Saturday, July 04, 2009

Mee Rebus Tulang Tapah




Mee Rebus Tulang Tapah

Terima kasih kepada Haniss dengan posting mengenai Mee Rebus Tulang di Tapah ini. Tidak pasti sama ada Anjang ada membuat posting yang sama.

Untuk ke sini mudah saja. Belok saja ke Susur Keluar Lebuhraya di Tapah. Selepas membayar tol, belok ke kanan di persimpangan lampu isyarat. Lebih kurang 200 meter, berhadapan SK Datuk Kelana akan kelihatan sederet rumah kedai. Terdapar beberapa buah kedai aksesori kereta dan dua buah restoran. Salah satu restorannya ialah Mee Rebus Tapah. Di depan rumah kedai ini tepi jalan ialah Warung Goreng Pisang dan Air Kelapa Muda.

(Kalau lajak lagi boleh perkena Nasi Campur Mat Desa. Kami tiga beranak sudah beberapa kali makan tengahari di sini. Makan percuma pun sudah dua kali dibelanja oleh member salah seorang boss Balai Polis Tapah! Anjang pun ada buat posting mengenainya. Selain dari itu di Pekan Tapah terkenal juga dengan Ikan Bakarnya di hadapan masjid. Cif Insp. Traffik Ibrahim yang incharge highway Tapah-Ipoh itu sudah beberapa kali belanja aku makan di sini.)

Semasa dalam perjalanan ke KL semalam, aku dan orang rumah seorang aku itu sempat perkena Mee Rebus Tulang dan Nasi Ayam. Mee Rebusnya memang direkomenkan! Kuahnya pekat dengan dua ketul tulang yang banyak juga isinya. Mee-nya juga banyak. Sebenarnya aku lebih suka mee yang sikit tapi bahan-bahan sampingannya (seperti tahu, cucur dan sebagainya) lebih! Kalau mee banyak cepat muak untuk seorang habiskan.

Makan Mee Rebus Tulang di sini mengingatkan kami Mee Rebus Gear Box di Kluang (atas bukit kecil berhampiran round about ke Stesen Keretapi Kluang) dan juga Mee Rebus Gear Box Linda Onn di My Mum Chicken Rice di Carefore Wangsa Maju. Kalau mengikut ranking, Mee Rebus Tulang Tapah ini di nombor tiga di belakang Mee Rebus Gear Box Linda Onn dan nombor satu masih Mee Rebus Gear Box Kluang.

Semangkuk Mee Rebus Tulang Tapah, sepinggan Nasi Ayam (sedap juga terutama sambalnya!), segelas Teh-Ais dan segelas Teh Tarik tidak sampaipun RM 10.00!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment