Wednesday, February 25, 2009

Entry ini tajuk kemudian. Baru prototype!

Satu hari tengah bulan lepas sebaik sahaja keluar dari Maybank Kamunting aku terdengar nama aku dilaung dari dalam Restoran A Rahman.

Rupa-rupanya Long Mail pakat abang sepupu aku dari Batu Kurau di dalam restoran itu.

Aku masuk ke dalam restoran dan Long Mail bangun menyua tangan bersalam.

”Dari mana abang Long?” tanya aku. Tak pasti aku sama ada ”Long” itu nama sebenar dia atau gelaran sebagai anak sulong dalam keluarganya.

”Aku dari Tesco beli barang sikit dengan Kak Long mu.”

”Kak Long mana?”

”Dia gi kedai sebelah katanya nak beli benang dengan butang baju.”

”Kak Long banyak menjahit ka la ni?” tanya aku sambil mengamit panggil mamak restoran.

”Adalah juga.” jawab Long Mail lesu saja.

”Abang Long dok buat rumah lagi kan? ”

”Itu sajalah yang aku tahu buat. Tapi la ni buat rumah tak adalah Cuma perbetul yang rosak atau tambah-tambah saja. Orang Kamunting ada panggil buat rumah tapi kalau mari sini aku tak boleh kerja lain dah.”

”Orang Tukuro (Batu Kurau) tak buat rumah ka sekarang?”

”Sapa yang nak buat rumah la ni. Barang mahal!”

”Minyak turunpun barang mahal lagi abang Long?”

”Mu tahu apa barang apa yang turun selepas minyak turun ni?”

”Tak tahu lak abang Long”

”Harga getah dan kelapa sawit memang turun teruk! Dulu SMR 20 tu pernah naik RM 10 lebih sekilo. La ni dah jatuh RM 5. Sekerap dulu dekat RM 5 sekilo jatuh sampai 6 kupang.”

”Patutlah tengah tahun lepas ada tauke kedai Motor Apek Curut Nothern tu beritahu ramai orang Tukuro beli motor baru.”, saja aku menembak abang Long.

”Memang betul Man. Seguni sekerap tu senang-senang boleh boleh dapat dekat RM 300. Kutip sekerap lagi senang dari menoreh. Tak payah bangun awai pagi nak menyembah pokok getah. Kalau dapat dua guni sehari, kerja dua, tiga hari boleh bayar duit muka motor baru!”

”Abang Long tak beli motor baru ka?”

”Aku memang nak beli tapi masa tu adik Faezah mu nak masuk sekolah jururawat di Ipoh tu.Banyak juga aku habis duit kat dia. Kalau masa ni dia nak duit banyak tu mapuh aku”

”Kelapa sawit macamana pula abang Long?”

”Getah ni kira susah tapi susah lagi kelapa sawit. Harga sawit tak teruk macam harga getah tapi mu tengok Pak Lang Manap mu. Masa muda dulu tak apalah gagah lagi nak main galah tu. Tapi masa tua ni nak angkat galah pun tak larat macamana nak julang kait buah!”

(Aku terdiam seketika. Memang aku tak pernah mengangkat atau menjulang galah aluminium 50 kaki itu tapi pengalaman mengecat dinding rumah dengan batang berus cat kayu yang panjang lima, enam kaki itu sudah cukup melengguhkan bahu dan tengkuk walaupun tak sampai setengah jam kerja.)

Long Mail diam sambil mengacau sudu dalam gelas teh tariknya.

”La Man ka? Kak Long ingat sapa tadi. Mak mu sihat?” sapaan suara dari belakang aku.

”Semua baik Kak Long. Banyak beli barang menjahit Kak Long?”

”Ada la sikit. Barang-barang ni mahai sangat tempat lain. Taiping pun tak boleh lawan harga kat sini. Tukuro nun lagi mahai.’

”Minum Kak Long.” pelawa aku.

”Tak apalah Man. Sehari dah dok Taiping. Mari dari pukul 10 tadi sampai nak Asar la ni. Kak Long nak balik dah. Kak Long jumpa Pak Su Mat mu tadi kat BSN sebelah kedai benang ni.”

“Dia seorang ka Kak Long?”

”Dia dengan Kak Mek mu.” (Kak Mek ini isteri baru Pak Su Mat, adik ipar tinggal bapa aku)

”Buat apa dia kat situ?” tiba-tiba Long Mail bersuara.

”Tak kan mu tak tahu Long, dia ni dua kali sebulan mesti mari BSN bawa Kak Mek cucuk duit gaji.” jawab Kak Long. Aku hanya mengangguk kerana aku memang tahu Kak Mek bekerja di sebuah kilang di Kamunting.

”Untunglah Pak Su Mat mu Man. Bini dia kerja kilang. Patutlah dia senang hati sahaja walaupun harga getah dan kelapa sawit ini turun.’

Aku senyum sahaja. Memang senang banyak kau Pak Su Mat. Malam kau ”cucuk” Kak Mek. Siang kau suruh Kak Mek ”cucuk” untuk hulur kat mu balik.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment