Tuesday, August 26, 2008

Tiga cerita baru di Taiping.

Tiga cerita baru di Taiping.

Cerita 1; Taiping Sentral?

Atau Taiping Central? Maaf ini bukan cerita bahasa.

Kalau 80an dulu, Restoran Bismillah adalah “Taiping Central”. Tak sah kalau pergi Taiping tak turun di hadapan Restoran Bismillah ini. Tak payah turun di “Bas Stand”, turun saja di hadapan Restoran Bismillah ini.

Kalau mai pagi boleh perkena Bubur Gandum. Kalau rasa lapar walau sudah perkena nasi Goreng sepinggan bok Mak Andeh masak subuh sapie, boleh perkena Roti Canai dengan Daging Cincang dalam Restoran Bismillah.

Kalau mai belah matahari sudah naik sepengalah, boleh perkena Chendol Ais Sagat.

Lepas tu langkah jalan pergi “Market Ikan”. Kalau rasa hendak beli “Daging Sejuk”, boleh langkah lagi ke ‘Market Daging”. Kalau kuat berjalan boleh tengok kain baju di Bazar China. Tak pun belek kain pelekat di Kedai Pakistan,.

Kalau lepas musim ambik padi, boleh kona ke Market Road bawa Mak Andeh belek seurat dua gelang mas.

Bila nak balik boleh singgah Bintang Tujuh tepi Market Daging beli barang dapur. Last sekali tunggu bas di depan Restoran Bismillah.

Semua ini sebelum jalan tepi Restoran Bismillah itu masih dua hala. Bas dari manapun mesti singgah di sini. Belakang restoran pula ‘Stand Teksi” (Taxi Stand?). Selepas jalan jadi sehala, Cnendol pecah kongsi, ada Chendol Bismillah dan ada Chendol Ansari. Masing-masing tuntut nama Chendol Bismillah Asli!

Kini Taiping Sentral di Jalan Istana Larut, tapak istana Syarifah Salmah, isteri Almarhum Sultan Idris, ibu kepada Raja Razman dan Raja Rashid, kawan aku itu.

Bas memang tak lalu dan tak singgah di Taiping Sentral ini. Pak Su Mat dari Bendang Luas, Ijok dan Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk, Batu Kurau kena naik teksi kalau nak ke Taiping Sentral ini.

Nak beli ikan, daging dan barang dapur jenguk sahaja kat Tesco sebelah Taiping Sentral. Nak beli kain baju sehelai dua pun ada. Gelang mas dan rantai subang berlonggok-longgok ada.

Chendol dan Pasembor pun ada. Pasembor Kadir lagi pulak tu!

Sebulan dua lagi macam ini ceritanya pula.

Cerita 2; Sushi King

Mak Lang Hodoh dari Cheruk Pelanduk ini Mak Menakan belah mak aku. Bukanlah nama sebenarnya Hodoh. Malah masa remajanya dulu amatlah lawa sehinggakan Tok Jantan aku takut anaknya itu asyik dipuji dan dipuja terus bagi gelaran Hodoh. Melekat nama itu sampai hari ini. Mungkin inilah orang zaman ini kata “reverse psychology”! kira-kira Tok Jantan aku pun dah belajar semua ini.

Suatu hari itu aku bawa Mak Lang Hodoh aku ini pergi Taiping Sentral. Dia terimgin nak makan Sushi. Kami cadang naik bas dari Cheruk Pelanduk. Nama saja Cheruk Pelanduk tapi jalan sudah bertar sampai ke tangga rumah. ‘Api dalam kaca” dan ‘air dalam besi” sudah lama ada dah!

Berjam tunggu bas. Betul le bas ini. Kalau nak naik bas, haram sebiji pun tak lalu. Kalau kita tak nak naik bas, sat-sat dia lalu, sat-sat dia lalu. Mak Lang Hodoh mula berleter sambil perbetulkan kain seledang merah jambu ini. Bila pula Pak Lang beli kain seledang ini.

“Tak eh! Mak Lang dapat free selendang ini. Cu Nan wakil YB bagi minggu lepas. Depa pakat nak pakai masa pergi pesidangan kat KL nanti. Mak Lang nak try-test-cuba dulu! Bagi nampak lusuh sikit”

Akhirnya kami naik Teksi Sapu Pie Sempeneh, dia ni pencen askar sama skuad dengan orang tua aku.

Aku tanya Mak Lang Hodoh aku nak beli barang dapur dulu ke atau nak makan Sushi. Mak Lang kata barang dapur Pak Lang sudah beli di kedai Abon kat Pekan. Kat situ boleh tulis pakai Buku Tiga Lima sahaja.

Kami masuk Sushi King. Mata Mak Lang melilau tengok konveyor atas meja yang bergerak bawa Sushi-sushi itu.

‘La, macamana nak makan? Benda tu semua dok berjalan!,” tanya Mak Lang.

“Tak apa, kita boleh ambik mana yang kita nak,”

Aku ambik dua, tiga jenis Sushi.

“Mak Lang, ini Sushi Tuna, ini Sushi Ketam, ini Sushi “entah apa-apa”!” aku pelawa Mak Lang Hodoh makan.

“La, awai dia guna daun pisang hancur?”

“Ini bukan daun pisang hancur. Ini rumpai laut”

“Awai, benda ni rasa macam Pulut Inti dengan Nyior Pedas saja?”

“Memang macam ini rasanya Mak Lang!”

“Depan tak panas balik ka? Sejuk bedi saja!”

“Memang macam ini rasanya Mak Lang!”

“Hang perabih saja la. Mak Lang tak lalu! Mak Lang nak balik dah. Teringat kat Pak Lang hang.”

Dalam perjalanan balik, Mak Lang Hodoh membisikkan ke telinga aku.

“Sat lagi sampai kat rumah, hang kukur nyior. Mak Lang buat Pulut Inti. Lagi sedap dari benda yang hang makan tadi.”

Aku mengangguk-angguk kepala. Memang betulpun kata Mak Lang Hodoh aku ini.


Cerita 3; Starbuck

Pak Su Mat Bendang Luas, Ijok ini adik ipar tinggal bapa aku. Dia menikah lain selepas adik bapa aku meninggal kerana barah dalam perut.

Tak dan-dan Pak Su Mat aku ini menikah lain selepas Mak Su meninggal dunia. Aku faham sangat “kehendak” dia itu. Maklumlah aruah Mak Su aku itu sudah sakit bertahun lamanya.

Aku berjumpa dengan Pak Su aku ini minggu lepas di kebun durian bapa di Cheruk Pelanduk. Pak Su Mat juga berkebun tanam pisang di tanah milik aruah Mak Su aku yang bersebelahan dengan tanah bapa.

Aku perasan Pak Su Mat aku ini nak menyorok apabila nampak aku. Memandang dia orang tua dan juga Pak Menakan tinggal aku, aku sapa dia dulu.

“Lama tak nampak Pak Su? Tak ke Taiping ke?”

“Pak Su sibuk sikit la ni. Anak pisang ni kalau tak berjaga kena share dengan binatang lain pula.”

“Pak Su tak pi perkena Teh Candu Kantin Polis ke”, tanya aku lagi.

“La lepas Mamak Rashid ini pecah kongsi di Kantin Polis tu, Pak Su tak tahu mana depa menega”

“Banyak cawangan dia Pak Su. Depan Telekom Pejabat Pos ada, Market Road ada. Kat Kamunting depan Masjid pun ada”

“Pak Su teringin nak pergi Starbuck. Hang pernah masuk Starbuck Man?”

“Tak pernah Pak Su. Depa kata RM 8.00 segelas!”

“RM 8.00 segelas! Tu dia…….”

Tiba-tiba aku teringat aruah Mak Long Bukit, kakak bapa aku. Masa hidupnya dia buat kopi sendiri. Ada satu kopi yang sangat special. Katanya kopi tahi musang. Sama ada betul atau tidak, dia beritahu aku kopi ini tumbuh dari biji kopi yang diberak oleh musang dan musang (selain dari tupai) adalah binatang yang “pemilih” makanannya. Dia akan pilih makanan yang baik-baik sahaja.

lukmanw@gmail.com
http://orangkeciloramgbesar.blogspot.com/

No comments: