Friday, April 17, 2009

Gila Bubur Nasi



Gila Bubur Nasi

Ada yang panggil Bubur Nasi. Ada yang panggil Porridge. Aku tak ingat macamana rasanya Bubur Nasi semasa aku belum tumbuh gigi dulu. Seingat-ingat aku mula suka makan Bubur Nasi ini semasa ”bergelandangan” di KL pertengahan 80an. Dua tempat menjadi tumpuan geng motor ketika itu. Satu di Chow Kit dan satu lagi Bangsar. Kalau di Bangsar di hadapan KFC itu menunya lengkap dengan Ikan Bilis Goreng, Lobak Asin yang dipotong kiub kecil, Kangkung Goreng, Telur Masin, Ikan Isi Jeruk dan beberapa lauk tambahan lagi. Ramai juga selebriti-selebriti terkenal masa itu makan di sini. Tetapi rasanya sudah tak ada abang penjual bertopi seiras Ito, Blues Geng sekarang ini.

Kemudian aku mula kemaruk Bubur Lambuk di bulan Ramadhan. Pantang ada edaran di masjid dan surau pasti aku akan mencubanya. Kalau di Bazar Ramadhan pasti aku membelinya. Anehnya juga Bubur Lambuk dari Masjid Kampung Baru belum pernah aku jamah.

Kalau balik Sungai Pinang belah rumah Mak Mertua, masjid di situ menyediakan Bubur Lambuk dengan tulang lembu. Kalau ”rajin tulang” tolong bersiap boleh dapat tulang lutut. Lepas makan mesti berminyak (berlemak?) bibir atas bawah. Tangan pula esok masih bau daging!

Sekarang ini sudah menjadi kemestian dalam rumah aku Bubur Nasi ini sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu. Biasanya hari Khamis iaitu hari kepulangan aku dari Sintok.

Seperiuk besar terkedang di atas meja. Orang rumah seorang aku itu tidak berapa berahi. Tetapi aku dan anak jantan seorang itu akan ”mengulang” sampai cuci-calat.

Anak jantan seorang aku itu masa dok dalam perut emaknya sudah ”mengidam” Bubur Nasi ini. Pantang pergi Taiping emaknya mesti singgah Kedai Buah Irene nak makan ”porridge”.

Semalam lepas makan kambing di Kulim aku balun pula Bubur Nasi di rumah. Menunya mesti standard. Bubur Nasi mesti dimasak dengan udang dan daging. Udang masak dengan kulit bau rasa manisnya. Daging pula potong kiub kecil. Pernah tukar daging dengan ayam tapi rasanya tak mengancam.

Mesti ada lauk Bilis Goreng. Mesti ada Lobak Masin Manis yang dipotong kiub kecil. Mesti ada Bawang Goreng. Daun sup sebagai syarat saja.

Lauk dan segala meneka ramuan ini tak boleh berkira sangat. Mesti melata penuh atas Bubur Nasi. Lagi bagus sampai tak nampak warna puteh bubur!

Makan pula mesti dalam mangkuk. Lagi dalam mangkuk itu lagi bagus. Sudu pula jenis camca pendek stainlesssteel. ”Sudu Ais Kacang”, kata abang ipar aku yang kerja Proton itu. Dia tergelak apabila tengok sudu jenis ini banyak di rumah aku. Siap dia tanya ada tak dari jenis plastik atau tembikar!

Ada sesiapa nak mai rasa Bubur Nasi di rumah aku?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

5 comments:

  1. saya tgh ngndung anak kedua nie mmg suka sgt mkn bubur nasik.. hai...terliurnye tgok gbr atas tue... nie masuk blog pun sbb search gmbr bubur nasik kat tenet! hihi...

    ReplyDelete
  2. Salam Unai

    Di Penang kalau bukan bulan Ramadhan saya tak pasti mana ada Bubur Nasi ini. Kalau bulan Ramadhan merata masjid ada - saya selalu perkena di Masjid Sg Pinang. Bubur Nasi siap ada tulang gear box. Berminyak (berlemak) mulut dan tangan selepas makan.

    Lukman

    ReplyDelete
  3. Lagi satu tempat yang saya rekemen, Moi Sup Labu Labi di Bayan Lepas. Sebelah Klinik Rahim.

    Moi Sup dia letak sup daging.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mus

    Boleh pergi cari ni! Buka time mcmana? Setiap hari? Time?

    ReplyDelete
  5. Waktu maghrib dah start beroperasi. Hari apa cuti tak pasti la pulak

    ReplyDelete