Sunday, September 15, 2013

Selera Timur Tengah di Taiping - Oasis

















Selera Timur Tengah di Taiping - Oasis

Sebelum ini ada sebuah Restoran ala Timur Tengah yang pertama di Taiping dibuka berhampiran Stesen Bas Kamunting. Pemiliknya (suami-isteri) adalah kenalan isteri saya. Mungkin disebabkan pasangan suami-isteri begitu sibuk dengan pekerjaan masing-masing di luar Taiping, hayat restoran ini tidak lama.

Terbaru terdapat dua buah Restoran ala Timur baru dibuka iaitu Restoran Selera Malam iaitu sebuah restoran yang telah lama beroperasi di Taiping yang terkenal dengan Nasi Ayam Hainan dan Bubur Arab telah menambah menu terbaru yang terbaru iaitu Nasi Arab Yahana. Sebuah lagi iaitu restoran baru iaitu Oasis - Arab Yamani Cuisine, di Assam Kumbang, berhadapan deretan kedai kereta terpakai.

Petang tadi saya sekeluarga mencuba menu di Restoran Oasis ini. Restoran ini diubahsuai dari sebuah rumah yang menyediakan hidangan secara bersila dan juga ala dining di dalam rumah di mana penghujung perlu membuka kasut.

Manakala di luar rumah juga terdapat dua buah khemah untuk mereka menjamu selera di ruang terbuka.

Terdapat dua pilihan jenis Nasi Arab dan pelbagai kebab serta menu ala Timur Tengah yang lain. Terdapat juga minuman Barbican Tanpa Alkohol. Bagaimanapun kunjungan kami lewat tadi hanya tersedia Barbican Strawberry dan Peach sahaja. Perasa lain terutama kesukaan anak saya iaitu Rasberry tiada mungkin kehabisan. Sebaik sahaja melangkah keluar kereta terdengar alunan lagu Arab di sini.

Kami memesan tiga hidangan seperti dalam gambar. Walaupun terdapat beberapa keluarga yang lain sedang menjamu selera, pesanan kami sampai agak cepat. Seperti yang disebutkan dalam facebook oleh pelanggan yang pernah menikmati hidangan di sini, kualiti makanan yang dihidang mampu menarik kedatangan kami (dan juga pelanggan lain) untuk kembali lagi ke restoran ini.

Bagaimanapun untuk ruang penambahbaikan (room for improvement), pemilik restoran ini perlu peka terhadap pelanggan yang baru sampai ke perkarangan halaman rumah ini terutamanya kepada mereka yang memilih untuk menjamu selera di bawah khemah. Kami terpaksa menunggu hampir 10 minit baru ada pelayan yang datang bertanyakan kami, itupun setelah saya sendiri pergi ke ruang rumah mencari pekerja. Begitu juga semasa hendak membayar, saya terpaksa menjengok-jengok di antara ruang tingkap tetapi tidak diendahkan oleh pemilik(?) yang duduk di kaunter bayaran serta seorang pekerja wanita yang berdiri di sebelahnya. Saya pasti mereka nampak akan saya tetapi tidak bertanyakan tujuan saya mengintai-gintai itu!

Selain dari itu kalau pelanggan yang ingin menjamu selera di waktu malam atau lewat petang, saya cadangkan menjamu seleralah di dalam rumah. Sebabnya diluar rumah kami terpaksa berperang dengan nyamuk!

Restoran milik kenalan isteri saya di Kamunting dahulu menggunakan khidmat tukang masak dan pelayan Arab, saya tidak pasti siapakah yang memasak di Oasis ini.

Apapun kami amat berpuas hati dengan hidangan ala Timur Tengah yang pertama kali kami yang kami nikmati lewat petang tadi.


*Gambar terakhir itu, Vicks tidak disediakan oleh pemilik restoran cuma sentiasa ada di dalam kereta saya.

Saturday, August 17, 2013

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Aktiviti bermotosikal sekeluarga di Trek Motosikal Boon Siew Honda Batu Kawan

Kami sekeluarga jarang dapat bersama kalau mengadakan aktiviti motosikal, sama ada hanya saya berdua dengan anak lelaki seorang itu biasanya atau hanya berdua dengan isteri saya seorang itu kadang-kala. Tetapi hari ini (17-Ogos-2013) kami bertiga dapat melakukan aktiviti bermotosikal sekeluarga bersama-sama dengan menghadiri Kursus Asas Menunggang Selamat Honda di premis baru Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Agak membanggakan apabila Ketua Instruktor, En. Sanusi B. Din memaklumkan bahawa kami bertiga merupakan keluarga pertama yang menghadiri kursus ini dan juga orang awam pertama bersama-sama dua orang lagi rakan anak lelaki saya dari Taiping, menghadiri kursus ini. Sebelum ini penyertaan lebih kepada organisasi sama ada syarikat ataupun persatuan dan kelab.

Kisah lanjut dan gambar-gambar lain di sini.

Thursday, August 08, 2013

Fiat Nuova 500 PF 651



 Fiat Nuova 500 PF 651

Semasa berhenti berbuka puasa di R&R Gurun sebelah Utara minggu lepas, saya terserempak dengan sebuah lori pengangkut kenderaan yang membawa sebuah Fiat Nuova 500.

Nuova 500 ini dikeluarkan di Itali sekitar 1957 – 1975. Ia adalah sebuah kereta kompak yang hanya bersaiz 9 kaki panjang dikuasai engin 2 silinder 479cc dan menggunakan sistem penyejukan udara.

Sempena meraikan ulangtahunnya yang ke 50 pada tahun 2007, Fiat membina Nuova 500 baru dengan sedikit penambahan saiz dan berat serta mengubah kedudukan engin ke hadapan dan pacuan roda depan.

Tidak pasti siapakah dan ke mana tujunya pemilik Nuova 500 bernombor PF 651 kerana selesai sahaja berbuka puasa, lori pengangkut kenderaan ini sudah tiada di tempat letak kenderaan.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Telefilem From Batu Kurau With Love 100% Patani Tukuro

Telefilem From Batu Kurau With Love 100% Patani Tukuro

Berminat? Harga RM 15.00 sahaja. Hubungi Awang DJ 013 4720 323.

Promo di sini.

Tuesday, August 06, 2013

Lusa dah nak raya!

Lusa dah nak raya!

Aku masih tertunggu-tunggu tak kiralah pemimpin belah sana ka atau belah sini ka yang akan mengirimkan sms kepada aku mengucapkan selamat dan selamat adanya menyambut kedatangan aidilfitri ini.

Kena bagi balance la macam PRU13 dahulu yang tak kira siang malam tet, tet, tet, tet henpon aku menerima pelbagai ucapan dan rayuan dari pemimpin belah sana dan pemimpin belah sini serta seumpamanya yang mungkin boleh jadi tukang lobi calon, tukang angkat beg, dan sebagainya. Tak mungkin yang hantar sms ini  tukang pasang bendera yang sibuk panjat pokok dan tiang kalau dok belek henpon juga mau jatuh macam Mat Jenin!

Tak kan lupa kut? Atau kena tunggu PRU14 atau PRK lak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/ 

Monday, August 05, 2013

Memory 1987 - Ninja 125R Test Ride By LD







Gambar-gambar Koleksi Mohd Rawi Omar @ Awi MX

Wednesday, July 17, 2013

Promo telefilem FROM BATU KURAU WITH LOVE


Promo telefilem FROM BATU KURAU WITH LOVE

Tuesday, July 16, 2013

Blog Pertanian Anim Agro Technology


Blog Pertanian Anim Agro Technology

Dengan tagline "Interested in Agriculture Technology? Visit this blog", blog Pertanian Anim Agro Technology ini sarat dan padat dengan artikel-artikel mengenai pertanian dan seumpamanya.

Blog ini diikendalikan oleh sdr. M Anem, Senior Agronomist, Kg. Pt. Bengkok, Ledang, Muar, Johor, yang berpengalaman dalam sektor pertanian lebih dari 32 tahun.

Antara posting terbaru beliau ialah mengenai PETAI, lengkap dengan sejarah, penanaman, teknologi dan khasiat.

Blog ini adalah antara blog pertanian terbaik untuk dirujuk oleh mereka yang berminat dengan pertanian ataupun sekadar menambah pengetahuan am seperti saya yang buta huruf dalam ilmu pertanian ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Monday, July 15, 2013

Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!


Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!

Teringat bulan Ramadan beberapa tahun lepas di Changlung, semasa meninjau Pasar Ramadan kami (aku dan anak jantan aku seorang itu) ternampak seorang gadis kecil (pasti masih bersekolah rendah!) menjual bunga api di atas meja bersebelahan sebuah kereta.

Sengaja anak jantan aku seorang itu menyakat - adik ada jual mercun bola?. Sengaja bertanya kerana dia tahu aku tidak izinkannya membeli mercun.

Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bawah meja.

Sengaja lagi anak aku bertanya - ada mercun das?

Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bonet kereta.

Aku pula bertanya - adik berniaga seorang ke?

Dengan ayah, ayah pergi ambil barang - jawab sigadis mula curiga.

Itu beberapa tahun lepas, sebentar tadi kenalan di pejabat memaklumkan sekarang mercun boleh dibeli melalui online. Malah pembayaran secara COD di mana mercun (dengan pembelian kuantiti tertentu) akan dihantar terus ke rumah, tidak kira di mana anda tinggal!

Harap-harap pihak berkuasa dan SKMM berupaya menangani teknologi yang diamalkan oleh pengedar atau penjual mercun ini. 

Pada masa yang sama, orang ramai juga perlu memainkan peranan. Jualan mercun tidak akan berlaku jika tiada pembelinya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Friday, July 12, 2013

Koleksi VFR800P


Koleksi VFR800P

Bertambah satu lagi koleksi Honda VFR800P model Polis dalam simpanan saya.

Rak untuk koleksi retro saya juga telah siap. Rak ini dipasang betul-betul hadapan meja komputer tempat saya bekerja di dalam rumah. Ini bermakna koleksi retro ini bukan sahaja sentiasa di hati tetapi kerap di mata juga.






*Casing kaca yang kosong atas rak sedang menunggu satu lagi koleksi retro The Legend!

LR Defender 130 Wagon?



LR Defender 130 Wagon?

Melalui seorang rakan FB, semalam saya berjaya mendapatkan satu lagi koleksi Land Rover Defender (Scale 1:64).

Pada mulanya saya menyangkakan LR Defender Hijau yang saya baru miliki ini ialah masih dalam Series 110 cuma berbeza pengeluarnya. Sebelum ini saya telah memiliki pelbagai warna LR Defender 110 keluaran Matchbox. Koleksi terbaru ini tanpa kotak, jadi saya tidak tahu pengeluarnya.

Setelah diteliti saya dapati bahagian belakang LR Defender Hijau ini sedikit panjang dari LR Defender 110 Matchbox Scale 1:64 yang saya ada sekarang ini.

Saya menyangkakan LR Defender Hijau baru ini dari Series 130 tetapi setahu saya LR Defender 130 hanya dikeluarkan dalam model pickup (single cabin dan twin cabin sahaja), tidak pernah dikeluarkan dalam model wagon.

Kena berguru lagi!


Nota: LR Defender terkenal dengan Series 90 dan Series 110. Pada masa yang sama terdapat juga LR Defender Series 130 dan 147 serta LR Perentie 6x6.

Series 90 merujuk kepada panjang wheelbase 92.9”, 110 (110”), 130 (127”) dan 147 (147”). Manakala LR Perentie panjang wheelbasenya ialah 1:2 119.7” dan 1:3 155”.






Tuesday, July 09, 2013

Ride Pre-Ramadan Taiping-Bangi-Taiping


 Ride Pre-Ramadan Taiping-Bangi-Taiping

Pagi tadi seawal 6.00am aku sudah berada di susur masuk highway Taiping Utara (Kamunting). Ketika tiba di Restoran Jejantas Sungai Buluh jam 8.30am, sudah mula rintikan hujan pada visor. Sebaik sahaja memberhentikan motor di Stesen Shell tepi Tol Jalan Duta, hujan mula menderu lebat.

Aku menyarung Rain Coat GiVi dan meneruskan perjalanan ke Bangi. Baju sahaja aku sarung kerana seluar Riding Pant yang aku pakai sudah waterproof. Aku sampai di Lembaga Lebuhraya Malaysia jam 9.00am. Sesi Safety Talk aku dalam dewan dengan gangguan gema serta deruan hujan lebat di luar.

Selepas makan tengahari, 2.00pm aku bertolak pulang juga diiringi rintikan hujan sehingga ke laybay Tanjung Malim. Di sini mula disimbah keterikan matahari. Aku sampai di rumah jam 5.30pm. Jumlah perjalanan pre-ramadan hari ini mencatat 655 km.

Sewaktu zaman gelandangan di KL era akhir 80an dulu nikmat menunggang dalam hujanlah sangat-sangat aku cari. Kalau jalan kering mungkin aku ketinggalan di belakang oleh rakan bikers yang lain. Tetapi tidak di dalam hujan yang pasti aku akan mengemudikan laluan.

Nikmat menunggang dalam hujan masih dikecapi sekarang ini. Mungkin keberanian memulas throttle sahaja mula berkurang.

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com



Posting berkaitan di sini.