Sunday, June 14, 2009

Rupanya Soleha itu Paris Hilton!

Rupanya Soleha itu Paris Hilton!

Minggu lepas sebelum ke Jakarta aku sempat balik Batu Kurau. Mak aku suruh balik ambik buah macang. Macang tengah lebat luruh! Buah macang ini kalau banyak makan mentah boleh kebas lidah, Kalau buat sambal colek sikit dengan tempoyak dan cecah dengan petai boleh habis setengah periuk nasi. Kalau cili terlebih boleh kebas lubang punggung pula bila nak buang semua yang dah diproses oleh perut.

Masa nak balik aku singgah sekejab di rumah Mak Long Huduh aku. Sebenarnya aku nak beritahu minggu depan aku tak boleh datang kenduri sunat cucu jantan dia. Mak dan pak aku pun tak boleh datang sebab kena pergi Kampar temankan cucu. Menantu jantan pergi Korea ada persidangan MLM.

”Mu pasai pula tak boleh kelek Man?”, tanya Mak Long Huduh.

”Man ada kerja sikit di Jakarta Mak Long. Ada ”race mutu” kat sana.”

”Mu la ni dok ”race mutu” lagi ke Man?.”

”Tak lah la ni Mak Long. Cuma tulung-tulung jaga ”race” saja Mak Long.”

”Mu pergi Jakarta tu kalau mu jumpa Soleha tu mu katalah Mak Long kirim saleng. Mak Long berkenan sungguh dengan Soleha itu. Kalau Mak Long ada anak jantan memang berkenan nak buat Soleha tu menantu. Mu pun kalau tak kahwin lagi memang Mak Long nak suruh mu cari bini macam Soleha itu.”

”Aik! Mak Long pun minat Soleha?”

”Soleha itu Mak Long berkenan sungguh. Dok dalam rumah sama orang betina dan muhrim pun tak lekang tudung. Masa dia jadi Mardina ni Mak Long tak berapa berkenan sangat sebab dia dah mula buka tudung. Mu jangan lupa pulak Man. Kalau jumpa dia kirim saleng Mak Long banyak-banyak.”

”Yang lain tak mahu kirim ke Mak Long?” saja aku mengacah Mak Long Huduh aku itu.

”Hak tu tak kan bini mu tak mau beli Mak Long sehelai tudung Soleha.”

Itu minggu lepas, sebelum aku pergi Jakarta. Minggu depan aku nak balik Batu Kurau bukan saja bawa cenderahati tudung dari Indonesia tapi aku bawa balik sehelai surat khabar C & R. Dalamnya ada kisah Marshanda (nama sebenar Soleha) dengan stail terbarunya ala Paris Hilton dan juga beberapa keping gambar terbaru yang aku saja ambik dari tv Indonesia siaran langsung lagi.

Agak-agaknya Mak Long Huduh aku berkenan lagi tak dengan Soleha ini?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/






No comments:

Post a Comment