Tuesday, July 23, 2013
Wednesday, July 17, 2013
Tuesday, July 16, 2013
Blog Pertanian Anim Agro Technology
Blog Pertanian Anim Agro Technology
Dengan tagline "Interested in Agriculture Technology? Visit this blog", blog Pertanian Anim Agro Technology ini sarat dan padat dengan artikel-artikel mengenai pertanian dan seumpamanya.
Blog ini diikendalikan oleh sdr. M Anem, Senior Agronomist, Kg. Pt. Bengkok, Ledang, Muar, Johor, yang berpengalaman dalam sektor pertanian lebih dari 32 tahun.
Antara posting terbaru beliau ialah mengenai PETAI, lengkap dengan sejarah, penanaman, teknologi dan khasiat.
Blog ini adalah antara blog pertanian terbaik untuk dirujuk oleh mereka yang berminat dengan pertanian ataupun sekadar menambah pengetahuan am seperti saya yang buta huruf dalam ilmu pertanian ini.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Monday, July 15, 2013
Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!
Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!
Teringat bulan Ramadan beberapa tahun lepas di Changlung, semasa meninjau Pasar Ramadan kami (aku dan anak jantan aku seorang itu) ternampak seorang gadis kecil (pasti masih bersekolah rendah!) menjual bunga api di atas meja bersebelahan sebuah kereta.
Sengaja anak jantan aku seorang itu menyakat - adik ada jual mercun bola?. Sengaja bertanya kerana dia tahu aku tidak izinkannya membeli mercun.
Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bawah meja.
Sengaja lagi anak aku bertanya - ada mercun das?
Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bonet kereta.
Aku pula bertanya - adik berniaga seorang ke?
Dengan ayah, ayah pergi ambil barang - jawab sigadis mula curiga.
Itu beberapa tahun lepas, sebentar tadi kenalan di pejabat memaklumkan sekarang mercun boleh dibeli melalui online. Malah pembayaran secara COD di mana mercun (dengan pembelian kuantiti tertentu) akan dihantar terus ke rumah, tidak kira di mana anda tinggal!
Harap-harap pihak berkuasa dan SKMM berupaya menangani teknologi yang diamalkan oleh pengedar atau penjual mercun ini.
Pada masa yang sama, orang ramai juga perlu memainkan peranan. Jualan mercun tidak akan berlaku jika tiada pembelinya!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Labels:
Anda prihatin?,
Keluarga,
OSH,
Pasar Malam dan Hari
Friday, July 12, 2013
Koleksi VFR800P
Koleksi VFR800P
Bertambah satu lagi koleksi Honda VFR800P model Polis dalam
simpanan saya.
Rak untuk koleksi retro saya juga telah siap. Rak ini
dipasang betul-betul hadapan meja komputer tempat saya bekerja di dalam rumah.
Ini bermakna koleksi retro ini bukan sahaja sentiasa di hati tetapi kerap di
mata juga.
*Casing kaca yang kosong atas rak sedang menunggu satu lagi koleksi retro The Legend!
LR Defender 130 Wagon?
LR Defender 130 Wagon?
Melalui seorang rakan FB, semalam saya berjaya mendapatkan
satu lagi koleksi Land Rover Defender (Scale 1:64).
Pada mulanya saya menyangkakan LR Defender Hijau yang saya baru
miliki ini ialah masih dalam Series 110 cuma berbeza pengeluarnya. Sebelum ini
saya telah memiliki pelbagai warna LR Defender 110 keluaran Matchbox. Koleksi
terbaru ini tanpa kotak, jadi saya tidak tahu pengeluarnya.
Setelah diteliti saya dapati bahagian belakang LR Defender
Hijau ini sedikit panjang dari LR Defender 110 Matchbox Scale 1:64 yang saya
ada sekarang ini.
Saya menyangkakan LR Defender Hijau baru ini dari Series 130
tetapi setahu saya LR Defender 130 hanya dikeluarkan dalam model pickup (single
cabin dan twin cabin sahaja), tidak pernah dikeluarkan dalam model wagon.
Kena berguru lagi!
Nota: LR Defender terkenal dengan Series 90 dan Series 110.
Pada masa yang sama terdapat juga LR Defender Series 130 dan 147 serta LR Perentie
6x6.
Series 90 merujuk kepada panjang wheelbase 92.9”, 110 (110”),
130 (127”) dan 147 (147”). Manakala LR Perentie panjang wheelbasenya ialah 1:2
119.7” dan 1:3 155”.
Tuesday, July 09, 2013
Ride Pre-Ramadan Taiping-Bangi-Taiping
Ride Pre-Ramadan Taiping-Bangi-Taiping
Pagi tadi seawal 6.00am aku sudah berada di susur masuk
highway Taiping Utara (Kamunting). Ketika tiba di Restoran Jejantas Sungai
Buluh jam 8.30am, sudah mula rintikan hujan pada visor. Sebaik sahaja
memberhentikan motor di Stesen Shell tepi Tol Jalan Duta, hujan mula menderu
lebat.
Aku menyarung Rain Coat GiVi dan meneruskan perjalanan ke
Bangi. Baju sahaja aku sarung kerana seluar Riding Pant yang aku pakai sudah
waterproof. Aku sampai di Lembaga Lebuhraya Malaysia jam 9.00am. Sesi Safety
Talk aku dalam dewan dengan gangguan gema serta deruan hujan lebat di luar.
Selepas makan tengahari, 2.00pm aku bertolak pulang juga
diiringi rintikan hujan sehingga ke laybay Tanjung Malim. Di sini mula disimbah
keterikan matahari. Aku sampai di rumah jam 5.30pm. Jumlah perjalanan
pre-ramadan hari ini mencatat 655 km.
Sewaktu zaman gelandangan di KL era akhir 80an dulu
nikmat menunggang dalam hujanlah sangat-sangat aku cari. Kalau jalan kering
mungkin aku ketinggalan di belakang oleh rakan bikers yang lain. Tetapi tidak
di dalam hujan yang pasti aku akan mengemudikan laluan.
Nikmat menunggang dalam hujan masih dikecapi sekarang
ini. Mungkin keberanian memulas throttle sahaja mula berkurang.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Posting berkaitan di sini.
Saturday, July 06, 2013
Orang KL Sambut Puasa – macam Ulat Tahi !
Orang KL Sambut Puasa – macam Ulat
Tahi !
Pukul 9 malam tadi saya di
Jalan Tunku Abdul Rahman, setelah menjamu selera di Food Court Sogo, saya
bersama orang rumah saya seorang itu dan anak jantan saya seorang itu
mengunjungi Pasar Malam Jalan TAR.
Ya Allah! Kami tersangkut di
pertengahan jalan berhampiran Semua House! Orang ramai di situ hampir tidak
bergerak! Semuanya bagai terpaku tidak memberi ruang untuk orang lain bergerak. Sebelumnya di dalam Sogo juga penuh-sesak dengan pelanggan.
Adakah begini orang KL (atau
yang bermaustatin di KL) menyambut bulan Ramadan yang akan mengunjungi tiba
sehari dua lagi?
Posting berkaitan di sini.
Friday, July 05, 2013
Din! Boleh hang mai naik mutu kat sini?
Din! Boleh hang mai naik mutu kat sini?
Tulung jengok sikit!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Saturday, June 29, 2013
Tanpa plaster, tanpa tile!
Tanpa plaster, tanpa tile!
Pabila dinding tidak lagi ber-plaster,
Pabila lantai tidak lagi ber-tile,
Bukan bertanda tidak cukup budget,
Hanya trend terbaru yang pasti jadi ikutan.
Wednesday, June 26, 2013
Tuesday, June 25, 2013
Beraneka menu dan citarasa tapi…….
Beraneka menu dan citarasa tapi…….
Lokasi di Food Court AEON Seremban 2
Di Food Court AEON Seremban 2 ini ada pelbagai menu
citarasa Melayu, Western, Siamese, Indian, Chinese dan Portugies,
Tapi dan tapi semenjak hari pertama order Steak – tukang masak
Bangla, hari kedua order Tom Yam Campur – tukang masak Bangla dan hari ini
order Portugies Sambal Udang – tukang masaknya (berlainan gerai!) juga Bangla!
Esok dan lusa nak try Capati Indian dan Keatiaw China
pulak! Adakah tukang masak dua gerai ini pun Bangla juga?
Serupa tapi tak sama - CENDOL DURIAN
Serupa tapi tak sama - CENDOL DURIAN
Lokasi di Food Court AEON Seremban 2.
Dalam gambar terpampang urat-urat cendol, biji-biji
kacang merah, kiub-kiub jeli dan seulas isi durian (macam ada biji!)
Bila diterima lain tampaknya! Isi durian macam cedok dari
Tupperware saja!
Mee Kari Railway Rasah di Seremban 2
Mee Kari Railway Rasah di Seremban 2
Biasanya orang akan order ayam goreng kalau di KFC, order
burger kalau di McD dan order pizza kalau di Pizza Hut. Walaupun ada makanan
lain (side order), makanan utama di restoran masing-masing ini akan tetap
menjadi pilihan utama.
Kalau aku di Ipoh dan ingin menjamu selera di Mee Rebus
Ramli sama ada di Tasek atauub di Bandar, sudah tentu Mee Rebus nya menjadi
pilihan utama.
Semasa mengisi petrol di Stesen Petronas Seremban 2
petang semalam, aku ternampak papan tanda sebuah retsoran berhadapan (seberang
jalan) Stesen Petronas ini yang tertulis Mee Kari Railway Rasah. Kalau papan
tanda sudah tertulis begitu, sudah pasti ianya makanan utama!
Aku memang mengemari Mee Kari tetapi Mee Kari pilihan aku
mesti cukup pakej. Kuah mesti ada udang dan kalau boleh campur ketam. Mesti ada
Sambal Kerang (asing). Mesti banyak bahan-bahan ala Yong Tau Fu seperti
Fishball, Fishcat, Fucuk, dan lain-lain. Sayur tak semestinya ada dalam pilihan
aku tetapi kebanyakan Mee Kari sekarang selain tauge ada kacang panjang, sawi
malah di Yik Mun Tanjung Malim turut disediakan terung dan cabai ala salok
(Nasi Kerabu)!
Mee Kari di Restoran Mee Kari Railway Rasah, Seremban 2
ini turut disertakan Telur Rebus dan Ayam (menu special).
Kesedapannya? Boleh tahan le! Walaupun memenuhi hampir 100%
pakej yang disebutkan di atas namun masih tak menepati citarasa aku!
*Tak pasti juga aku sama ada Mee Kari Railway Rasah (di Railway Rasah) sememangnya ada dan terkenal!
Hard Wood Café di Seremban 2
Hard Wood Café di Seremban 2
Persamaan Hard Wood Café dan Hard Rock Café ini ialah
kedua-duanya bukan kedai hardware yang menjual Batu Keras dan Kayu Keras.
Perbezaan Hard Wood Café dan Hard Rock Café ini ialah di
Hard Wood Cafe tiada minuman keras malah ada package Ramadhan lagi pada bulan puasa
ini.
Nak tunjuk dia tu engineer le!
Nak tunjuk dia tu engineer le!
Safety helmet dan blue print drawing pada belakang
penyandar seat belakang kereta.
He, he, he……… aku pun pernah buat macam ni dulu!
UiTM Penang Food & Fruit Festival 2013 (27-30 Jun 2013)
UiTM Penang Food & Fruit Festival 2013 (27-30 Jun 2013)
Pasukan Sukarelawan Siswa (PSS) UiTM Pulau Pinang akan menganjurkan karnival amal "Food and Fruit Festival (3F) yang akan berlangsung dari 27-30 Jun 2013.
Tuan/puan dijemput hadir memeriahkan karnival ini antara tarikan utama adalah durian party. tema karnival ini adalah amal. segala keuntungan dari karnival ini akan digunakan PSS untuk membantu org miskin, OKU dan memerlukan melalui projek kemsyarakatan PSS. PSS bergerak tanpa sebarang peruntukan mana-mana pihak. PSS menjana sendiri pendapatan dan seterusnya membantu org yg memerlukan.
setiap sebaran tuan/puan amatlah bermakna kepada kami dan golongan yg memerlukan. JOOM BERAMAL!!!
Monday, June 24, 2013
Baling Cekodok Pun Sampai! @ Just a stone’s throw away!
Baling Cekodok Pun Sampai!
@ Just a stone’s throw away!
Honey, I’m currently standing
in front of the Hotel Sutera, Seremban 2 and it is just a stone's throw away from AEON Shopping Complex. I wish you were here. You
will enjoy it for sure!
Yang, abang sekarang berdiri depan Hotel Sutera, Seremban
2 dan ia hanya sejauh baling cekodok pun sampai dari Pusat Belibelah AEON.
Kalau Yang ada di sini, penuh bonet kereta kita!
Sunday, June 23, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






























