Wednesday, April 01, 2009

Hari sukan sekolah

Kontigen terbaik - tengoklah siapa leader-nya?

Semasa "parade".

Semasa pertunjukan selingan.

Hari sukan sekolah

Ingatkan tahun ini aku tidak dapat hadir ke hari sukan sekolah anak jantan aku seorang itu pada sabtu lepas. Sama sehari dengan Konvo UUM. Tahun ini nama aku naik lagi sebagai ahli akademik untuk hadir konvo. Sebenarnya nama aku naik tiap-tiap konvo (sudah 4 konvo semenjak aku mula bergelar Warga UUM dari tahun 2007). Tapi 2 konvo sebelum ini aku ada kelas untuk dikendalikan. Manakala 1 konvo itu aku ganti kelas Ketua Jabatan aku sebab dia tentunya tidak-boleh-tidak dari menghadiri konvo ini.

(Cerita pasai konvo ini mungkin ada di lain posting!)

Sebelum hari sabtu, anak jantan aku seorang itu sudah mula tarik muka 14. Lebih-lebih lagi tahun dia dia akan beraksi beberapa acara akhir dan mengepalai sesi perarakan sebagai pengerusi beberapa kelab beruniform dan pasukan sukan. Tak kata ayah ada kerja!

Dalam masa konvo sabtu itu, aku terima sms. Sukan cancell. Guru Besar mati. La apasal tak mati semalam. Kalau tidak boleh angkut anak jantan aku seorang itu dan isteri aku seorang itu datang tengok konvo. (Adakah aku boleh terfikir macam itu?)

Hari sukan dijadualkan semula pada hari isnin.

Tidak seperti tahun lepas, anak jantan seorang aku itu dengan kumpulan menjuarai acara tarik tali, tahun ini hanya menduduki tempat kedua. Kalah dengan pasukan lain yang rata-ratanya berbadan kecil tapi mempunyai teknik yang begitu bersistematik iaitu bertahan dahulu sebelum menarik.

Kontigen perarakan terbaik masih dimenangi oleh pasukan anak jantan seorang itu iaitu Persatuan Bulan Sabit. Tetapi Rumah Merah iaitu rumah sukannya hanya mendapat tempat kedua tidak seperti tahun lepas mereka menjadi juara.

Perarakan tahun ini agak meriah dan menarik dengan setiap kontigen akan berhenti seketika di hadapan tetamu kehormat bukan sehaja membuat tabik hormat tetapi mengadakan selingan pertunjukan. Cuma di tahun lepas, pakaian ahli perarakan lebih kreatif dengan kehadiran maskot.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Salah tektik - asyik tarik sahaja tak bertahan!


Naib Johan

Pesan ayah, jadi anak jantan. Lasak tak apa!


Pesan mak, jangan bagi kotor baju/seluar!

No comments:

Post a Comment