Wednesday, April 01, 2009

Kesan kegawatan mula terasa

Kesan kegawatan mula terasa

Mungkin kerana diadakan hari isnin, tidak ramai penghujung dari kalangan ibubapa dan penjaga yang kelihatan di hari sukan sekolah anak jantan seorang aku itu. Tetapi aku berjumpa ramai ibubapa yang masih bekerja di kilang tayar iaitu kilang yang pernah aku bekerja lebih 15 tahun sebelum ini.

Dengan Yob Zaki dan Murtadza Hj Mokti seawal pagi. Kemudiannya ramai lagi yang malangnya sama ada aku tidak pernah mengetahui ataupun telah melupai nama-nama mereka. Segan juga apabila bersalam dengan mereka ini yang kesemuanya masih mengingati nama aku walaupun telah meninggalkan mereka semenjak tahun 2004.

Ingatkan mereka ini bekerja di syift petang atau malam yang membolehkan mereka datang ke hari sukan sekolah anak-anak meraka. Terkejut aku dimaklumkan mereka terpaksa mengambil cuti tahunan untuk membolehkan kilang di-shut-down selama dua hari.

Terkejut aku kerana bulan lepas mereka sahaja baru menerima dua bulan bonus berdasarkan prestasi tahun lepas yang memberangsangkan.

Dalam masa yang sama aku juga dimaklumkan sebuah kilang tayar lagi di Kedah telah dua minggu di-shut-down sehingga 31 Mac 2009.

Adakah kesan kegawatan sudah menular ke industri barangan kegunaan harian?

Apa khabar industri simen? Apa khabar industri produk makanan?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment