Darussalam 14 - 15 Disember 2009


Brunei Darussalam 14 - 15 Disember 2009

Nasib baik Memory Card XD yang merakamkan gambar-gambar percutian di Brunei dapat di-recovery balik data-data yang hilang secara tak sengaja. Hampa juga jika 246 gambar yang telah diambil hilang begitu saja. Terima kasih kepada rakan di Changlung yang me-recovery-kan data-data secara percuma pula tu!

Kisah sebelum ini boleh dilihat di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pantai Seri Kenangan @ Pantai Tuntong

Bersama kenalan baru sekeluarga di Brunei yang telah mengambil cuti dan sudi membawa kami bersiar-siar!

Hadapan pintu Bangunan Alat Kebesaran DiRaja Brunei

Kasut-kasut yang ditinggalkan oleh pengunjung tetapi tidak pernah hilang!

Hanya di paras bawah berhadapan pintu masuk dibenarkan bergambar

Hadapan replika Usungan Di Raja (Royal Chariot) yang bersalut emas

Anak kenalan baru yang manja

Antara alat kebesaran DiRaja yang bersalut emas

Hadapan Usungan DiRaja

Sisi tepi Usungan DRaja

Pedang & perisai pengawal iringan Usungan DiRaja

16 Awang-awang

Ruang bawah bangunan

Antara kubah Masjid Jamek Asri yang bersalut emas

Sisi kubah yang bercahaya indah di waktu malam

Hadapan pancur air ruang bawah sahaja dibenarkan bergambar

Lima pancur air sebagai simbol Lima Rukun Islam

Berbalut di belakang ialah tangga elektrik khas untuk Sultan jika hadir ke masjid

Susur Jalan Berbumbung dan pada masa yang sama ruangan untuk rak kasut

Setiap arah laluan ke masjid terdapat Susur Jalan sebegini

Bot laju di Kampung Air

Pengangkutan harian kepada penduduk di sini

Berlatar belakang pemandangan Kampung Air

Kampung Air dengan komuniti yang lengkap

Sekolah Menengah di atas air. Mesti ada yang buat alasan pensil jatuh dalam air, kata anak jantan saya seorang itu!

Tak pasti bagaimana sistem tandas sekolah di sini!

Balai Bomba di atas air. Walaupun di atas air, perkhidmatan bomba tetap diperlukan

Sekolah Rendah

Kenderaan di tanah besar sama milik penduduk Kampung Air atau yang pergi bekerja di Kampung Air

Di hadapan Yayasan Food Court dan beberapa pusat membeli belah di sekelilingnya

Dalam apa-nama Mall itu sudah lupa namanya!

Masakannya banyak bercirikan Indonesia









Menu Urat paling popular di sini

Restoran makanan segera

Antara cenderahati berbentuk replika




Muzium Brunei di Kota Batu (selepas Kampung Air)

Muzium yang lengkap dengan koleksi arkeologi, salasila DiRaja, Seni Islam dan Melayu Brunei serta sejarah dan teknologi minyak

Hanya di ruangan legar sahaja boleh bergambar



Hampir semua tempat lawatan ini menyediakan perkhidmatan laci percuma

Berhadapan Istana Sultan Hassanal Bolkiah. Di dalam lengkap dengan tapak pendaratan helikopter dan padang polo

Dengan Toyota Vios inilah kami mengelilingi Bandar Seri Begawan (Harga Vios di sini sekitar B$22K atau RM 55K!)

Nasi Katok Mama yang terkenal di Brunei hanya B$1.00 serta banyak cawangannya

Nasi Katok (Nasi Ekonomi) dengan Seketul Ayam Goreng yang besar, Sambal Pedas dan Nasi Puteh (beras wangi).