Pengenalan
Ke mana nak pergi cuti sekolah dua minggu ini? Sabtu Ahad tengah minggu ada kelas di KL. Hujung minggu akhir cuti pun ada perjumpaan pelajar di KL. Pelajar baru pula mula nak mendaftar. Di KL ada satu batch. Di Prai ada satu batch dan yang terbaru ada satu batch di Miri. Padat jadual aku semester ini dengan tiga batch pelajar di tiga tempat berlainan.
Rancangan asal memang ada lawatan UUM (Dewan Penginapan MISC) ke Bandung masa cuti sekolah ini tapi dilewatkan ke selepas cuti sekolah sebab ramai yang terlibat dengan sukan. Ketika itu persekolahan sudah dibuka, macam mana nak bawa anak isteri melancong. Anak jantan seorang aku itu sudah bersekolah dan isteri seorang aku itu pun sudah mula mengajar.
Tiba-tiba ada jemputan tugasan secara pilihan sama ada ke India atau ke Jakarta. Tugasannya hanya satu hari. Kira campur tolak sana sini, aku pilih ke Jakarta. Memang aku teringin ke India yang sebelum ini hanya sampai ke sempadan.
Aku memilih Jakarta sebab tugasan ini hanya sehari dan boleh dilanjutkan tiga empat hari untuk melancong. Mula-mula anak jantan seorang aku itu dan isteri seorang aku itu berbelah bagi nak ikut. Awai-awai lagi ”dua orang sekutu” aku ini dah mengistiharkan kalau betul-betul bercuti baru nak ikut. Ini pun bercuti tapi masih ada tugasan! Ayah janji satu hari saja tugasan. Hari lain betul-betul bercuti!
Jadi Sabtu Ahad aku mengajar di KL. Isnin kami tiga beranak naik flight Air Asia ke Jakarta. Parking kereta di Hotel Kualiti, KL. Sebab last minute tempah flight, flight MAS habis. Hanya tinggal Air Asia dengan perbezaan murah hampir RM 300.00 tapi banyak kemudahan yang tiada seperti MAS.
Selepas selesai tugasan di Jakarta kami ke Bandung. Duduk di Bandung tiga hari kami balik ke Jakarta. Selepas sehari di Jakarta kami balik ke KL Menginap di Hotel Kualiti yang sama dan Sabtu Ahad sambung kelas.
Kalau aku tulis pasai tempat menarik di Jakarta dan Bandung, sudah banyak di dalam blog lain. Jadi aku akan menulis secara panduan terutama kalau yang belum pernah dan bercadang nak ke sana tanpa menggunakan pakej perlancongan dan tiada sesiapa (saudara mara atau kenalan) yang menunggu di lapangan terbang.
1. Persediaan sebelum berlepas
Maklumat tempat liburan
Sebenarnya internet banyak membantu dalam apa saja maklumat sekarang ini. Gunakan saja ”search engine” dengan katakunci Bandung atau Jakarta pasti maklumatnya melimpah ruah.
Dapatkan maklumat-maklumat penting seperti kadar tukaran mata wang, tempat penginapan, tempat membeli-belah, tempat makanan tempatan, tempat menarik dan sebagainya. Selain dari catatan-catatan rasmi dari agen perlancongan, boleh juga dirujuk kepada catatan-catatan individu yang pernah ke sana.
Dokumen perkenalan diri dan perjalanan
Pastikan dokumen-dokumen perjalanan anda lengkap. Bawa plastik lutsinar yang boleh ditutup (zipper plastic bag). Bukan sahaja boleh melindungi pasport dan dokumen penting, plastik ini boleh digunakan untuk muntah. Kelebihannya ia boleh ditutup (seal) dengan serta-merta.
Bawa beberapa salinan photocopy pasport. Begitu juga salinan photocopy kad kredit. Jangan simpan salinan-salinan photocopy ini di dalam satu beg yang sama dengan dokumen asal. Ini untuk persediaan jika berlakunya kecemasan seperti kehilangan dokumen asal yang berkenaan. Biasakan juga mencatat nombor-nombor dokumen ini. Saya menyimpannya di dalam telefon bimbit saya.
Simpan semua dokumen (terutama pasport) yang perlu dibawa ketika berjalan dalam satu ruang beg silang anda. Gunakan beg silang yang berkunci dan berzip yang sesuai. Seeloknya beg silang yang tidak telap air. Boleh juga bawa beg pinggang. Saya memilih beg silang kerananya lebih besar untuk memasukkan satu folder berisi dokumen bersaiz A4 seperti pengesahan tempahan tiket kapalterbang dan salinan fax tempahan bilik hotel dan sebagainya.
Jangan bawa kunci kenderaan dan kunci rumah anda dalam poket. Simpan kesemuanya dalam beg pakaian anda dan di ruang yang selamat. Jangan diletak di celah-celah pakaian.
Kadar tukaran matawang
Matawang semasa ialah Rp 1000 = 35.8 sen (RM 0.358). Untuk panduan berbelanja dengan kadar tukaran ini ialah membahagikan setiap Rp yang dinyatakan dengan 2793. Sebagai contoh sehelai t-shirt yang diletakkan harga Rp 40, 000 dibahagikan sahaja dengan 2793. Iaitu dalam RM ialah sekitar RM 14.30.
Biasanya orang Indonesia akan menyebut hanya 40 untuk Rp 40,000. Bermakna 40 itu adalah 40 ribu Rp.
(Bergantung kepada tempat membeli-belah, kalau ala bazar boleh ditawar sehingga 75 %. Manakala di tempat membeli-belah ala shopping complex harga tetap. Sebagai contoh t-shirt di Pasar Baru Bandung yang diletakkan harga Rp 40,000 boleh mula ditawar sehingga Rp 10,000 dan biasanya boleh dibeli pada Rp 20,000 (RM 7.15).)
Kami tiga beranak menukar RM 3K iaitu Rp 8.4 juta. Anggaran perbelanjaan ini agak besar RM 3K ini termasuklah bayaran hotel kerana kami cuba mengelakkan dari menggunakan kad kredit. Kebanyakan penerima penggunaan kad kredit ini mengenakan komisyen yang tinggi.
Asingkan juga matawang ringgit, kad ATM dan sebagainya dari dompet anda.
Dalam beg tangan isteri dan juga beg silang saya sentiasa dibawa mesin kira kecil. Ini akan memudahkan anda untuk membuat pembandingan dengan ringgit Malaysia. Beberapa kenalan saya dan kenalan isteri membawa senarai bandingan seperti di bawah.
Penggunaan kad kredit
Bagaimanapun jangan lupa untuk mengaktifkan kad kredit. Dua tahun lepas terkejut saya dapati hotel di Hua Hin, Thailand tidak menerima kad kredit sebab tidak diaktifkan untuk penggunaan di luar negara walaupun sebelumnya pada tahun yang sama saya telah aktifkan kad tersebut. Sebelum ini kalau diaktifkan sekali akan aktif sepanjang tahun ini. Dua tiga tahun kebelakangan ini hampir semua pengeluar kad kredit memestikan pengguna mengaktifkan kad kredit setiap kali hendak keluar negara termasuklah menyatakan negera yang bakal dikunjung.
Tukaran mata wang perlu pula dengan pelbagai nilai dari sebesar-besarnya hinggalah sekecil-kecilnya. Seboleh-bolehnya mahirkan dengan mengecam warna-warna nilai mata wang ini. Rujuk carta berikut sebagai panduan. Kegunaannya akan diterangkan berikut.
Persediaan pakaian dan bagasi
Sekiranya berhasrat untuk membeli pakaian di Bandung, anda hanya perlu bawa pakaian dalam sahaja. Malah pakaian dalam juga boleh dibeli di Bandung. Anda boleh bawa pakaian yang dipakai sahaja! Beli sahaja t-shirt, kemeja, blous, baju tidur dan apa saja di Bandung. Begitu juga dengan beg pakaian. Kami hanya membawa dua beg pakaian. Sebenarnya satu beg besar (yang tidak berisi) dan satu beg kotak. Beg kotak dimasukkan ke dalam beg besar ini. Manakala satu beg silang untuk berisi dokumen. Isteri pula dengan beg tangannya dan anak dengan beg galasnya. Pastikan beg-beg pakaian terutama yang dimasukkan ke dalam ruang bagasi di dalam kapal terbang lengkap berlabel atau bertag nama dengan nombor telefon dan alamat rumah.
Pakailah pakaian yang santai dan memudahkan untuk bergerak. Kami memilih kasut sandal Croc dan ianya amat berguna kerana cuaca di Jakarta dan di Bandung sekarang ini ialah musim hujan. Selain sandal Croc tidak telap air, ianya cepat kering serta boleh dibasuh dan mudah dikering pada waktu malam. Pengikat di bahagian belakang sandal Croc ini amat berguna terutama bergegas ketika menggunakan pengangkutan awam.
Dalam beg tangan isteri juga tersedia satu payung kecil.
Penempahan tiket kapal terbang
Penerbangan yang dipilih (ditempah) seeloknya tiba di Jakarta atau terus di Bandung ketika hari siang untuk memudahkan perjalanan seterusnya. Pastikan anda menempah penerbangan (terutama menggunakan atas talian) pada tarikh pilihan anda yang betul.
Manafatkan kesemua kemudahan atas talian seperti tempahan nombor tempat duduk, daftar masuk (biasanya 48 jam atas talian), tempahan makanan (dengan diskaun) dan sebagainya.
Rancang perjalanan ke lapangan terbang
Oleh kerana kami menginap di Hotel Kualiti KL sebelumnya, kami menggunakan teksi ke KL Sentral. Sebenarnya boleh menggunakan LRT dari Stesen Bandaraya (Sogo) ke KL Sentral (dengan menukar LRT di Stesen Masjid Jamek ke KL Sentral), kami memilih teksi dengan bayaran bermeter RM 4.60.
Dari KL Sentral kami menaiki Bas Air Asia terus ke LCCT dengan bayaran RM 9.00 seorang. Terdapat juga perkhidmatan bas lain dengan harga hanya RM 8.00. Perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit adalah RM 35.00.
Manakala teksi dari KL ke KLIA/LCCT adalah sekitar RM 80.00 satu teksi pada waktu siang dan RM 150.00 satu teksi pada waktu malam.
KLIA/LCCT juga menyediakan parking berbayar dengan bayaran sekitar RM 30.00 sehari.
2. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Bandara Soekarno Hatta Jakarta atau Subang
Elakkan dari berurusan dengan ”ulat-ulat” lapangan terbang. Sementara menunggu pengambilan beg, anda boleh ke bilik air.
Terus ke kaunter bas atau teksi yang tersedia. Ataupun anda boleh singgah di mana-mana restoran untuk menghilangkan haus dan mengisi perut. Paling mudah ialah McD yang betul-betul terletak di pintu keluar utama.
Pengangkutan dari lapangan terbang
Di Lapangan Terbang Bandara Soekarno Jakarta di Cengkareng anda boleh terus ke Bandung menggunakan perkhidmatan van (kapasiti 8 orang) yang dipanggil Shuttle. Antara syarikat yang ada ialah Cipaganti Otojasa.
(Bandara adalah Bandar Udara. Menjadi kebiasaan di Indonesia menggunakan singkatan nama.)
Dari lapangan terbang shuttle terus ke hotel di Bandung ialah Rp 115 ribu (RM 41.20) seorang. Sekiranya ke stesen shuttle di Bandung ialah Rp 90 ribu (RM 32.20)
Kami mengambil teksi dari lapangan terbang ke Mal Metropolitan di Bekasi dengan bayaran mengikut ”argo’ (meter) iaitu Rp 20 ribu ( RM 7.60) satu teksi dan kemudian menggunakan perkhidmatan shuttle Cipaganti ke Bandung (ke BTC – Bandung Trade Center disebut Bee-Teh-Say) dengan bayaran Rp 70 ribu (RM 25.00) seorang.
(Bayaran mengikut ”argo” adalah sekitar Rp 17 – 18 ribu tetapi pemandu teksi biasanya mengenakan bayaran Rp 20 ribu. Biasakan membayar dengan jumlah Rp terhampir. Untuk Rp 18 ribu bayar dengan duit kertas Rp 20 ribu. Elakkan membayar dengan duit kertas Rp 50 ribu atau Rp100 ribu!)
Mobil sewa pandu sendiri
Rancangan asal kami hendak menyewa kereta dengan bayaran sekitar Rp 200 ribu (RM 71.60) sehari untuk Kijang (Toyota Unser pemasangan tempatan). Kenderaan lain ialah Toyota Avanza, dan Suzuki APV dengan bayaran sewa sekitar Rp 300 – Rp 500 (RM 107.50 – RM 179.00) sehari. Bagaimanapun kami menukar rancangan kerana ingin mencuba pelbagai perkhidmatan awam seperti bas, keretapi dan angkut serta tut-tut.
Perkhidmatan telefon bimbit
Untuk kemudahan berhubung di Indonesia dengan cara murah, anda boleh membeli kad mudah prepaid. Antara pembekal perkhidmatan yang popular ialah XL dengan pakej Rp 15 ribu (RM 5.40). Beli terus di kedai runcit atau lebih elok di kedai telefon. Ulat-ulat di lapangan terbang biasanya menawarkan pakej ini dengan harga Rp 30 – Rp 50 ribu (RM 10.80 – RM 17.90)
Pastikan juga anda telah mengaktifkan perkhidmatan ”roaming” pada telefon bimbit anda untuk kemudahan berhubung sesama talian perkhidmatan dari Malaysia.
3. Berlibur di Bandung
Hotel di Bandung
(Bayaran internet di Jalan Ciumbuleiut hanya Rp 3 ribu sejam (RM 1.10.)
Kadar Hotel Gallery Ciumbuleiut ialah Rp 450 ribu (RM 161.20) semalam untuk sebilik dua orang termasuk dua sarapan. Tambahan sarapan ialah Rp 30 ribu (RM 10.80) untuk kanak-kanak. Kebanyak hotel bertaraf 3 dan 4 bintang di Bandung ialah sekitar Rp 300 – Rp 600 ribu (RM 108.00 –RM 215.00) semalam.
Sekiranya anda dalam kumpulan yang besar mungkin boleh memilih apartment atau homestay dengan bayaran sekitar yang sama tetapi boleh didiami sehingga enam hingga 10 orang.
Oleh kerana ini adalah kunjung pertama kami dan kami tiba di Bandung jam 10 malam (waktu Indonesia 9 malam) dan dalam keadaan hujan lebat, pemandu teksi yang mengambil kami tidak mahu menggunakan ”argo” dan mengenakan bayaran sebanyak Rp 50 ribu (RM 35.80) untuk satu teksi! Sedangkan bayaran sepatutnya hanya sekitar Rp 15 – Rp 16 ribu (RM 6.00)
Makanan di Bandung
Dalam perjalanan Jakarta ke Bandung menggunakan lebuhraya baru dibuka tiga tahun lalu, shuttle yang dinaiki singgah ke perhentian rehat di KM 63. Disebabkan hanya diperuntukkan 15 minit kami membatalkan hasrat untuk makan malam di sini. Kelihatan Nasi Padangnya menyelerakan. Kami hanya memesan Teh-O sebanyak tiga gelas. Anak saya merungut kerana Teh-O rasanya tidak bergula. Rupa-rupanya kalau diorder Teh-O akan diberi Teh-O tanpa gula. Teh-O bergula dipanggil Teh-Manis, manakala Teh pula dipanggil Teh-Susu.
Ketika hendak membayar kami dikejutkan Teh-O Tawar yang dipesan adalah percuma. Kebanyakan restoran (dan sesetengah penjaja) menghidangkan Teh-O Tawar secara percuma.
Semasa perjalanan pulang dari Bandung ke Jakarta kami berpeluang menjamu selera di KM 63 di lebuhraya. Bagaimanapun di sini Teh-O Tawarnya berharga Rp 2500 RM 0.90).
Tiga orang makan dengan lauk daging goreng bercili, paru, bergedel, telapia goreng, telur dadar dan tiga Teh-O Tawar hanya Rp 29 ribu.
Untuk makan malam seterusnya kami mencuba pula Nasi Goreng Biasa, Nasi Goreng Spesial, Nasi Goreng Ikan Asin dan Udang Goreng Tepung dengan kesemuanya hanya Rp 29 ribu.
Malam terakhir kami mencuba Sate Padang dengan satu set tujuh cucuk bersama nasi himpit berharga Rp 11 ribu. Di sini Sate Padangnya ialah Sate Daging Sapi dengan kuahnya ala ayam percik. Terdapat Sate Sapi berkuah kacang dikenali Sos Kacang. Manakala Sate Kambing pula dengan Sos Kicap.
Kami turut mencuba Bakso Manis dengan harga Rp 8 ribu. Bakso Manis dengan Sos Manis manakala Bakso Asin dengan Sos Masin.
(Keempat-empat gerai kecil ini terletak berhadapan Hotel Gallery Ciumbuleiut.)
Kami makan tengahari di Pasar Baru dengan menunya Bakso Yamin (Rp 12 ribu), Nasi Ayam Goreng (Rp 12 ribu), Es Leler (Rp 9 ribu), Es Kelapa Nangka (Rp 9 ribu), Teh-Manis (Rp 3 ribu), Teh-Tawar (Rp 1 ribu). Semuanya berjumlah Rp 47 ribu (RM 16.80).
Hari ketiga di Bandung kami makan tengahari dengan set Big Mac di McD (burger, kentang goreng dan coke) dengan harga Rp 38 ribu (RM 13.50).
Pengangkutan awam di Bandung
Selepas sarapan di hotel hari pertama kami menaiki Angkutan Kota (van pengangkutan awam hanya disebut Angkut) ke Jalan Champelas. Sebenarnya kami boleh berjalan kaki. Bayaran Angkutan Kota ke mana-mana tempat di Bandung adalah sekitar Rp 1 hingga Rp 3 ribu seorang sahaja. Dari Jalan Ciumbuleiut ke Jalan Champelas bayarannya Rp 1500 seorang.
Anda tidak perlu bertanya kepada pemandu Angkut, ramahkan diri anda untuk bertanya kepada penumpang yang ada. Sentiasa bersedia dengan duit kertas Rp 1000 atau Rp 2000 serta siling Rp 500.
Pemandu-pemandu Angkut ini sentiasa berkejaran mendapatkan pelanggan. Jangan terkejut melihatkan cara mereka berhenti dan menyelit di celah-celah kenderaan lain. Adalah menjadi kebiasaan pemandu-pemandu ini menjawab telefon, mengira duit dan membuat pekerjaan lain semasa sedang memandu!
Kalau menaiki teksi terus ke Pasar Baru bayarannya sekitar Rp 30 – Rp 35 ribu. Pastikan pemandu teksi yang dinaiki menggunakan ”argo” (meter).
Pusat membeli-belah di Bandung
Kami tiba di Jalan Champelas sekitar jam 10 pagi (9 pagi waktu Indonesia). Kebanyakannya kedai-kedai (factory outlet) di sini dibuka sekitar jam 10 pagi waktu Indonesia. Isteri membeli dua helai t-shirt dengan harga ditawar dari Rp 40 ribu (Rp 14.30) hingga ke Rp 20 ribu (RM 7.15) sehelai.
Di Jalan Champelas ini terdapat beberapa buah gerai yang menjual senapang angin berpelurukan ball bearing. Harganya sekitar Rp 200 ribu hingga Rp 500 ribu (RM 70.00 – 170.00). Menarik di sini juga terdapat banyak tukang jahit di tepi kedai.
Dari Jalan Champelas kami menaiki Angkut ke Pasar Baru dengan bayaran Rp 2 ribu (RM 0.70) seorang.
Pasar Baru ini ala bazar di Malaysia. Terlalu sesak dan padat dengan susunan gerai yang bersebelahan. Terdapat juga lot-lot kedai yang lebih selesa untuk bergerak.
Seboleh-boleh jangan berpecah semasa di Pasar Baru. Boleh juga bergerak dengan kumpulan kecil tapi pastikan anda menetapkan satu ”landmark” di luar bangunan dengan nama laluan atau pintu keluar untuk berkumpul.
Di Pasar Baru isteri membeli beberapa helai blouse, t-shirt, tudung, kain ela untuk baju Melayu/Kurung, telekung dan cenderahati.
Tudung semurah Rp 8 ribu sehelai dan t-shirt dari semurah Rp 10 ribu. Anda boleh menawar sehinggakan 75 % dari harga asal yang diletak oleh penjaja.
Di sini anda boleh membeli beg pakaian sama ada jenis besar berkunci ataupun yang ringkas boleh digalas. Kami membeli beg ringkas yang boleh digalas. Pastikan juga tangkal atau pemegang beg ini kukuh dengan ikatannya menyeluruh mengeliling hingga ke bawah beg. Beg ini berharga Rp 25 ribu (harga asal Rp 40 ribu).
Kami menghabiskan masa hampir dua jam di sebelah pagi dan kemudiannya menjamu selera di tingkas enam (disebut Lantai Enam). Elakkan daripada membeli makanan terdedah yang banyak dijual di pinggir jalan. Selepas kami menghabiskan masa hampir sejam lagi sebelum beredar.
Di dalam Pasar Baru ini juga ramai penjaja-penjaja bergerak yang menjual minuman dan cenderahati.
Tempat-tempat membeli belah lain di Bandung
Selain dari Jalan Champelas dengan Factory Outlet di sepanjang jalannya dan Pasar Baru ala bazar di Malaysia, kami turut mengunjungi shopping complex di King dan Yokja.
Semasa dalam perjalanan di sini kami sempat singgah di beberapa kedai membeli kasut, DVD dan cenderahati. Antara DVD dibeli ialah Laskar Pelangi, Saus Kacang dan sudah tentunya MP3 Koleksi Iwan Fals dan Ebiet G Ade.
Harga VCD/DVD cetak rompak adalah sekitar Rp 5 ribu dan Rp 15 ribu (RM 5.00). Untuk original sekitar Rp 20 - 30 Ribu (RM 10.00). Bagaimanapun agak sukar untuk mendapatkan DVD cetak rompak filem-filem terbaru atau sinentron Indonesia.
Kami terjumpa satu lorong yang menjual CD-CD lagu underground Barat dan tempatan, Ratusan CD-CD underground dijual secara terbuka di sini.
Kunjungan di shopping complex ini sekadar menjamu mata dan menggunakan tandas. Bayaran masuk tandas adalah Rp 500 (20 sen) Walaupun harga pakaian dan barangan di sini tetapi lebih murah di Malaysia. Bagaimanapun kasut sukan seperti Adidas dan Nike harga hampir sama di Malaysia.
Kebanyakan factory-factory outlet ini dihias ala stail kolonial hingga ke dinasti China serta menggunakan replika-replika untuk menarik para kunjungan.
Tempat-tempat menarik di Bandung
Mungkin disebabkan kesuntukan masa dan cuaca kurang menarik, kami membatalkan rancangan ke Tangkuban Perahu. Khabarnya banyak strawberry dan raspberry dijual di sana. Bagaimanapun buah-buah ini juga banyak dijual di Bandung. Malah ramai penjual termasuk kanak-kanak kecil yang menjualnya di persimpangan jalan dan tengah arus lalu-lintas.
Pemuzik jalanan dan peminta sedekah
Di mana saja terutama di tempat membeli-belah, ramai pemuzik jalanan dan peminta sedekah lelaki dan wanita, dewasa dan kanak-kanak yang ada di antaranya cacat anggota, membawa anak kecil serta bayi hinggalah mereka yang sihat tubuh-badan serta berpakaian kasual.
Di tempat-tempat menjamu selera, ketika menaiki angkut, ketika kenderaan terhenti akibat kesesakan lalu-lintas, mereka ini akan menyerbu anda.
Sekiranya anda bermurah hati menghulurkan derma, ramai lagi yang serta-merta akan mengerumun anda.
Mungkin niat anda untuk bersedekah sediakan duit siling (Rp 500, Rp 200 dan Rp 100) untuk tujuan murni anda ini.
Kami juga terhibur dengan nyanyian, petikan gitar, ketukan gendang dan gerincingan gelang besi dari pemuzik dan penyanyi jalanan ini terutama dari anak kecil.
Keretapi mewah Agro Gedek Bandung-Jakarta
Disebabkan masa perjalanan 4 jam jika menggunakan keretapi mewah Agro Gedek menyebabkan kami memilih shuttle Cipaganti sahaja untuk kembali ke Jakarta. Keretapi mewah yang lengkah dengan pelayan ala pramugari ini boleh dicuba jika anda mempunyai masa terluang. Perjalanannya yang melalui beberapa buah jambatan tergantung ala filem Broken Arrow John Travolta melalui kawasan pergunungan ini memang mengasyikan jika berpeluang menaikinya.
4. Berlibur di Jakarta
Hotel di Jakarta
Di Jakarta kami menginap di Hotel Nikko dengan rate Rp 600 ribu semalam tanpa sarapan. Sarapannya ialah Rp 150 ribu seorang. Saudara kepada isteri saya di Jakarta menempah bilik di hotel ini menggunakan rate khasnya. Rate sebenar Hotel Nikko ialah Rp 1.5 juta untuk bilik paling murah!
Hotel-hotel di Jakarta (termasuk di Bandung) mengenakan cukai 21 % iaitu 6 % lebih tinggi di Malaysia. Bagaimanapun restoran masih mengenakan cukai yang sama di Malaysia iaitu 15 %.
Hotel Nikko ini juga terletak berhampiran dengan beberapa buah pusat membeli-belah mewah dan biasa serta hampir ke Jalan Kebun Kacang 30 yang terkenal dengan pusat penjaja makanan terutama Nasi Uduk.
Makanan di Jakarta
Kami mencuba Nasi Padang di Restoran Sederhana di Jalan Kebon Kacang Raya 19 bersetentangan dengan pusat membeli-belah JACC. Woduk Melati, Tanah Abang. Di sini J.A.C.C disebut Jay-Aa-Say-Say!
Di Restoran Sederhana ini kami memlih menu Ikan Mas Goreng, Daging Goreng Berlada (Dendeng Berlada), Paru Goreng, Telur Dadar, Udang Petai (Tri Pete) dan Timun (Lalap Segar). Manakala minumannya ialah Teh-O Tawar percuma. Makanan di sini harga sedikit tinggi tapi masih berpatutan iaitu Rp 102.3 ribu (RM 36.60).
Dalam perjalanan selepas membeli-belah di JACC, kami singgah semula di Restoran Sederhana membeli Murtabak Mesir Biasa berharga Rp 17.5 ribu (RM 6.30). Murtabak empat segi sebesar 8” x 8” ini di makan dengan sambal kicap!
Semasa menunggu Murtabak Mesir dimasak, kami order Teh-Susu. Maklumlah sudah hampir lima hari tidak perkena Teh-Tarik!
Kami juga membeli Jagung Rebus berharga Rp 4 ribu (RM 1.40) untuk dua tongkol.
Disebabkan kekenyangan dan hujan mula mencurah turun dengan lebatnya kami membatalkan rancangan untuk mencuba Nasi Uduk yang terkenal di Jalan Kebon Kacang 30. Hasrat untuk ke sana menaiki Tut-tut (di sini dipanggil Bajaj).
Membeli-belah di Jakarta
Kalau anda datang ke Jakarta pada hari Isnin hingga Khamis, jangan lepaskan peluang membeli-belah di Lantai Dasar di JACC seawal lima pagi! Sebenarnya seawal tiga empat pagi sudah ada penjaja yang membuka kedai atau secara lambakan di paras paling bawah ini. Kebanyakannya dijual secara borong.
Selain kain baju dan tudung seperti di Pasar Baru Bandung, di JACC ini juga banyak kedai-kedai cenderahati. Antara yang menarik ialah replika set-set drum yang dijual hanya Rp 100 ribu (RM 35.80) untuk set kecil dan set besarnya Rp 150 ribu (RM 53.70).
Harga kain baju dan tudung di Bandung jauh lebih murah jika dibandingkan di Jakarta. Bagaimanapun harga sukar untuk mendapatkan cenderahati-cenderahati di Bandung ataupun kami tidak menjumpainya.
Saya banyak menghabis masa di Lantai Enam iaitu di gerai-gerai yang menjual buku-buku. Sebelum ini gerai-gerai buku ini terletak berselerak di sebuah lorong di pinggir kota tetapi digabungkan di sini.
Kebanyakan gerai menjual buku-buku dengan harga lelong iaitu Rp 10 ribu (RM 3.60) tidak mengira jenis dan ketebalan mukasurat!
Saya rambang mata melihatkan buku-buku ini. Tetapi ”tertipu” juga kerana tajuknya hanya bertuliskan dalam Bahasa Inggeris tapi kesemua kandungannya dalam Bahasa Indonesia.
Saya membeli beberapa buah buku berkaitan dengan kursus yang saya mengajar terutama kursus semasa iaitu Emergency Response dan Disaster.
Saya turut membeli sebuah buku berset yang mengandungi tiga buah buku bertajuk; Wish & Wisper from a Father.
Isteri dan anak juga turut membeli beberapa buku berkaitan agama, novel dan sukan
Pusat membeli-belah lain di Jakarta
Ada banyak pusat membeli-belah lain di Jakarta seperti Mangga Dua di Tanah Abang dan sebagainya tidak dapat dikunjungi kerana kesuntukkan masa. Kakinya pun sudah ”capek”!
Bagaimanapun berhati-hati dengan pusat penjaja di Mangga Dua (serta di tempat juga) kerana banyak terdapat makanan tidak halal (babi dan sebagainya) yang dijual bersebelahan dengan makanan halal.
Mungkin di masa akan datang kami akan merancang untuk berkunjung ke Bogor sementelah ianya berhampiran Trek Litar Lumba di Sentul.
Tempat-tempat menarik di Jakarta
Kalau ahli keluarga berminat bolehlah berkunjung ke Puncak iaitu kawasan peranginan, Anchor (taman rekreasi air ala Sunway) ataupun Safari dan Kebun Haiwan (Zoo).
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
Bandung dikenali sebagai Kota Fabrik dan Jakarta Kota Seribu Impian. Hakikatnya pelbagai pekerjaan perkhidmatan ujud di kedua-dua kota ini. Dari pembawa barang, pemuzik dan penyanyi jalanan, pengiring payung ketika hujan, pengisi kereta (di Bandar Jakarta kereta yang memasukinya mesti terdiri lebih dari dua orang (sekurang-kurangnya pemandu dan penumpang hadapan) dan sebagainya.
Peminta sedekah sedekahnya memenuhi semua kaki lima, jejantas dan muka pintu restotan dan kedai makan serta pusat membeli-belah.
Gerai tetap dan bergeraknya pelbagai bentuk dan jenis makanan. Siap dengan dapur gas dan bangku kayu, kalau tidakpun hanya bertengek di kaki lima. Sebut saja apa jenis makanan di restoran dan gerai makanan, boleh didapati di gerai-gerai bergerak ini.
Kesesakan jalan rayanya bukan sahaja berkongsi dengan kereta, motosikal, kenderaan berat, angkut dan bajaj tetapi juga penjual jalanan. Apa saja barang boleh dijual. Dari suratkhabar, majalah, ole-oleh hinggalah rokok, sudu-garpu dan pisau. Ada juga menjual bunga, buah dan kuih lapis.
Hotel 5-bintangnya riak menjulang langit. Rumah mewah bak istana. Di celah-celahnya terdiri rumah kecil berbumbungkan papan iklan dan berdindingkan kain sepanduk ataupun kertas kotak. Di hadapan Hotel Hilton dan berberapa pusat membeli-belah mewah terbentang longkang konkrit besar yang diambil kesempatan untuk mandi oleh sesetengah warga kota.
Itulah Indonesia. Itulah Jakarta dan itulah Bandung.
5. Kembali ke Malaysia
Jangan lupa sediakan Rp 150 ribu (RM 53.70) seorang untuk cukai lapangan terbang. Anda boleh habiskan baki matawang Rp dengan membeli cenderahati di lapangan terbang Bandara Soekarno Jakarta di Cengkareng. Untuk membasahi tekak, gunakan mesin minuman sekitar Rp 10 untuk Kapuchino dan Rp 5 ribu untuk Teh/Kopi/Milo. Ini jauh berbeza dengan harga secawan teh di restoran iaitu Rp 15 ribu (RM 5.40)
Teh dari restoran terminal Rp 15 ribu
Air Asia menetapkan maksimum seorang had 15 kilo untuk bagasi. Sekiranya sampai awal ke lapangan terbang, anda boleh menggunakan penimbang konveyor pada kaunter check-in untuk memastikan berat bagasi anda.
Baki wang Rp juga pula boleh digunakan membeli makanan di atas kapalterbang (Air Asia). Air mineral RM 4.00. Milo dan Kopi RM 4.00. Sandwich RM 6.00. Lasagna dan Nasi Goreng RM 9.00. Cenderahati Air Asia turut dijual di atas kapal terbang.
Tiket bas LCCT ke KL Sentral juga boleh dibeli di atas kapal terbang (RM 9.00 seorang dan open-ticket).
Sebelum menaiki kapal terbang kami sempat berjumpa kakak ipar dan biras sekeluarga yang kebetulan baru tiba untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Jakarta.
Perjalanan dari LCCT ke KL Sentral dengan bas lancar sekali tetapi tersekat di Brickfields hampir 20 minit.
Oleh kerana kami terus mengambil teksi di laluan henti bas, pemandu teksi enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran RM 15.00 satu teksi untuk ke Hotel Kualiti KL.
Selepas makan malam di Sate Hj. Shamsuri tepi bangunan Mara kami terus masuk tidur.
Semoga panduan ringkas ini dapat membantu mereka yang belum pernah dan bercadang ke Indonesia (Jakarta atau Bandung) tanpa menggunakan pakej perlancongan dan tiada sesiapa (saudara mara atau kenalan) yang menunggu di lapangan terbang.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
Salam,
ReplyDeleteSeronoknya baca berlibur di bandung,hampir semua benda didetailkan.
Berapa kos untuk all in? saya pun teringin ke bandung tapi apa kan daya , anak 5 orang + wife = 7 orang x mampu pakcik.
Kalau ada cerita pergi berlibur rajin2 lah post kan.
wsalam
Salam sdr Adam
ReplyDeleteKalau betul dan awal planning boleh jimat byk. Air Asia dan Mas ada tambang murah kalau ditempat seawal 5 - 6 bulan. Kalau masa MATTA lagi murah.
Pakcik saya dengan ahli keluarganya isteri x 1, anak x 6 ke Bandung dengan perbelanjaan sekitar RM3K shj. Itupun sbb belanja sakan dan menginap sampai 5 hari!
Lukman
lengkap story pasal holiday pakcik luqman n family ni ya, suka baca.
ReplyDeletesaya juga sudah ke kota bandung pada 23-26 february yg lepas dengan emak saudara dan keluarganya.itupun buat tempahan tiket pada awal oktober 2009.nak ambik masa cuti perayaan tahun baru cina(12-14 feb) terlalu mahal dan mungkin sesak dengan pelancongluar dan warga jakarta(mungkin).terpaksalah dua beradik sepupu saya 'ponteng sekolah' dengan surat alasan untuk cikgu,tiket dah tempah awal.oleh krn ada antara cikgu yg tau akan percutian tersebut maka berlaku la pengiriman itu pengiriman ini kepada anak didiknya, hehehe.
memang seronok selama 4hari 3mlm dibandung.kalau boleh nak lagi lama kat sana, hehehe.tujuan kami adalah untuk bershopping dan merasa makanan2 disana yg tidak terdapat di malaysia selain udaranya yang nyaman serta harga barangan yang dijual boleh dikatakan MURAH sangat.saya syorkan sekiranya anda ingin membeli belah pakaian pergilah ke bandung, tidak rugi berbelanja disana.Julai ini kami sekali lagi akan ke sana untuk tujuan beli baju untuk raya(tiket dah tempah bulan 11 tahun lepas) tapi kami transit ke jakarta 1mlm. selamat berholiday dan enjoy shopping!!
Salam,
ReplyDeletewah bagus betullah diari perjalanan ke Bandung yang di kongsi ni.. dapat lah skit maklumat sebelum pergi hujung bulan ni..
thank you for sharing.
sgt detail..suke2...sy pon dlam plan nk g kesana ngan kwn2..dalm 7-8 org..xpenah g sane..sebenarnye thun ne kami final di mktb..so igt nk juga g ke bandung...mcm syok jer..tips yg diberi mmg complete...mule2 blur gak ne..igt nak amek pakej tapi kami jenis yg sukekan aktiviti bebas dan xterikat..ade ape tips kalo pergi as a grup??
ReplyDeleteSalam Ainzul
ReplyDeleteKalau as group lagi selamat. Utk safety purpose, break ke 2 group dan lantik seorang incharge. Ini penting terutama kalau ground travel berpecah (teksi atau kereta tak muat!). In-charge mesti ada local prepaid card.
Lukmanw
pakej berlibur ke Bandung Indonesia
ReplyDeleteuse rent a car, bisa pusing-pusing di bandung,
Salsabila rentA Car
Toyota Avanza & Suzuki APV
(6 sheet)
12 hour = RM 110.00
24 hour = RM 123.00
(include Car + Driver, not included Fuel)
Toyota Innova
12 hour = RM 130.00
24 hour = RM 150.00
(include Car + Driver, not included Fuel)
contact info:
+622292944000
+6281253467669
Hellooo,
ReplyDeletePls search and Add our email account (casa_dago@yahoo.com) from your Facebook Account.
Hope this is a usefull information when U on Vacation in Bandung.
Cheers,
salam abg luqman..
ReplyDeletesy akn pergi ke bandung dlm bulan 5 2012 nt..jd ingin kepastian yg local prepaid kad
Assalam sdr Jamal
ReplyDeleteBeli XL. Kalau terdesak nak cepat boleh beli di kaunter airport (mahal sikit) tapi jgn beli dari "ulat" yg berkeliaran kerana ada yg tertipu tidak boleh guna.
salam..
ReplyDeletethanks sgt gn info yg ada ni.. untuk sy yg sgt memerlukan...sy akn ke bandung bulan 10 ni..takut gak tertipu or sebagainye...dgn adanye ini..banyak membantu sy..terima kasih
salam,sya dah copy utk rujukn bkaitan tukaran wang dr blog cik...InsyaAllah nk ke jakarta bandung December nie..jd info2 dari blog encik detail mmudhkan utk yg x pnh pg mcm sya..tQ
ReplyDeletemklumat encik berlainan sikit dr blogger lain jd sesuai utk persiapan sya utk bcuti diJakarta 1/12 ni...trima kasih kongsi maklumat dn pengalamn encik disana ini besar erti utk sy trutama ttg beg,pakaian prlu dibawa,kasut,tukrn duit,cara simpn paspot dll..terima kash byk2...
ReplyDeleteSalam uncle luqman..saya bercadang ke Jakarta Bandung pd bln jun ini.tiket pn dh tempah lebih awal.sebelum ini pernah smpi kesana tp melalui travel agency.per pax pn dh rm700 blm include tipping.Cuma nk tau klu dr airport Jakarta nak ke Bandung, selain beli tiket di kaunter tiket naik mobil,bagaimana uncle dptkan kereta ke mal n u said rm50 ketika hujan
ReplyDeleteAssalam Nurul
ReplyDeleteTambang RM 50 sewaktu hujan itu bukan dari Jakarta ke Bandung tapi dari Bandung ke hotel berdekatan kerana pemandu teksi enggan guna meter.
Cuba dapatkan tiket dari kaunter dan elakkan guna teksi yang enggan guna meter.
saudara lukman.macam mana nak tempah hotel di bandung gallery ciumbuleiut
ReplyDeleteSaya pernah pergi Bandung dan Jakarta. Ongkosnya amat tinggi terutama makan dan transport. Mcm harga di malaysia juga. Dari airport ke bandar pun amat mahal walhal bukan jauh mana pun berbanding KLIA dgn KL. Saya tak tahu apa yg murahnya. Kalau dikatakan pakaiannya murah tapi bila campur semua kos untuk ke sana maka harganya lebih kurang mcm di KL juga. Betul tak?
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletegud info, LENGKAP!
Insyaallah sy akan ke Bandung 31/12 - 03/01 ni.. Kalo de ms, teringin gak nk ke Jakarta..
now tgh surver hotel yg dkt ngn tmpt shoping :)
salam abg... saya tak berapa faham. yang abg ambil teksi dari airport ke bekasi..?? maksud abg airport jakarta kan..?? taxi bluebird rm7.60sen ja.. kalau yg saya baca dri airport ke bekasi 1jam lebih..??
ReplyDelete@Ariff Ismail saya bantu jawab ya, mungkin adminnya belum buka blog.
ReplyDeleteMungkin maksudnya perjalanan ke bandung tetapi singgah di bekasi, karena jakarta - bekasi - bandung.
HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
ReplyDeleteSALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)
ITINERAY :
DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT
DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.
DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.
DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.
SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL
TIPS MENCARI PAKEJ MURAH & SEWA KERETA ;
ReplyDeleteMEDAN / DANAU TOBA / INDONESIA
JANGAN TERGODA HARGA MURAH … !!!
PLEASE MAKE SURE SYARIKAT TEMPAHAN PAKEJ TOUR / SEWA KERETA
PLEASE MAKE SURE ADDRESS AGENCY PELANCONGAN
PLEASE MAKE SURE TALIAN TELEPHONE AND FAX MAIL
PLEASE ASK FOR SYARIKAT PERMIT NUMBER / LICENSED NUMBER
PLEASE ASK FOR TAX NUMBER
PLEASE ASK FOR INSURANCE KERETA ( KALAU SEWA KERETA SAJA)
PLEASE CHECK AND RECHECK IN GEOGLE SYARIKAT OFFICE
PLEASE WRITE INTO THE GEOGLE COMPANY NAME. FOR EXAMPLE : TIARA TOURS INDONESIA
AT LEAST BUT NOT LAST , I WISH YOU WELCOME TO INDONESIA
HORAS .... !!! HORAS .... !!! HORAS .... !!!
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TAX NUMBER : 36 555 970 7 122 000
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
Salam sejahtera Tuan / Puan, perkenalkan saya Aldi dari Primera Trans Bandung ( Tour & Travel Agency ), saya punya penawaran paket menarik untuk paket LAWATAN BANDUNG :
ReplyDeleteJom cuti2 Bandung,
400 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon
whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung
instagram : @primera_trans