Melepas Ubi Rebus Kedai Kopi Cherita
Melihat dalam menu di Kedai Kopi Cherita, Bertam Perdana ini tertulis Ubi Rebus cicah Kelapa Parut atau cicah Sambal Tumis sudah meliurkan! Malangnya kedatangan kami tiga beranak di restoran ini pagi semalam pada jam 10.00 pagi untuk menjamah Ubi Rebus ini hampa kerana sudah kehabisan. Nampak gayanya hari Khamis ini kena datang awal pagi lagi!
Kerana ada yang mencadangkan untuk mencuba Ayam 10 Rempah, kami membuat order dengan begitu selera sekali. Malangnya menu Nasi Ayam 10 Rempah yang dikategori di bawah “Nasi Ayam & Mee Sepanjang Hari” ini masih belum bersedia untuk kami menjamahnya.
“Nasi Ayam belum siap lagi cik!” kata pelayan perempuan yang berwajah serius dan “tak mesra pelanggan” itu. Berbeza dengan seorang lagi yang bertudung, sudahlah bermuka manis, ayu lagi kata anak jantan aku seorang itu. (Sudah besar remaja rupanya anak jantan seorang aku ini!)
“Macamana dalam menu ini ditulis “sepanjang hari”?” sahaja aku melontarkan soalan tapi seperti diagak memang tak dapat jawapan.
Berbeza dengan menu Ubi Rebus yang dikategorikan di bawah “Sarapan” yang sudah tentu boleh diagak kalau sampai pukul 10.00 pagi sudah tentulah boleh kehabisan. Rasanya Tauke Kedai Kopi Cherita ini kena tukar kategori “Nasi Ayam & Mee Sepanjang Hari” ke kategori “Nasi & Mee Tengahari ke Malam.”
Jangan pula jadi setengah-setengah warung itu, bila sampai terus disuakan menu. Dalam menu tertulis berpuluh jenis makanan. Tapi bila diminta order, ada saja alasannya; habislah, ramuan tak cukuplah, hari ini tak buatlah dan pelbagai alasan lagi. Lain kali beritahu awal-awal mana yang tak ada dan mana yang ada. Kalau tak ada ambillah sticker ke, masking tape ke, apa-apa yang boleh ditampal – tutup sahaja menu yang tak ada itu!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
Nota kecil; semalam kami tiga beranak menghabiskan “cuci-calat” 2 set Roti, 2 Set Beehon Goreng dan 2 set Nasi Lemak serta 2 gelas air suam. Semuanya baru dibayar RM 12.00 dengan sendat perut!
Set rotinya kadang-kadang ada sekeping Roti Kapal terselit tepi piring cawan tapi kali ini tak ada pula.
Beehon Gorengnya kali ini “mengancam” betul dengan seekor udang yang sebesar ibu jari yang dibelah belakang! Tak rugi order 2 set, itupun hampir-hampir kami mengordernya untuk set ketiga!
Nasi Lemaknya OK, cuma Sambal Tumisnya agak tawar. Biasanya Sambal Tumis untuk Nasi Lemak akan terasa sikit manisnya. Tak tahulah disebabkan pelayan yang berwajah serius dan “tak mesra pelanggan” itu menyebabkan Sambal Tumis ini kehilangan manisnya.
6 comments:
Adat la org mlayu, p kdai mamak xda pn k0mplen2. Tp bla p kdai mlayu mcm2 xkna, itu la ini la xkna. Cmna bangsa mlayu nk maju bang oi!
Salam
Ini pandangan dan cadangan untuk membina. Kalau tak sanggup terima pandangan dan cadangan macamana nak maju.
Mungkin disebabkan komen-komen sebelum ini yg telah hilang akibat penukaran template blog ini, sdr. tidak dapat dpt membaca komen oleh tauke Kedai Kopi Cherita sendiri.
Lukmanw
i blh tima.. i ok jea g mkn kdai 2, xda pon yg xkna..
mgkn u yg brnasib x baik x dpt apa yg u nk..
Saya bersetuju - kdg kdg bukan apa yg kita mahu (kita hajat) akan kesampaian.
Lukmanw
salam saudara, maaf dah lama tak visit your blog.
terimakasih atas semua komen dan cadangan saudara.
saya dengan ikhlas meminta maaf atas segala kekurangan d kedai kopi cherita.
saudara anonymous, terimakasih atas perhatian anda.
saya personaly rasa semua komen2 adalah kerana sayangkan usahawan melayu dan sangat berbesar hati.
sila lawat http://cheritakedaikopipenang.blogspot.com/
Salam - maaf dah lupa nama sdr :-)
Niat saya untuk menambahbaikkan perniagaan kedai makan sdr. Tiada niat lain.
Sebenarnya saya sudah beberapa kali singgah ke kedai sdr dlm tahun ini (Jan - Mac) dam dapatinya byk perubahan yang positif.
Slmt maju jaya.
Lukmanw
Post a Comment