Monday, June 30, 2008

Rope Walk sudah hilang serinya





Rope Walk sudah hilang serinya

Ini adalah tempat yang mesti aku lawat kalau berada di Penang. Dahulunya di tengah Bandar berhampiran Komtar (asal nama Rope Walk). Kini di Lorong Kulit ataupun di tempat letak kereta Stadium Negeri tetapi masih dikenali juga sebagai Rope Walk.

Semasa aku bergelut dengan Sains Pemulihan (matrikulasi) sebelum Ijazah Pertama Kejuruteraan Mekanikal PPJJ USM dahulu, aku sanggup datang dengan motosikal dari Taiping seawal 6 pagi untuk “berlibur” sejam di Rope Walk ini sebelum memasuki kelas hujung minggu pada pukul 9 pagi.

Kunjungan semalam ke Rope Walk terasa ‘kekurangannya”. Matahari sudah ”seruas dua galah” jam 8.00 pagi tetapi masih banyak petak-petak jualan belum terisi. Tidak seperti lima, enam tahun dahulu di mana jam 8 pagi sudah tidak kelihatan lagi petak-petak jualan yang kosong.

Rope Walk yang dahulunya terkenal dengan jualan lambak barang-barang lama (klasik dan antik) serta barang-barang terpakai ini mula digantikan dengan barangan plastik buatan China, aksesori hand-phone dan buah-buahan.

Begitu juga dengan Memory Lane di Horley Street, Ipoh. Cuma tempat lebih komersial ialah PJ Mall dengan ruangan kedai dan kaki lima yang lebih teratur, bersih dan selasa, yang masih mengekalkan keklasikan dan keantikan barangan yang dijual.

Terbaru ialah Little India (Penang) yang dikatakan mirip Rope Walk. Terdapatnya juga di Prai iaitu Taman Selat, di mana aku belum berkesempatan untuk mengunjunginya.

Sewaktu menikmati Ketiaw Goreng dan Mee Kari di Gerai Bintang di Pusat Penjaja Lorong Kulit ini, aku terhibur dengan alunan lagu yang dimainkan. Ingatkan dari perakam suara. Mengejutkan aku ianya datang dari sepasang lelaki (bermain muzik) dan wanita (yang mengalun lagu). Terhiburnya aku; kalah peserta-peserta Akademik Fantasia!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keterangan gambar;
1. Chopper yang pernah menjadi kegilaan aku semasa kecil tetapi ayah tidak mampu membelinya.
2. Penjual barangan klasik dan antik.
3. Topi Mandor Estet dan Topi Askar Malaya
4. Penyangkut dinding yang boleh mengantung dua biji bata!
5. Alunan muzik yang menghiburkan penghujung.

No comments:

Post a Comment