Ubi Rebus dan Ayam Goreng 10 Rempah
Pagi tadi (jam 10.30pagi) sampailah hajat kami 3 beranak untuk menjamah Ubi Rebus bercecah Sambal Tumis dan Kelapa Parut bergaul Gula Merah di Kedai Kopi Cherita, Bertam Perdana. Memang tidak dapat dinafikan keenakan menjamah makanan tradisional dan juga ”makanan ruji” semasa zaman perang Jepun dahulu.
"Sedaplah kalau macam ini dapat makan semasa perang!”, itulah kata anak jantan aku seorang itu. Kata-kata dari seorang anak yang mana ayahnya juga lahir selepas merdeka.
Bagaimanapun terdapat sedikit kekurangan (room for improvement!) yang mana Ubi Rebus Kedai Kopi Cherita di Bertam Perdana ini masih tidak dapat menyaingi Ubi Rebus Hotel Kualiti, KL dan Warung Nasi Lemak Orange Yellow di Bangi kerana di kedua-dua tempat ini menyajikan ketulan-ketulan Ibu Rebus ini dalam keadaan berasap kepanasan kerana sentiasa diletakkan dalam periuk wap.
Pada masa yang sama juga merasalah kami 3 beranak kelazatan yang disebut-sebut selama ini iaitu Ayam Goreng 10 Rempah. Oleh kerana Menu Nasi Ayam hanya tersedia di sebelah tengahari, kami mengordernya untuk dimakan dengan Set Nasi Lemak. Bagaimanapun seperti Ubi Rebus, kami pasti Ayam Goreng 10 Rempah ini lebih lazat dijamah jika dihidangkan panas dalam keadaan baru digoreng.
Hari ini juga turut mengorder Set Promosi 1, 2 dan 3. Seperti biasa, Beehon Goreng yang dihidangkan memang ”first class” walaupun rasanya ianya dimasak secara ”banyak-banyak”. Manakala Sambal Tumisnya pada hari ini ”cukup sifat”, terasa pedas, terasa manisnya tidak seperti kunjungan kami 3 beranak pagi Selasa lalu.
Malah anak jantan aku seorang itu turut ”perasan” layanan semua pekerja-pekerja Kedai Kopi Cherita hari ini lebih ceria dan lebih mesra pelanggan.
Semoga kualiti makanan dan servis perkhidmatan sebegini berterusan di mana-mana mendatang. Selasa depan kami 3 beranak hendak mencuba set makan malam pula.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
kedai ni saya pi asyik tutuppppppp aja. Ntah-ntah dah tutup terus
ReplyDeleteTak tahu apa silapnya dan kekurangannya. Tauke dia ok berfikiran terbuka terhadap semua komen aku.
ReplyDelete