Sunday, January 30, 2011

Akhirnya mendarat di Kamunting


Akhirnya mendarat di Kamunting

Setelah transit dari Bandar Baru Bangi Jumaat lalu, ianya selamat mendarat di Kamunting malam tadi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Program Sehari Bersama Pelajar Pondok 19 Feb 2011 Sabtu


Program Sehari Bersama Pelajar Pondok
Tarikh: 19 Februari 2011 Sabtu
Tempat: Sekolah Pondok Bandar Hilir Teloi Tua, Sik, Kedah

Kepada mereka yang ingin menyertainya atau membuat sumbangan, sila rujuk di sini

Nasi Lemak Matton pun dah ada FB


Nasi Lemak Matton pun dah ada FB

Pagi tadi aku, orang rumah dan anak jantan aku seorang itu bersarapan dan memerangkap makan tengahari Nasi Lemak Bungkus Matton sebelah Petronas Kamunting. Rujuk gambar atas - yang kosong (tak ada sambal itu) kami punya sebab sambal tumis ikan bilis asing. Lauk tambahan pula 1 Sotong Badan dan 1 Sotong Janggut serta sebungkus Parpadom.

Kata anak perempuan Matton – Nasi Lemak Matton pun dah ada FB!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Nasi Lemak Bungkus Ikan Masin Laybay Plus Bukit Gantang Utara


Nasi Lemak Bungkus Ikan Masin Laybay Plus Bukit Gantang Utara

Setelah agak kerap menikmati
Nasi Lemak Bungkus RM 1.00 Gerai Kafe Esiah di R&R Rawang, seorang kenalan mempelawa aku untuk mencuba Nasi Lemak Bungkus Ikan Masin di Laybay Plus Bukit Gantang Utara Gerai No. 14.

Sememangnya aku pernah berhenti makan Nasi Lemak Bungkus di sini yang juga berisi Ikan Masin tetapi di gerai bersebelahan. Ini kerana Nasi Lemak Bungkus di Gerai No. 14 ini sentiasa kehabisan.

Minggu lepas, aku singgah di sini sekitar jam 6.30 petang dan berpeluang menikmat Nasi Lemak Bungkus Ikan Masin ini. Makan 2 bungkus dan tapau bawa balik 4 bungkus lagi!

Rasanya? Kena cuba sendiri baru tahu :-)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






Saturday, January 29, 2011

Vintage Car MG untuk dijual


Vintage Car MG untuk dijual

Kawan saya di Taiping, Mr. Anthony, seorang mekanik dan juga collector kereta klasik/vintage ingin menjual sebuah kereta vintage MGB 1966/67 Twin Cam.

Pada awal tahun 2000 (dan sebelumnya juga) kawan ini dan saya sering bersama-sama mengambil bahagian dalam perarakan kereta klasik/vintage sekitar Taiping dan Ipoh. Ketika itu beliau gemar membawa Morris Minor Split Screen yang mempunyai pop-up signal di kedua-dua belah sisi pintu. Morris Minor ini masih lagi digunakannya hingga ke hari ini.

MGB ini baru sahaja menjalani restoration dengan enginnya fully overhauled pada tahun lepas. MGB ini sering digunakan untuk membawa pengantin ataupun ketua jabatan (termasuk gurubesar) pada hari persaraan.

Kepada yang berminat boleh hubungi terus Mr. Anthony 012 583 2494. Harganya sekitar RM 50,000.00 dan masih boleh dirunding. MGB ini ada di Taiping sekarang ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/








Friday, January 28, 2011

Mendarat di Masjid Seksyen 9 Bandar Baru Bangi



Mendarat di Masjid Seksyen 9 Bandar Baru Bangi

Pelbagai model kapalterbang dari merata negara telah "mendarat" di Masjid Seksyen 9, Bandar Baru Bangi semasa aku singgah solat Jumaat tadi.

Selepas solat aku bawa balik Mas Boeing 737 888 dan Air Asia-X Airbus A330 300. Harganya jauh berbeza kalau beli di udara.

Paling menarik, penjualnya arif dengan semua model yang dijualnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Larangan membawa bendera pada kenderaan

Gambar hiasan

Larangan membawa bendera pada kenderaan

Semalam dilaporkan polis melarang membawa bendera pada kenderaan.

Sebenarnya saya sudah lama bersetuju dengan larangan ini. Rujuk
di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Juice Timun + Madu



Juice Timun + Madu

Sekarang saya sedang santai menunggu Zohor untuk ke solat Jumaat di masjid berdekatan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini. Dalam Restoran Old Timer Kopi aku belek-belek menunya.

Tertarik dengan menu Juice Timun + Madu @ RM 3.80, aku mengordernya.

Boleh tahan rasanya! Biasanya di rumah timun hanyalah ulam wajib atau dimakan bercicah kuah rojak. Ada juga dipotong bulat nipis untuk penutup mata orang rumah aku seorang itu!

Balik Taiping boleh cuba menu ini dengan orang rumah dan anak jantan aku seorang itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Wednesday, January 26, 2011

Tuesday, January 25, 2011

Program Sehari Bersama Pelajar Pondok 19 Feb 2011


Program Sehari Bersama Pelajar Pondok
Tarikh: 19 Februari 2011 Sabtu
Tempat: Sekolah Pondok Bandar Hilir Teloi Tua, Sik, Kedah


Salam semua.

NGO Warga Kilang dan beberapa NGO/ Persatuan lain (akan diumumkan kemudian) akan bersama dalam Program Sehari Bersama Pelajar Pondok pada 19 Februari 2011 Sabtu di Sekolah Pondok Bandar Hilir Teloi Tua, Sik, Kedah.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini.

Berikut adalah aturcara, latarbelakang sekolah dan cadangan barangan yang boleh disumbangkan.

Tuan/puan/sdr/sdri. yang berkelapangan (sama ada individu, keluarga ataupun mana-mana NGO/persatuan) pada hari tersebut juga turut dijemput hadir bersama-sama bergotong-royong dan berkenduri gulai kawah pada hari tersebut. Kedatangan hendaklah dimaklumkan kepada Mohd Shukri (ees_herbs@yahoo.com)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


ATURCARA

0730~0800 Berkumpul di Kulim Hi Tech Park Parking Lot
Bertolak ke Teloi Tua melalui Kuala Pegang-Parit Panjang-Teloi Tua
0900~0930 Taklimat dan Pembahagian kerja
0930~1230 Gotong Royong / cat dan membersih bangunan utama
1230~1330 Makan tengahari
1330~1400 Solat Zohor
1400~1500 Tazkirah dari Ustaz Ismail Mahmud, Pengetua Sekolah Pondok
1500~1630 Sesi Motivasi pelajar
1630~1655 Jamuan petang
1655~1715 Solat Asar
1715~1750 Majlis Penutup. Penyampaian kitab-kitab dan sumbangan barangan/makanan
1800 Bersurai


LATAR BELAKANG SEKOLAH

• Pelajar lelaki (13 ~ 18 tahun) 160 orang
• Pelajar perempuan (13 ~ 18 tahun) 50 orang
• Warga Emas/Ibu Tunggal/Muallaf 20 orang
• Jumlah pelajar semua 230 orang
• Tenaga pengajar 14 orang
• Yuran pengajian RM 20.00 sebulan
• Masak sendiri atau makan di kantin RM 150.00 sebulan


CADANGAN BARANGAN YANG BOLEH DISUMBANGKAN


1. Kitab-kitab pengajian (senarai kitab seperti di bawah)
2. Peralatan mengecat seperti seperti berus cat (pengolek), dll
3. Peralatan gotong royong penyapu, berus longkang, cangkul, pencakar, penyeduk, kereta sorong, dll
4. Peralatan menulis seperti buku latihan, pen, pensil, dll
5. Peralatan mengajar seperti white board, marker, dll
6. Bekalan makanan kering seperti beras, tepung, gula, ikan bilis, ikan sadirn tin, minyak masak, bawang, kentang, dll.
7. Pakaian baru seperti kain palekat, kain batik, telekung, sejadah, dll
8. Peralatan membersihkan diri dan pakaian seperti tuala mandi, sabun mandi, sabun basuh, berus dan ubat gigi, berus pakaian, timba, dll
9. Pakaian terpakai (dalam keadaan elok dan bersih) seperti kemeja, baju melayu, seluar panjang, baju kurung, dll. Pastikan dilipat di dalam kotak/plastik yang bertanda jenis pakaian (contoh: Baju Melayu, Baju Kurung, dll)
10. Jamuan kenduri (makan tengahari dan petang pada 19 Feb 2011) untuk semua pelajar/pengajar Sekolah Pondok dan peserta program.

Item 1 akan dibeli secara pukal di Toko Buku Iqbal, Kepala Batas. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Lukman Bin Wan Mat Daud (lukmanw@uum.edu.my) untuk mendapatkan makluman lanjut mengenai sumbangan. (*Lebihan dari sumbangan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan lain)

Untuk serahan sumbangan (mengikut kawasan) boleh hubungi mereka di bawah:

Lembah Kelang
Mohd Warikh (warikh_dmp@yahoo.com)
Sharulnizam (crchev@maxis.blackberry.com)

Kedah Selatan
Mohd. Monier (monier@fujielectric.com.my)
Aznee (aznee.othman@intel.com)
A Halim (AbdulHalim.AbdRahim@Honeywell.com)

Seberang Perai
Muhamad Efendy (effendy@fujielectric.com.my)
Abdul Sattar (Abdul_Sattar@Jabil.com)

Pulau Pinang
Mohd Shukri (ees_herbs@yahoo.com)
Wahab (wahab@venture.com.sg)

Perak Utara
Lukman (lukmanw@uum.edu.my)

Kitab-kitab yang diperlukan dengan kadar segera:

(i) TAFSIR NURUL IHSAN 100 pcs. @ RM 12.00
(ii) AL-BAJURI IBNU QASSIM 50 pcs. @ RM 50.00
(iii) BULUGH MUGHRAM 50 pcs. @ RM 10.00
(iv) MATLA'IN BADRIN 100 pcs. @ RM 6.00
(v) MISBAHUL MUNIR 100 pcs. @ RM 3.50

Kitab-kitab rujukan

(i) MUNIYATUL MUSOLL @ RM 3.00
(ii) FURUQ MASA @ RM 50.00
(iii) HIDAYATUL SALIKIN @ RM 10.00
(iv) AL-JAWAHIRUL MAHUB @ RM 7.00

Monday, January 24, 2011

……samalah dengan bersalin anak kesannya!


……samalah dengan bersalin anak kesannya!

Rupanya kalau bersalin kulit samalah dengan bersalin anak kesannya!

Itulah yang diberitahu oleh anggota Bomba Kamunting.

lukmanw@gmail.com
http://orangkeciloranbesar.blogspot.com

Tips berlibur - kertas tisu


Tips berlibur - kertas tisu

Kata orang; jauh perjalanan, luas pandangan. Begitu juga dengan pengalaman dan pengetahuan.

Untuk siri pertama Tips berlibur ini saya ingin berkongsi cara membawa tisu.

Ramai yang suka bawa kertas tisu dalam paket kecil. Mudah dan senang dibawa. Kadang-kadang mengecewakan kerana terlalu sikit helaiannya.

Sebenarnya paling bagus bawa sahaja tisu gulung! Kalau berperjalanan mengunakan kenderaan sendiri tiada masalah kalau nak bawa bergulung-gulung pun tapi kalau menggunakan kenderaan awam seperti bas atau kapalterbang macamana pula?

Ada yang mengesyorkan setiap kali ada berpeluang berjumpa tisu sama ada di dalam bilik air kapalterbang atau di restoran, rembat saja banyak-banyak!

Apa yang saya praktik (sebenarnya belajar dari seorang pengembara jalanan) ialah membawa tisu gulung yang tiada gelendung di dalamnya. Memang ada di pasaran jenis tisu gulung tanpa gelendung ini. Ataupun buang saja gelendungnya seperti di atas.

Tisu gulung tanpa gelendung ini lebih mudah dibawa dan tidak mengambil ruangan yang banyak terutama jika disimpan di dalam beg tangan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Sunday, January 23, 2011

Di mana perginya remaja-remaja belasan tahun dan awal 20an?


Di mana perginya remaja-remaja belasan tahun dan awal 20an?

Rujuk di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Friday, January 21, 2011

Bila pula bapa aku ada anak jantan lain?

Sms baru diterima jam 9.35 pm tadi


Duit Shell Helix RM 19,000.00 belum pergi ambil, "abang" pula minta RM 30.00.

Ada sapa-sapa nak minta lagi? Ada baki RM 18,970.00 lagi ni.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Thursday, January 20, 2011

Side Walk Cafe Food Junction di Laybay Lebuh Raya Sungai Bakap Sebelah Utara


Side Walk Cafe Food Junction di Laybay Lebuh Raya Sungai Bakap Sebelah Utara

Walaupun saya kerap memberi teguran atau pandangan membina, saya mengakui malah memuji tindakan PLUS mengeluarkan jadual perjalanan kepada pengguna di musim perayaan. Tindakan ini berkesan mengurangkan kesesakan melampau dalam perjalanan di musim perayaan.

Saya malah pengguna lebuh raya juga berterima kasih terhadap usaha PLUS menaiktaraf beberapa perhentian tepi (laybay) sepanjang lebuhraya.

Bulan lepas semasa berulang-alik Taiping ke UUM, saya terpandangkan sebuah gerai berhadapan bilik air di Perhentian Tepi Sungai Bakap Sebelah Utara ini. Awal bulan ini saya melalui lagi perhentian tepi ini sekitar jam 4 pagi dan mendapati gerai ini masih terang berderang dengan beberapa pelanggan di dalamnya.

Pagi Selasa lepas seawal 6.30 pagi saya melalui perhentian tepi ini sekali tetapi terlepas untuk berhenti. Pagi tadi pada jam 7.00 pagi saya pastikan saya singgah di sini.

Agak menarik susunaturnya. Memandangkan jika saya berperjalanan awal pagi saya dibekalkan air minuman oleh isteri, saya hanya meninjau dan mengambil gambar. Saya berpeluang berbual dengan pekerja di gerai ini. Kata mereka sewa agak tinggi tapi berbaloi juga pendapatannya kerana banyak lori dan bas suka berhenti di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/





Wednesday, January 19, 2011

Semalam saya masuk dua penjara!


Semalam saya masuk dua penjara!

Semalam saya masuk dua penjara! Paginya Penjara Alor Setar, penjara tertua di Malaysia dan tengaharinya Penjara Pokok Sena antara penjara moden di Malaysia. Di sebelah petangnya pula saya “dibebaskan” untuk pulang ke rumah saya di Taiping!

Cerita lanjut di sini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, January 17, 2011

Pilih antara satu; jauh atau dekat?


Teratai merajuk layu


Teratai merajuk layu

Pagi tadi langkah kakiku terhenti walaupun baru bermula menapak.

Daun Teratai di Taiping Lake Garden ini seolah-olah merajuk layu. Daun melata hampir sama banyak dengan yang melayu layu.

Merajukkah kau si teratai? Mengadukah kau kerana air tidak diperdulikan?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Saturday, January 15, 2011

Interlok - itu, ini .........


Interlok - itu, ini .........

Agak sukar mendapatkan buku ini di Taiping dan Ipoh. Kata Kathleen Kelly, pemilik The Shop Around The Corner gadis kaunter MPH Ipoh, ini buku teks (buku pinjaman sekolah?) kalau dijual tiada yang nak beli. Ingatkan kerana ianya menjadi isu konservatif sekarang ini tapi banyak juga buku "politik pihak yang satu lagi" turut dijual di MPH Ipoh ini. Hari ini di Bangi, di kedai buku Pustaka Rakyat, Sekysen 7 masih berbaki sekitar 5 buah buku ini di rak setelah satu darinya menjadi milik saya. Amat laris kata penjual di sini!

Sebenarnya saya sudah lama mengenali Maniam, imigran dari desa Tricur, Kerala tetapi ianya tidak pernah "berbaris" di rak buku simpanan saya. Saya tidak pasti mengapa Interlok tiada dalam simpanan saya sedangkan hampir kesemua karya sasterawan Abdullah Hussain (seawal Amin Pemuda Desa, 1947) ada dalam milik saya sama ada dibeli oleh bapa saya, aruah bapa saudara saya ataupun saya sendiri. Novel Imam umpamanya saya ada dua naskah dengan satunya sudah terburai helaiannya kerana kerap diulangbaca.

Antara ingat-ingat lupa si Maniam ini, saya akan berkenalan semula dengannya malam ini sebelum melelapkan mata. Walaupun saya tidak berhasrat untuk mengulasnya, saya ingin "mengulas" pandangan dari tiga pihak yang mempunyai penilaian mereka tersendiri.

Banyak posting Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) yang tidak senada dengan saya tetapi kalau dia menulis berlandaskan sejarah (terutama sejarah revolusi) pasti mengujakan saya terutama pandangannya mengenai Interlok ini.

Saya menyetujui benar jika yang mengulas novel Interlok ini seorang Guru Sejarah (berdasarkan sejarah imigran) dan juga Guru Bahasa Malaysia (berdasarkan istilah yang digunakan). Memang tepat apa yang digarap oleh rakan sekolah saya Puan Raza (La Tahzan XIIINAM) berlandaskan jawatan hakikinya Guru Sejarah dan Guru Bahasa Malaysia di sekolah menengah.

Walaupun begitu ayat yang digunakan oleh rakan sekolah saya ini iatu "Demi menunjukkan kebersamaan ketika mereka perlukan pemimpin!" lebih manis jika ianya diulas seperti Mohd Sayuti Omar (Merah Tinta).

Apapun yang menjadi tandatanya saya ialah kenapa selepas 40 tahun Maniam dilahirkan, baru ada ada "serumah" dengannya menyedari keujudannya. Adakah setelah Maniam "masuk sekolah" di tahun ini baru ada yang mengenalinya?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/